RotiKaya |
- Pelangi Dan Kau — Dengarkan Lagu Terbaru Noh Hujan & Mizz Nina
- Halang Datang Lokasi — Fauzi Nawawi Anggap Rita Rudaini Tidak Matang
- 27th Golden Disk Awards — Persembahan & Penyampaian Anugerah Hari Kedua
- Tidak Sambung Pelajaran — Baby Shima Tumpukan Karier Menyanyi
- Hampir Sebulan Bernikah — Anne Ngasri Mula Rasa Mual, Mungkin Mengandung
- 27th Golden Disk Awards — Senarai Keputusan Penuh GDA Hari Kedua
- Twin Towers @Live 2013 — Demi Lovato, U-KISS, Rainbow Sahkan Kehadiran
- 27th Golden Disk Awards — Selebriti Sekitar Karpet Merah GDA Hari Terakhir
- Berbaik Dengan Lisdawati — Rita Rudaini Tidak Benar Fauzi Nawawi Datang Lokasi
- Listen, Listen, Listen — Dengarkan Versi Dance Remix Sharifah Zohra Jabeen
| Pelangi Dan Kau — Dengarkan Lagu Terbaru Noh Hujan & Mizz Nina Posted: 16 Jan 2013 05:00 PM PST Jika anda mengikuti perjalanan penuh inspirasi Noh Hujan & Mizz Nina melalui rancangan Passion8 di 8TV, pasti anda pernah dengar lagu yang menjadi tulang belakang siri TV tersebut. Rancangan dengan konsep ala realiti televisyen itu kini sudah di’muatnaik sepenuhnya di internet & kami suka untuk anda dengarkan lagu berjudul Pelangi & Aku yang merupakan single terbaru pasangan ini. Lagu bermula pada minit 3:35 atau anda boleh tekan Skip to song di dalam video atas sana — lagu ini cukup mudah untuk di’hafal rentaknya dan cepat melekat sehingga kami perlu membuat entri khas. Heh. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Halang Datang Lokasi — Fauzi Nawawi Anggap Rita Rudaini Tidak Matang Posted: 16 Jan 2013 04:02 PM PST Ketika para peminat menarik nafas gembira kerana dua aktress ini kini telah berbaik dari persengketaan selama tujuh tahun, ada kenyataan yang kurang senang keluar dari salah seorang mereka. Mengulas tentang hubungan dengan Lisdawati yang kini sudah pulih, Rita Rudaini meletakkan syarat bahawa Fauzi Nawawi tidak boleh berada di lokasi penggambaran yang melibatkan dirinya. BACA: Rita Rudaini Halang Fauzi Nawawi Datang Ke Lokasi Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Fauzi Nawawi mendakwa yang keputusan Rita Rudaini adalah satu tindakan orang yang kurang matang. “Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada,” ujar Fauzi Nawawi. Walaupun keliru dengan permintaan Rita Rudaini tersebut, Fauzi Nawawi berkata beliau akan bersikap professional & memenuhi syarat aktress tersebut untuk tidak berada di lokasi penggambaran. Lisdawati & Rita Rudaini terlibat sama dalam sebuah drama araham Murali Abdullah yang kini sedang menjalani penggambaran sekitar lembah Klang. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| 27th Golden Disk Awards — Persembahan & Penyampaian Anugerah Hari Kedua Posted: 16 Jan 2013 08:26 AM PST Well, 48 jam (lebih sebenarnya) yang agak gila untuk peminat dunia muzik pop Korea Selatan di’mana tempoh berlangsungnya 27th Golden Disk Awards yang di’anggap setaraf dengan anugerah Grammy. Dari kegilaan peminat menyambut kedatangan idola mereka di lapangan terbang, acara karpet merah, keputusan pemenang, persembahan penuh bertenaga muzik kpop — semuanya sudah pun berada dalam liputan kami. BACA: Ketibaan Barisan Artis Kpop Di Lapangan Terbang KLIA Malam terakhir 27th Golden Disk Awards di’tutup dengan kemenangan PSY dalam kategori Song of the Year dengan lagu Gangnam Style — yang mana G-Dragon tampil sebagai wakil di’atas pentas. Selain PSY, G-Dragon juga berjaya merangkul CeCi Personality Award selain Song Division Award & MSN International Award bersama kumpulan induk beliau, BIG BANG. Keputusan penuh di’sini. BACA: Gambar Sekitar Karpet Merah 27th Golden Disk Awards (GDA) Berikut merupakan barisan gambar yang berjaya kami rakamkan buat tatapan anda sepanjang malam kedua 27th Golden Disk Awards — semoga kita berjumpa lagi dalam acara yang lebih besar selepas ini. Annyeonghi gyeseyo! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Tidak Sambung Pelajaran — Baby Shima Tumpukan Karier Menyanyi Posted: 16 Jan 2013 08:12 AM PST Melihat Baby Shima, atau nama sebenarnya Ashima Yam gadis kecil molek ini yang berusia 20 tahun terus mengorak langkah dalam dunia kerjaya seni tanah air apabila muncul juara dalam pertandingan Bintang Idola ABPBH pada tahun 2010. Menganggap kejayaannya itu adalah rezeki baginya kerana dia tidak pernah berharap untuk memenangi pertandingan itu kerana dia hanyalah sekadar mencuba nasib dan tidak menyangka rezeki menyebelahinya apabila muncul juara pada tahun 2010. “Sebenarnya memang saya masuk pertandingan itu hanyalah orang kata suka-suka sahaja dan tak sangka pula nak menang, kerana saingannya semua hebat-hebat belaka” Kini, dia terus mengeluarkan single pertamanya Tak Sabar lagu yang berkonsepkan happy & catchy ini sudah mula diputarkan di stesen radio tempatan sejak penghujung Disember 2010. Konsep lagu ini telah diberi ilham oleh Edry KRU. Baby Shima juga tidak berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam jangka masa yang terdekat ini kerana dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap dunia nyanyian yang sudah dijadikan sebagai kerjaya dalam hidupnya. “Sekarang saya tidak bercadang untuk menyambung pelajaran dalam masa yang terdekat ini kerana ingin mengukuhkan dulu bidang nyanyian ini dan barulah saya akan berfikir untuk menyambung pelajaran” Ini juga disebabkan saya sudah terlalu lama mengejar impian saya untuk menjadi seorang penghibur yang serba boleh dan dapat membantu keluarga saya,"kata Baby Shima semasa Majlis pelancaran single Tak Sabar di Neway One Utama. Baby Shima juga akan merakamkan album solo nya tidak lama lagi dan dijangka akan ke studio rakaman pada Februari ini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Hampir Sebulan Bernikah — Anne Ngasri Mula Rasa Mual, Mungkin Mengandung Posted: 16 Jan 2013 08:02 AM PST Sah bergelar isteri pada 22 Disember yang lalu, Anne Ngasri kini bahagia melayari bahtera perkahwinan. Kebahagiaan yang dicari selama ini telah ditemui bersama lelaki yang kini bergelar suami. Menjanda selama beberapa tahun, Anne bertemu jodoh dengan seorang setiausaha kerja pemuda UMNO, Mohd Sumali Reduan. Anne Ngasri bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan dan tidak putus memberi sokongan kepada dirinya. Anne mengaku sejak akhir akhir ini sudah mula rasa mual namun masih belum berjumpa doctor bagi mengesahkan keadaan dirinya sebenar. Setelah 3 minggu berkahwin mungkin juga ini perkhabaran gembira buat Anne dan Sumali. Anne Ngasri memang mengharapkan kehadiran orang baru dalam rumahtangga yang baru dibina. Dia berdoa agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Diminta bercerita tentang makanan kegemaran suaminya, Anne mengakui tidak sukar kerana selera suaminya sama dengan ayahnya. Sumali Reduan gemarkan makanan Jawa kerana keduanya keturunan jawa yang berasal dari Johor. Untuk pengetahuan semua, anak pertama hasil perkahwinan Anne terdahulu, Abdul Warits sudah pun memasuki alam persekolahan dan mengakui bahawa dirinya sedikit kelam kabut memandangkan ini adalah pengalaman pertama dia menguruskan anak yang bersekolah. Anne bakal muncul di TV9 mengacarakan sebuah program baru Semangat Intelek Swadaya pada setiap Sabtu, jam 11:00 pagi bermula 26 Janauari 2013 ini bersama bersama Diana Amir dan Shabana © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| 27th Golden Disk Awards — Senarai Keputusan Penuh GDA Hari Kedua Posted: 16 Jan 2013 03:44 AM PST Oleh kerana majlis 27th Golden Disk Awards yang berlangsung malam ini tidak di'siarkan secara langsung, adalah penting untuk anda membaca Rotikaya untuk mendapatkan liputan terkini anugerah berprestij Korea ini. 27th Golden Disk Awards (GDA) mengambil tempat di Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari bermula hari ini & bakal menyaksikan penampilan khas 25 nama besar dalam dunia muzik pop Korea. Anugerah pada 27th Golden Disk Awards ini terbahagi kepada dua kategori besar iaitu Album dan juga Lagu dengan penambahan beberapa kategori populariti yang mengambil kira undian para peminat. Berikut adalah 9 lagi kategori yang di'pertandingkan pada malam ini beserta keputusan penuh untuk rujukan anda para peminat muzik pop Korea Selatan — dua hari ini adalah hari anda. Enjoice! SONG OF THE YEAR GOLDEN DISK AWARD SONG DIVISION NEW RISING K-POP STAR SINGLE ALBUM OF THE YEAR BEST HIP HOP STAR MSN INTERNATIONAL AWARD GALAXY STAR AWARD CECI POPULARITY AWARD INSTYLE FASHIONISTA AWARD © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Twin Towers @Live 2013 — Demi Lovato, U-KISS, Rainbow Sahkan Kehadiran Posted: 16 Jan 2013 03:18 AM PST Ini merupakan berita pertama berkaitan Twin Towers @Live 2013 yang bakal berlangsung Mac ini bersempena dengan minggu PETRONAS Malaysia Grand Prix. Edisi tahun lalu untuk Twin Towers @Live, mereka menampilkan Nicole Scherzinger, SNSD (Girls' Generation), Orianthi & Kelis sebagai artis jemputan luar negara. Tahun ini, barisan pertama artis yang akan membuat persembahan telah pun di’umumkan dan ianya adalah Demi Lovato, U-KISS & Rainbow yang masih mengekalkan campuran Hollywood & pop Korea. Twin Towers @Live 2013 akan berlangsung selama dua malam yang menyaksikan Demi Lovato dan U-KISS tampil pada hari pertama 22 Mac 2013 & Rainbow untuk malam kedua bersama artis tempatan lain. Itu sahaja maklumat tentang Twin Towers @Live 2013 setakat ini & pihak penganjur berjanji akan memberikan lebih barisan artis yang bakal muncul dalam minggu minggu mendatang. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| 27th Golden Disk Awards — Selebriti Sekitar Karpet Merah GDA Hari Terakhir Posted: 16 Jan 2013 03:00 AM PST Ya, kembali kita bersama dalam hari kedua dan terakhir untuk 27th Golden Disk Awards (GDA) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Seperti semalam, hari ini juga bakal menyaksikan 15,000 peminat dunia muzik pop Korea hadir untuk menyaksikan idola mereka menerima anugerah penting atau membuat persembahan bertenaga. Hari kedua ini bakal menyaksikan kehadiran G-Dragon, T-ARA, Miss A, Ai Lee, Secret, Epik High, F(X), SISTAR, BAP, Teen Top dan Lee Ha Yi yang akan menghangatkan pentas dengan aura & persembahan mereka. Berikut merupakan idola anda di’atas karpet merah untuk hari kedua dan terakhir 27th Golden Disk Awards — enjoice!
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Berbaik Dengan Lisdawati — Rita Rudaini Tidak Benar Fauzi Nawawi Datang Lokasi Posted: 15 Jan 2013 09:40 PM PST Kalau anda masih ingat insiden pergaduhan dua orang selebriti di kolam renang ketika pengambaran sebuah drama 7 tahun lalu — anda sudah tua. Kidding. Ianya kini sudah selesai & mereka sudah berbaik. Laporan media hari ini menyebut yang Rita Rudaini & Lisdawati masing masing sudah pun membuang yang keruh dan mengambil yang jernih selepas tujuh tahun hubungan mereka yang tidak rapat. “Apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih senior daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu,” ujar Lisdawati. Kedua dua pelakon ini turut di’gandingkan buat pertama kali semenjak tahun 2006 dalam sebuah drama bertajuk Kerana Sarah. Yang menarik perhatian kami adalah kenyataan Rita Rudaini yang melarang kehadiran suami Lisdawati, Fauzi Nawawi di mana mana lokasi penggambaran yang melibatkan diri beliau. “Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi (Nawawi) ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum,” kata Rita Rudaini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Listen, Listen, Listen — Dengarkan Versi Dance Remix Sharifah Zohra Jabeen Posted: 15 Jan 2013 06:47 PM PST Jika semalam kita di’hidangkan dengan video parodi oleh Namewee, hari ini Sharifah Zohra Jabeen menerima layanan istimewa dengan versi dance remix beliau sendiri. Video berdurasi 123 saat di’atas adalah hasil kerja kreatif Yuri Wong dari Factory Music Studio — tiada perkataan yang adil untuk gambarkan betawa awesome versi dance remix ini. Enjoice! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.