RotiKaya |
- Polis Kenal Pasti Individu Curi Duit Lisa Surihani
- Anugerah Bintang Popular 2012 — Neelofa Ingin Cabar Rekod Fara Fauzana
- Neelofa Nafi Bercinta Dengan Adik Jutawan, Masih Setia
- Bersedia Untuk Kahwin — Fara Fauzana Sudah Siap Kad Kahwin & Hantaran
| Polis Kenal Pasti Individu Curi Duit Lisa Surihani Posted: 17 Jan 2013 05:35 PM PST Satu perkembangan positif berkaitan kes kecurian duit milik Lisa Surihani — pihak polis sudah mengenalpasti individu yang di’syaki terlibat dengan penipuan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata yang pihak polis kini sudah dapat mengecam individu yang menukar kad ATM tanpa pengetahuan aktress tersebut & melakukan pengeluaran wnag tunai. Namun, tiada maklumat yang menyatakan sama ada individu ini adalah orang terdekat dengan diri Lisa Surihani atau mereka yang sering bekerja dengan dirinya dalam industri hiburan. “Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah Izany Abdul Ghani lagi. Hujung minggu lalu, Lisa Surihani & ibunya Siti Amira Ahmad telah membuat laporan polis apabila menyedari yang sejumlah RM50,000 telah lesap daripada akaun dan pihak bank menyatakan ada individu menukar kad ATM tanpa pengetahuan mereka. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Anugerah Bintang Popular 2012 — Neelofa Ingin Cabar Rekod Fara Fauzana Posted: 17 Jan 2013 04:57 PM PST Beberapa bulan lagi bakal berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang dijangka mendapat sambutan ramai kerana telah beralih 'venue' nya di Stadium Putra Bukit Jalil dan dikatakan boleh memuatkan 2 kali ganda peminat-peminat yang ingin menyaksikan secara 'live' artis-artis kesayangan mereka memenangi anugerah-anugerah yang telah dicalonkan. Menariknya di sini, dua orang pengacara rancangan Nona, iaitu Farah Fauzana dan Neelofa tercalon dalam kategori yang sama iaitu 'Pengacara Wanita Popular'. Wah sungguh hebat aura kedua-dua pengacara ini, di mana mereka di pertemukan dalam program Nona pada tahun lepas dan kini mereka berdua bersaing pula dalam kategori yang sama. Ada sumber-sumber mengatakan bahawa Lofa ingin mencabar kedudukan Fara yang telah sekian lama mendominasi Anugerah Pengacara Wanita Popular buat 6 kali berturut-turut. Kesempatan bertemu Fara ketika Majlis Sesi Santai bersama 4 program terbaru 9x telah digunakan sepenuhnya untuk bertanyakan soalan ini kepadanya. “Mengenai hal itu ke? Memang saya dan Lofa ada berborak-borak sambil kami berseloroh siapa yang akan menang tahun ini dan antara kami tiada apa-apa perasaan nak 'fight' ke atau apa sahajalah benda yang negatif” “Apa yang penting saya suka dan ini adalah merupakan satu persaingan yang sangat sihat dan kalau dia menang saya sangat gembira kerana itu bermaksud penonton-penonton menonton rancangan Nona dan sedar akan kehadiran kami berdua” Saya very open kerana sebelum ini juga saya ada bercakap dengan Leya yang juga pernah dicalonkan dalam kategori yang sama menerusi Penyampai Radio Wanita Popular, dan sekiranya dia menang itu sudah baik kerana saya kalau boleh biarlah program yang sama menang."kata Fara mengakhiri perbualan. Fara akan memasuki set penggambaran pada Mei ini untuk memulakan penggambaran filemnya yang bakal muncul tidak lama lagi. Judul filem belum diketahui lagi, kepada peminat-peminat Farah Fauzana jangan lupa untuk mengundinya dalam ABPBH 2012 ini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Neelofa Nafi Bercinta Dengan Adik Jutawan, Masih Setia Posted: 17 Jan 2013 05:23 AM PST Oh yeah — gossip baru Neelofa dan ini sebenarnya lebih menjawab dua persoalan dalam satu. Jadi, apa kisah menarik Neelofa kali ini? Utusan Malaysia hari ini menulis yang Neelofa telah menafikan desas desus yang bertebaran mengatakan beliau kini bercinta dengan adik kepada jutawan automotif negara. Jika di’sebut nama keluarga jutawan ini, ianya bukan asing lagi dalam dunia perniagaan Malaysia lebih lebih lagi bukan sekali dua keluarga ini di’kaitkan dengan gossip dunia selebriti. “Kelakarlah macam mana cerita ini boleh timbul. Kami memang mengenali antara satu sama lain kerana sudah lama berkawan” “Saya bukan sahaja kenal dia, malah sepupu dan ahli keluarganya juga saya kenal sejak usia saya 17 tahun lagi,” tambah Neelofa lagi. Apa yang menarik perhatian kami adalah kenyataan terakhir yang di’dakwa keluar dari mulut Neelofa — dia masih lagi setia dengan kekasihnya, penerbit dan pelakon Hans Isaac. (Heh, exactly!) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Bersedia Untuk Kahwin — Fara Fauzana Sudah Siap Kad Kahwin & Hantaran Posted: 17 Jan 2013 01:10 AM PST Pasti akan ada kalangan anda yang terkejut seperti kami membawa tajuk di’atas kerana tiada hujan tiada angin, tiba tiba Fara Fauzana sudah bersedia untuk kahwin. Mencecah usia 33 tahun, Fara Fauzana berkata yang beliau kini dalam usia yang sudah wajar berkahwin & demi menjimatkan masa di’kemudian hari, persiapan ringan sudah di’lakukan. “Saya sudah mereka kad undangan perkahwinan dan barang hantaran pun sudah disediakan. Saya lakukan ini kerana tidak mahu tergesa-gesa apabila tiba hari bahagia kelak,” ujar Fara Fauzana. Namun Fara Fauzana yang kali terakhir bercinta dua tahun lalu mengakui yang beliau masih menunggu calon sesuai untuk di’jadikan suami. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.