RotiKaya |
- Kenapa Hafiz Suip Sorok Kekasih Baru?
- Gossip: Putus Cinta Kerana Cinta Lokasi
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.216)
- Video: Wonder Girls Memakai Baju Kurung Ketika Konsert Di Kuala Lumpur
| Kenapa Hafiz Suip Sorok Kekasih Baru? Posted: 14 Oct 2012 06:53 PM PDT
Awal bulan yang lalu, kami ada menyiarkan gambar sambutan hari lahir untuk seorang gadis yang di’dakwa sumber sebagai kekasih baru pelantun lagu Muara Kasih itu. Akan tetapi, Hafiz Suip menafikan yang beliau sudah menemui pengganti Adira selain tidak mahu dedahkan identiti sebenar gadis baru yang di’kaitkan dengan diri beliau ketika ini. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gossip: Putus Cinta Kerana Cinta Lokasi Posted: 14 Oct 2012 06:17 PM PDT
Al-kisahnya, pasangan kekasih selebriti ini memang menjadi perhatian ramai sejak sebelum mereka bercinta sehinggalah drama gaduh mereka di laman sosial. Perpisahan mereka memang seperti sudah di’jangkakan kerana bukan sekali dua pergaduhan mereka menjadi tajuk utama berita di’dada dada akhbar. Itu dia dramatik. Namun, sehingga ke hari ini para peminat mereka masih tidak mengetahui akan punca perpisahan mereka & kami dengar dari sumber terdekat, ia’nya memang melibatkan pihak ketiga. Si gadis yang juga merupakan seorang aktress di’khabarkan telah bermain cinta dengan pelakon lelaki yang menjadi hero beliau dalam drama bersiri yang boleh tahan popular. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.216) Posted: 14 Oct 2012 09:00 AM PDT
Laporan menyebut yang Tom Cruise bercadang meninggalkan Scientology untuk kembali memenangi hati Katie Holmes & juga kerana ajaran itu tidak membawa faedah kepada perkahwinan beliau — bukan satu, tetapi dua kali. – DNA Warner Bros. hari ini telah mengambil langkah berani dengan mencalonkan Anne Hathaway (gambar) yang membawa watak Catwoman dalam filem The Dark Knight Rises dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk anugerah Oscar. – Huff. Post Joe Flizzow hari ini menafikan sebarang khabar angin yang mengatakan hubungan beliau dan Malique kini renggang hanya kerana tidak bersama terbitkan album baru. – mStar Online Mungkin kerana rimas di’asak soalan yang sama tentang kisah silam beliau bersama Ariel NOAH, Luna Maya baru baru ini tampak tidak selesa di program TV secara live. – detikHot (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Video: Wonder Girls Memakai Baju Kurung Ketika Konsert Di Kuala Lumpur Posted: 14 Oct 2012 04:37 AM PDT
Malam minggu lalu telah pun berlangsung konsert Wonder Girls yang mengambil tempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur dengan di’hadiri oleh lebih 4,000 peminat mereka. Ketika menyampaikan salah satu lagu popular mereka berjudul Be My Baby, ahli kumpulan Wonder Girls telah tampil memakai baju kurung bercorak seragam pelbagai warna. Penampilan mereka ini telah menjadi topik perbualan peminat muzik pop Korea hari ini & tidak kurang juga yang mula jatuh cinta dengan mereka kerana berbaju kurung. Heh. Video konsert Wonder Girls ketika mereka tampil manis berbaju kurung menyampaikan lagu popular mereka selepas ini. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.