RotiKaya

RotiKaya


Norish Karman Kini Berkerusi Roda Akibat Kekoyakan Cakera Spina

Posted: 11 Oct 2012 06:11 PM PDT

Norish Karman Kini Berkerusi Roda Akibat Kekoyakan Cakera Spina

Sangat kental jiwa pelakon ini apabila beliau di’laporkan tetap hadir ke lokasi penggambaran drama walaupun terpaksa menahan sakit dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Norish Karman ketika ini baru sahaja menjalani 'L5 S1 Caudal Epidural Injection' akibat kekoyakan di bahagian spine disc dan tisu yang menyebabkan beliau sukar untuk berdiri.

Aktress popular ini bagaimanapun menurut laporan Harian Metro hari ini masih hadir ke lokasi untuk merakamkan babak untuk drama Julia yang sedang bersiaran di TV3 ketika ini.

“Pihak produksi faham, tetapi atas dasar tanggungjawab saya tetap datang ke lokasi kerana hampir setiap episod ada babak membabitkan saya sebagai Zainab dalam drama itu”

“Kalau saya tidak ke lokasi menyiapkan babak saya, ia boleh menyebabkan jalan cerita tergantung,” kata Norish Karman.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad Merancang Kahwin Pada Tahun 2014

Posted: 11 Oct 2012 05:11 PM PDT

Sebenarnya 2014 itu semacam jauh lagi ke’hadapan tetapi di zaman yang serba laju ini, sekejap sahaja rasnaya nanti kita akan berada dalam tahun 2014. Cukup sudah ibadah? Eh.

Bercakap secara eksklusif kepada Berita Harian hari ini, Shila Amzah menyatakan hasrat beliau untuk bergelar isteri kepada Sharnaaz Ahmad dua tahun lagi.

Kenapa dua tahun? Shila Amzah menjelaskan yang tempoh dua tahun berbaki ini adalah peluang untuk mereka berdua mengukuhkan kedudukan kerjaya masing masing.

Shila Amzah sendiri selepas memenangi Asian Wave 2012 yang lalu kini berulang alik ke Shanghai, China untuk memenuhi undangan menyanyi yang jadual’nya semakin padat.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.215)

Posted: 11 Oct 2012 09:00 AM PDT

Komik ikonik karya Charles Schulz, Peanuts akhirnya bakal di’keluarkan sebagai sebuah filem animasi oleh Blue Sky Studios & akan ke pawagan pada November 2015. – TIME

Tahukah anda sekiranya James Bond (gambar) benar benar wujud sekarang ini, perisik 007 ini akan membelanjakan wang rakyat Britain sebanyak US$5.7 juta. Wow! – Mashable

Pemerhati berpendapat lagu terbaru Kanye West berjudul White Dress ada sentuhan penyanyi itu ketika awal awal terlibat dengan dunia muzik dan lebih penting ianya berkaitan dengan perkahwinan. Bersediakah Kim Kardashian? – Huff. Post

Satu laporan menyebut yang komputer riba dan kamera milik Justin Bieber telah di’curi ketika melakukan persembahan di Washington & masih tiada gambar bogel tersebar. – The Frisky

Bakal tampil dengan dua filem tidak lama lagi di’bawah arahan Ahmad Idham, Hazama bagaimanapun tidak bercadang untuk menjadikan lakonan sebagai karier utama. – mStar Online

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Video: Tarantella Lancarkan Trailer 3 Minit Untuk ‘Lagenda Budak Setan 2′

Posted: 11 Oct 2012 12:35 AM PDT

Apa pun kontroversi yang melanda produksi Tarantella Pictures ini, filem terbitan mereka ketika ini adalah antara filem yang di’nantikan semua termasuk filem sekuel ini.

Bakal ke pawagam pada 29 November 2012, Lagenda Budak Setan 2 melancarkan trailer berdurasi tiga minit secara online untuk tatapan para peminat yang memang menanti.

Mengambil nama Katerina sebagai tajuk kedua, filem sekuel ini berkisar kehidupan Kasyah (Farid Kamil) selepas kematian Ayu & pertemuan cinta dengan Katerina lakonan Maya Karin.

Sekuel ini yang turut di’arahkan pengarah sama, Sharad Sharan juga mengambil lokasi penggambaran sekitar Bhutan. Video untuk tontonan anda semua selepas ini. Enjoice!

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Nora Danish Di Sekitar Tayangan Perdana ‘Aku Terima Nikahnya’

Posted: 10 Oct 2012 09:43 PM PDT

Nora Danish Di Sekitar Tayangan Perdana 'Aku Terima Nikahnya'Lama sebenarnya Nora Danish tidak muncul dengan filem dan kali ini bersama Metrowealth Pictures, beliau muncul dalam filem romantik berjudul Aku Terima Nikahnya.

Bergandingan bersama pelakon popular, Adi Putra anda semua boleh mula menonton filem Aku Terima Nikahnya ini bermula hari ini di’pawagam seluruh Malaysia.

Ramai yang sudah menonton filem ini beritahu kami yang jalan cerita’nya ada persamaan dengan file Hollywood berjudul The Vow, cuma yang hilang ingatan adalah si lelaki.

Pasti ramai yang ingin melihat chemistry antara Nora Danish & Adi Putra di layar perak selepas ada gossip liar mengatakan mereka bercinta beberapa bulan yang lalu. Heh.

Lagi gambar Nora Danish, Adi Putra & juga sesekali David Teo sekitar tayangan perdana filem Aku Terima Nikahnya selepas ini. Juga, jangan lupa ke pawagam. Enjoice!

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

‘Toy Story’ Lancarkan Filem Pendek Baru Enam Minit Secara Online

Posted: 10 Oct 2012 09:40 PM PDT

Nama sahaja sudah tua bangka, tetapi kalau melibatkan siri animasi daripada Pixar memang kami boleh bertukar menjadi kanak kanak riang dengan segera.

Hari ini, Pixar Films telah melancarkan filem animasi pendek ketiga’nya untuk Toy Story berjudul Partysaurus Rex yang kini di’mainkan sebelum tayangan filem Finding Nemo 3D.

Filem pendek berdurasi 6 minit ini mengisahkan Rex (dengan suara Wallace Shawn) meninggalkan bilik tidur dan memulakan parti di bilik mandi bersama watak mainan lain.

Partysaurus Rex merupakan filem pendek yang ketiga selepas Hawaiian Vacation yang di’mainkan sebelum Cars 2 dan Small Fry yang merupakan animasi pembuka untuk The Muppets.

Dalam perkembangan berkaitan, animasi klasik Pixar Finding Nemo dalam format 3D akan menemui penonton di Malaysia pada 8 November 2012 ini. Kami? Mestilah serbu wayang.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Video: Fahrin Ahmad Menyanyi Atas Bas

Posted: 10 Oct 2012 08:40 PM PDT

Bukan selalu kita boleh dengar pelakon ini menyanyi lebih lebih lagi menyanyi di’hadapan khalayak ramai dalam sebuah bas. Ini dia Fahrin Ahmad bersama program Kotak Muzik.

Menurut siaran akhbar yang kami terima daripada penganjur program ini, Kotak Muzik bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan belia.

Penglibatan Fahrin Ahmad menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh ini merupakan video kedua selepas Shila Amzah melakukan perkara yang sama sekitar Ogos 2012 yang lalu.

Program di’mana pemuzik menyanyi secara akustik dalam bas ini merupakan yang pertama di Malaysia dan di’anjurkan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM).

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...