RotiKaya

RotiKaya


Maharaja Lawak Mega 2012 — Jozan Bergelar Juara & Bawa Pulang RM500,000

Posted: 18 Jan 2013 07:51 AM PST

Walaupun sehingga saat akhir para peminat masih tertanya tanya akan kehadiran Johan untuk melengkapkan persembahan Jozan, kehadiran beliau dalam keadaan masih sakit seakan terubat.

Jozan yang di’anggotai Zizan Razak & Johan berjaya bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang merupakan musim kedua — membawa pulang RM500,000 dan trofi kejuaraan sumbangan Astro.

“Terima kasih kepada Zizan yang mengekalkan Jozan berada di’atas sepanjang saya tiada — dan terima kasih kepada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya & membenarkan saya keluar”

Tempat kedua berjaya di’raih oleh Jambu dan membawa pulang RM250,000 manakala tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Shiro yang membawa pulang RM125,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Boboi yang merupakan naib juara persaingan musim pertama hanya mampu berpuashati dengan tempat keempat & wakil Indonesia, Say Who melengkapkan senarai pemenang di tempat kelima.

Tahniah buat Jozan yang tampil penuh kelakar dalam persaingan akhir bertemakan Freestyle & Muzikal ini. Berikut merupakan gambar sekitar pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung dari Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru. Terima kasih Astro!

ROTIKAYA_166 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_167 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_168 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_169 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_170 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_171 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_172 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_173 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_174 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_175 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_176 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_177 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_178 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_179 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_180 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_181 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_182 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_183 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_184 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA ROTIKAYA_185 Gambar Sekitar Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Tidak Pernah Merokok — Rahsia Rahmad Mega Masih Cergas Di Atas Pentas

Posted: 17 Jan 2013 07:18 PM PST

Penyanyi yang popular di sekitar tahun 90-an, Rahmad Mega sebenarnya tidak pernah merokok sepanjang bergelar penyanyi rock lebih kurang 25 tahun yang lalu.

Terkejut kami tatkala dia memberitahu perkara tersebut kerana dengan imejnya suatu ketika dahulu seperti tidak kena.

Melihat dia beraksi di persembahan penutup di AJL 27 baru-baru ini pasti tidak menyangka dengan impak yang diterima dari peminat dan juga dari kalangan artis yang turut berdiri dan turut sama menyanyikan lagu yang boleh dikira berhantu hingga kini.

“Saya dapat rasakan lagu-lagu seperti yang pernah kami bawakan suatu ketika dahulu bakal berulang kembali. Saya sendiri terkejut melihat persembahan kami pada malam itu menerima tepukan paling gemuruh dari penonton”

Melihat keletah Rahmad, pasti tidak menyangka bahawa dia kini sudahpun menjangkau ke usia 44 tahun.

Tatkala ditanya apa rahsia kekal sebegitu, Rahmad terus memberitahu bahawa disebabkan dia tidak penah merokok mungkin antara salah satu faktor dia kekal cergas hingga kini dan banyakkan melakukan senaman.

Jika anda peminat setia kumpulan Mega ini, nantikan kemunculan album baru mereka yang masih mengekalkan rentak melankolik dan susunan muzik yang hampir sama cuma diberi nafas segar tidak lama lagi.

Mungkin akan ada kembali fenomena lagu Bayangan Gurauan selepas ini? Sama-sama kita nantikan!


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...