RotiKaya

RotiKaya


Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka & Semakin Lalai Selepas Popular

Posted: 04 Dec 2012 04:32 PM PST

Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka & Semakin Lalai Selepas PopularBelum tamat rupanya kisah hubungan keruh antara Najwa Latif & ayahnya yang pernah menjadi isu sekitar September 2011 yang lalu. Kali ini, si bapa sendiri tampil ke’hadapan.

Abdul Latif Ismail, 51 yang merupakan seorang jurulatih renang menghubungi Berita Harian untuk luahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan melupakan beliau.

“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.

Menurut laporan itu juga, Abdul Latif sebenarnya tidak kisah dengan keputusan Najwa Latif untuk bergelar penyanyi selagi tidak mengabaikan pelajaran sendiri.

“Mereka berkata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga — saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin Selamat Tiba Di Gaza

Posted: 04 Dec 2012 04:00 PM PST

Gambar: Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin Selamat Tiba Di GazaDengan niat ikhlas mereka untuk membantu rakyat Palestin yang tinggal di semenanjung Gaza, Tuhan permudahkan jalan rombongan ini untuk tiba ke’sana.

Melalui Facebook beliau beberapa jam yang lalu, Afdlin Shauki kongsikan beberapa keping gambar awal ketibaan rombongan beliau di Mesir & semenanjung Gaza.

Delegasi artis yang terdiri daripada Afdlin Shauki, Bront Palare, Zain Saidin, Heliza Helmi, Amin dan Ustaz Mohsen telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah sekitar 5.45 pagi.

Semua anggota delegasi kemudian’nya tiba di Gaza City sekitar jam 7.30 malam dan kemudian berbincang dengan NGO tempatan untuk pergerakan aktiviti & misi mereka.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Filem Terakhir 1997: Suami Tiada Halangan Jika Ella Ingin Kembali Berlakon

Posted: 04 Dec 2012 08:57 AM PST

Kami suka melihat gelagat pasangan ini yang tampil secara eksklusif di program Meletop (Astro Ria) malam tadi berbicara tentang kehidupan baru mereka.

Boleh nampak betapa manjanya Ella di’samping suami tercinta dan menurut pasangan ini sendiri, mereka kini masing masing sedang mencuba untuk menjadi romantis.

Di’lontar soalan tentang lokasi berbulan madu, Azhar Ghazali & Ella menjawab yang semua lokasi yang mereka pergi bersama setakat ini, itulah destinasi bulan madu mereka.

“Dia (Azhar Ghazali) pernah beri saya peluang untuk memandu kapal terbang — tetapi yang kecil sahajalah,” ujar Ella yang tampak semakin ceria selepas bergelar isteri.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.248)

Posted: 04 Dec 2012 08:05 AM PST

Kalau anda belum tahu seluruh dunia ketika ini sedang teruja dengan berita kehamilan pertama isteri Putera William, Kate Middleton yang telah di’sahkan pihak istana. – E! Online

Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi daripada mereka, Taylor Swift & Harry Styles seakan sah kini sedang bercinta apabila di’lihat keluar bersama sekitar 4.00 pagi. – TMZ

Penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza berkata beliau mengamalkan gaya hidup & pemakanan sihat kerana risau akan terjebak dengan penyakit kanser kelak. – mStar Online

Ini merupakan gambar Ashton Kutcher sebagai Steve Jobs dalam filem biografi khas mendiang pengasas Apple itu yang bakal di’tayangkan di Sundance Film Festival 2013. – MTV

Dengan berita Iqram Dinzly ingin berhenti, Maria Tengku Sabri berkata beliau tidak akan menolak jika di’tawarkan kembali mengacara Jalan Jalan Cari Makan. – Sinar Harian

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Diana Danielle Kini Lebih Tenang Selepas Bergelar Isteri

Posted: 03 Dec 2012 10:33 PM PST

Gambar: Diana Danielle Kini Lebih Tenang Selepas Bergelar IsteriResepsi perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil hujung minggu lalu memang menjadi perhatian ramai peminat hiburan yang ingin melihat mempelai ini bersanding.

Bertempat di Taman Ekuestrian Putrajaya, resepsi pasangan yang bernikah pada 3 November yang lalu ini turut di’meriahkan dengan kehadiran lebih 600 orang tetamu jemputan.

Bercakap kepada media selepas acara resepsi, Diana Danielle mengakui yang dirinya kini lebih tenang selepas bergelar isteri & membina rumahtangga bersama Farid Kamil.

“Saya lebih tenang sekarang ini berbanding ketika zaman saya masih bujang & sekarang belajar memasak untuk gembirakan suami seperti nasihat ibu mertua,” ujar beliau.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

30 Artis Tempatan Hadapi Cabaran Dalam Fear Factor Selebriti Malaysia

Posted: 03 Dec 2012 07:43 PM PST

Buat pertama kali setelah 7 tahun diperkenalkan, Astro Ria bakal menyajikan penonton dirumah dengan sebuah program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia. Program yang diadaptasi dari program popular antarabangsa ini diberi nafas baru bersesuaian dengan budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.

Program 13 episod ini akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 29 Disember 2012 di saluran 104 Astro Ria. Dihoskan sepenuhnya oleh pelakon popular, Aaron Aziz, Fear Factor Selebriti Malaysia menampilkan 30 selebriti popular tanah air yang dibahagikan kepada 15 kumpulan yang terdiri daripada 2 peserta bagi setiap kumpulan.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...