RotiKaya

RotiKaya


Linda Hashim & Beego Sudah Bertunang, Bakal Kahwin Mac 2013

Posted: 18 Nov 2012 04:11 PM PST

Linda Hashim & Beego Sudah Bertunang, Bakal Kahwin Mac 2013Jika bulan lalu, laporan media ada menyebut Beego merancang untuk menghantar rombongan merisik dan hari ini di’khabarkan sudah pun selesai mengikat tali pertunangan.

Berita Harian menulis desas desus mengatakan pasangan ini telah bertunang pada 3 November 2012 lalu & ianya di’sahkan sendiri oleh Linda Hashim melalui mStar Online.

“Ya, saya & Beego sudah bertunang tapi saya minta maaf tidak dapat bercerita lebih lanjut kerana keluarga tidak mahu saya kecoh kecoh buat masa ini,” kata Linda Hashim.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

UNDI: Pilihan Pembaca Untuk Hot Chick Award, Shout Awards 2012

Posted: 18 Nov 2012 09:25 AM PST

Sebuah lagi majlis anugerah bakal menjadi perhatian hujung minggu ini dan ia’nya adalah Shout Awards 2012 yang bakal berlangsung pada 23 November 2012 ini & akan di’siarkan secara langsung di 8TV.

Ya, tinggal beberapa hari sahaja lagi & kami dengan muka tidak malu membawakan pencalonan kategori terpilih untuk menjadi pilihan pembaca di’sini. Kami memilih Hot Chick Award untuk anda semua.

Bertanding untuk kategori Hot Chick Award tahun 2012 adalah Nur Fazura, Lisa Surihani, Marion Caunter, Maya Karin, Nora Danish & Scha al-Yahya. Pendek cakap, siapa pilihan hati anda?

Note: There is a poll embedded within this post, please visit the site to participate in this post's poll.

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Bermanja Di Twitter, Zizan Razak Dan Nora Danish Sedang Bercinta?

Posted: 18 Nov 2012 08:43 AM PST

Bermanja Di Twitter, Zizan Razak Dan Nora Danish Sedang Bercinta?Sebenarnya bukan’lah bermanja mana, cuma memberi gelaran papa & mama kepada diri masing masing di Twitter dan itu pun sudah cukup menimbulkan spekulasi. Heh.

Sebelum bermula saingan Maharaja Lawak Mega 2012 hujung minggu lalu, Nora Danish telah mengirimkan ucapan selamat maju jaya buat Zizan Razak. Macam tiada masalah ‘kan?

“All the best papa ;) @zizanrajalawak,” itu tulisan pertama Nora Danish yang mengundang persoalan sebelum di’balas Zizan Razak dengan “Tq mama, papa try the best k”. Nampak?

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.237)

Posted: 18 Nov 2012 08:01 AM PST

Shila Amzah meminta maaf kepada semua kerana mencium tangan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad ketika malam Anugerah Industri Muzik ke 19 yang lalu. – mStar Online

Justin Bieber khabarnya telah pergi makan malam bersama Selena Gomez baru baru ini tetapi hanya bertahan selama lima minit sebelum di’tinggalkan seorang diri. – Just Jared

Video di’sebalik tabir pembikinan filem Istanbul, Aku Datang di Youtube khabarnya telah di’padam atas arahan KRU Studios kerana melanggar hak cipta. Apa cerita? – GUA

Kalau anda fikir selebriti Hollywood sering berbelanja mewah untuk bercuti, ini senarai para selebriti yang tidak melaburkan wang banyak seperti yang kita semua sangka. – The Wire

Taylor Swift pula di’khabarkan telah kembali berpacaran dengan bekas teman lelaki yang juga anggota kumpulan One Direction, Harry Styles. Oh, untuk berapa lama? – Mirror

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Pierre Andre Berhijrah, Sudah Lima Bulan Masuk Jemaah Tabligh

Posted: 17 Nov 2012 08:40 PM PST

Ucapan penuh dakwah Pierre Andre ketika menerima Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 minggu lalu menjadi perhatian ramai peminat — dan tertanya tanya.

Menerusi temubual bersama Kosmo! hari ini, Pierre Andre mendedahkan yang beliau memang sudah berhijrah & memilih jemaah tabligh sebagai jalan untuk berdakwah.

“Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Bercuti Dengan VIP: Rozita Che Wan Ambil Keputusan Berdiam Diri

Posted: 17 Nov 2012 08:01 PM PST

Dua minggu lalu, seorang wartawan Berita Harian menulis satu dakwaan yang Rozita Che Wan telah terbang ke London untuk bercuti bersama seorang bekas menteri.

Rozita Che Wan di’khabarkan bukan hanya pergi berdua bersama adiknya, Ayu Raudhah tetapi di’temani VIP yang turut di’dakwa membiaya tiket penerbangan beliau.

Namun, dalam satu kenyataan baru kepada akhbar yang sama Rozita Che Wan berkata yang beliau memilih untuk berdiam diri untuk mengelakkan perkara ini berlarutan.

“Saya memilih untuk berdiam diri. Saya ambil pendekatan ini kerana selama ini pun selepas mengeluarkan kenyataan menafikan tetap ada yang terus memanjangkan’nya”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...