RotiKaya |
- Bunohan Tercalon Dalam Anugerah Oscar Untuk Kategori Filem Bahasa Asing
- Randy Pangalila Cari Kepuasan Berkarya Di Malaysia, Nafi Bercinta
- Amy Search Kecewa Dengan Penampilan Seksi Nabila Huda
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.212)
- Menyanyi Lagu KEADILAN, Datuk M. Nasir Kini Bersama Pembangkang?
- Tekad Berpisah, Aidil Zafuan Serah Surat Mohon Cerai Untuk Kali Kedua
| Bunohan Tercalon Dalam Anugerah Oscar Untuk Kategori Filem Bahasa Asing Posted: 08 Oct 2012 06:22 PM PDT
Bunohan yang merupakan arahan Dain Said itu tersenarai bersama 70 buah filem lain dari pelbagai negara seluruh dunia untuk merebut anugerah berprestij tersebut Februari nanti. Negara jiran, Indonesia menghantar Sang Penari (The Dancer) yang di’arahkan oleh Ifa Isfansyah yang juga memegang gelaran filem terbaik di Festival Filem Indonesia 2011 yang lalu. Semestinya kami dan rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik untuk Bunohan di anugerah Oscar tahun hadapan dan anda boleh periksa senarai penuh di’laman rasmi Oscar. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Randy Pangalila Cari Kepuasan Berkarya Di Malaysia, Nafi Bercinta Posted: 08 Oct 2012 05:50 PM PDT
Dan, bermula 29 Oktober ini para peminat Randy Pangalila boleh mengikuti drama bersiri lakonan beliau bersama Elfira Loy berjudul Dalam Hati Ada Taman di Astro Ria (saluran 104). Bukan kali pertama muncul dalam drama tempatan, Randy Pangalila menjelaskan beliau bekerja di Malaysia untuk mencari kepuasan dalam berkarya & bukan kerana wang semata mata. Turut menjelaskan yang tawaran dari produksi Indonesia lebih mewah, Randy Pangalila turut meminta supaya isu permit kerja beliau di Malaysia tidak di’perbesarkan oleh mana mana pihak. Di’katakan ada menjalinkan hubungan dengan Elfira Loy, Randy Pangalila berkata yang beliau kini mempunyai kekasih yang juga merupakan pelakon Indonesia, Michella Putri. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Amy Search Kecewa Dengan Penampilan Seksi Nabila Huda Posted: 08 Oct 2012 05:14 PM PDT
Memakai gaun hitam rekaan Alia Bastamam, Nabila Huda berjaya mencuri tumpuan media juga para peminat di karpet merah majlis anugerah anjuran PFM & Astro itu. Laporan Sinar Harian semalam ada menyebut yang Amy Search berasa terkilan dengan penampilan anak perempuan’nya itu lebih lebih kini beliau bergelar ibu tunggal. “Memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu. Bagi saya designer perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia sendiri perlu tahu apa yang dipakainya” “Seharusnya dia menjaga penampilan & imej, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau menjatuhkan dia,” kata Amy Search. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.212) Posted: 08 Oct 2012 09:15 AM PDT
Jika semalam dunia hiburan terpaku melihat Mila Kunis beraksi separuh bogel, Esquire hari ini menobatkan pelakon ini sebagai wanita terseksi di’dunia untuk tahun 2012. – The Superficial Anda fikir Justin Bieber muntah di’atas pentas cukup jijik? Lady Gaga baru baru ini muntah beberapa kali ketika konsert kerana deman tetapi tetap meneruskan persembahan. – TMZ Pengacara dan aktivis alam sekitar kami kira, Sarimah Ibrahim merayu kepada masyarakat supaya berhenti membunuh ikan jerung & aktiviti menangkap penyu. – mStar Online Hari hari kami menaiki LRT ke tempat kerja tetapi untuk Jay-Z (gambar) ini sesuatu yang menarik perhatian media apabila beliau menaiki subway untuk ke lokasi konsert beliau tetapi beyonce tidak kelihatan bersama sama. Heh. – NY Daily News (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Menyanyi Lagu KEADILAN, Datuk M. Nasir Kini Bersama Pembangkang? Posted: 07 Oct 2012 09:08 PM PDT
Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini di’khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang. Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di’nyanyikan oleh M. Nasir. Walaupun tidak di’nyatakan dalam deskripsi video, ia’nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di’cipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Tekad Berpisah, Aidil Zafuan Serah Surat Mohon Cerai Untuk Kali Kedua Posted: 07 Oct 2012 07:53 PM PDT
Seperti anda semua, kami sendiri sebenarnya tertanya tanya bilakah kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini bakal berakhir. Masing masing seperti liat untuk mengalah. Laporan demi laporan seakan mengiyakan yang rumahtangga pasangan ini seakan tidak akan kembali normal apabila Rita Rudaini sendiri mengakui yang beliau sudah pun tawar hati. Menguatkan andaian tersebut apabila Aidil Zafuan di’katakan sedang rancak menjalin hubungan dengan Jue Aziz walaupun di’nafikan berkali kali oleh empunya badan sebelum ini. Laporan terbaru Sinar Harian menyebut yang Aidil Zafuan sudah nekad untuk bercerai dengan menyerahkan surat permohonan cerai buat kali kedua baru baru ini. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.