RotiKaya |
- Video: ‘Pop Danthology 2012′ Himpun 50 Lagu Popular Sepanjang Tahun
- REVIEW: Wreck-It Ralph
- Tasha Shila Kini Bergelar Penyanyi & Baru Selesai Rakam Lagu Pertama
- Siti Nurhaliza Akan Lelong Tudung Rekaan Sendiri Untuk Bantu Pesakit AIDS
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.249)
- Anugerah Paling Berprestij Korea Selatan, Golden Disk Awards Bakal Berlangsung Di Kuala Lumpur Januari 2013
| Video: ‘Pop Danthology 2012′ Himpun 50 Lagu Popular Sepanjang Tahun Posted: 05 Dec 2012 05:58 PM PST Disember 2012 — bulan di’mana segala kesimpulan dan senarai khas bakal keluar untuk meraikan apa yang berlaku sepanjang tahun. Kita mulakan dengan kompilasi lagu popular sepanjang 2012. Sebuah video mash-up yang menampilkan 50 buah lagu pop paling popular sepanjang tahun lalu ‘Pop Danthology 2012′ telah berjaya menjadi viral dengan lebih 1 juta tonton dalam masa hanya 3 hari. Video berdurasi lapan minit ini menampilkan Adele, One Direction, Maroon 5, PSY dan Christina Aguilera — ianya adalah hasil kreatif seorang DJ bernama Daniel Kim yang berpengkalan di Kanada. Menurut kenyataan dari Daniel Kim sendiri, video ini mengambil masa tiga bulan untuk di’siapkan dan tiada tujuan khusus melainkan untuk menunjukkan passion beliau dalam dunia hiburan & muzik. Video Pop Danthalogy 2012 ini merupakan yang ketiga selepas edisi 2011 dan 2010. Tonton video epik karya Daniel Kim selepas ini — kami sudah rogol butang replay. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Posted: 05 Dec 2012 05:20 PM PST OLEH: AJAMI HASHIM Wreck-It Ralph (2012) ialah sebuah filem animasi dalam 3D terbitan Walt Disney Animation Studios. Ia diarahkan oleh Rich Moore iaitu salah seorang pengarah sitkom animasi The Simpsons. Pelakon suara latar untuk watak utama Wreck-It Ralph ialah John C. Reilly yang terkenal dalam filem Chicago (2002). Ia kisah Wreck-It Ralph suatu 'watak penjahat' yang dicipta khas dalam permainan video Fix-It Felix Jr. Fungsinya dalam setiap permainan ialah memusnahkan dengan tangan dan kakinya, sebuah rumah pangsa yang didiami oleh penghuni bergelar Nicelanders.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Tasha Shila Kini Bergelar Penyanyi & Baru Selesai Rakam Lagu Pertama Posted: 05 Dec 2012 04:48 PM PST
Tasha Shila yang memang terbukti bakat beliau dalam bidang lakonan kini terjun ke bidang nyanyian di’bawah bimbingan komposer & penyanyi terkenal, Cat Farish. Harian Metro hari ini melaporkan yang Tasha Shila kini telah selesai rakamkan sebuah lagu dengan judul Sayang Pulanglah Sayang bersama kumpulan Tiga Swagger (TS) baru baru ini. “Ternyata, ia bukan mudah seperti disangka kerana mengambil masa yang lama. Walaupun, saya hanya perlu 'rap' dalam lagu itu, ia sememangnya cabaran yang cukup besar” (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Siti Nurhaliza Akan Lelong Tudung Rekaan Sendiri Untuk Bantu Pesakit AIDS Posted: 05 Dec 2012 04:18 PM PST
Siti Nurhaliza akan mereka sendiri dua pasang tudung dengan kerjasama jenama tudung terkenal, Fareeda untuk di’lelong di Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta. Persembahan amal yang akan berlangsung pada 30 Januari tahun depan di’anjurkan untuk mengutip dana untuk membantu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia. “Saya akan mereka sendiri tudung untuk malam persembahan itu nanti untuk di’lelong selain tudung yang saya pakai untuk sidang media ini — tidak akan di’jual kepada umum” (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.249) Posted: 05 Dec 2012 03:21 PM PST
Dalam satu temubual di televisyen, Miranda Kerr (gambar) mendedahkan rahsia nenek beliau bagaimana untuk menjaga hati suami dengan bermekap. – Just Jared Jika anda pengikut siri TV Modern Family, watak Sal lakonan Elizabeth Banks bakal kembali untuk musim 2013 nanti sebagai kejutan kepada Mitch & Cam. – Inside TV Untuk tempoh 12 tahun yang lepas, Britney Spears mendahului selama 7 tahun untuk senarai selebriti paling di’cari seluruh dunia melalui enjin carian di internet. – Huff. Post Angelina Jolie memaklumkan yang beliau mungkin berhenti berlakon selepas anak anak mencecah usia remaja & tumpukan perhatian kepada urusan keluarga. – Channel 24 (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Posted: 04 Dec 2012 07:24 PM PST Kalau anda bukan peminat dunia hiburan pop Korea Selatan, Golden Disk Awards (GDA) ini memang sesuatu yang asing buat anda tetapi majlis anugerah ini begitu berprestij sehingga di’gelar sebagai anugerah Grammy edisi industri hiburan Korea. Di’mulakan pada tahun 1986, penghargaan melalui Golden Disk Awards merupakan satu taraf yang di’dambakan oleh penggiat muzik Korea dan untuk edisi ke 27 nanti, pihak penganjur telah pun memilih Malaysia sebagai lokasi penganjuran.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.