RotiKaya

RotiKaya


Neelofa & Awal Ashaari Bakal Pengacara Anugerah Skrin 2012?

Posted: 10 Oct 2012 05:38 PM PDT

Musim anugerah kembali lagi untuk tahun 2012 & paling dekat antaranya kita akan menghadapi Anugerah Skrin 2012 yang akan berlangsung pada 9 November nanti.

Selain siapa yang tersenarai sebagai calon akhir dalam setiap kategori, kami pasti siapakah pengacara majlis antara perkara yang menjadi tumpuan ramai ketika ini.

Ingat lagi tahun lepas apabila TV3 membuat percubaan berani menggandingkan Ally Iskandar bersama Rozita Che Wan. Dan, anda pasti masih ingat akan hasil gabungan mereka.

Kalau anda menonton TV3 beberapa hari kebelakangan ini, pasti anda perasan akan teaser 30 saat untuk Anugerah Skrin 2012 yang menampilkan Neelofa bersama Awal Ashaari.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Dr Sheikh Muszaphar Bakal Bintangi Filem Pengembaraan Angkasa

Posted: 10 Oct 2012 09:02 AM PDT

Kami sebenarnya memang jangkakan suatu hari nanti akan ada penerbit filem berminat dengan kisah kembara angkasawan pertama negara ini tetapi tidak’lah secepat ini.

Dan lebih menarik, angkasawan itu sendiri bakal membintangi filem tersebut. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sahkan penglibatan beliau untuk pertama kali dalam filem.

Menurut beliau lagi, filem berjudul ‘N01 – 10 HARI: 21 JAM: 14 MINIT DI PINTU AJAL’ itu akan menemui penonton sekitar Mac 2013 & akan di’arahkan oleh Imran Ismail.

Imran Ismail sebelum ini pernah mengarahkan filem Jalang, Cassandra & Datin Ghairah dan kami ada semacam perasaan yang filem angkasa ini bakal tiada beza. Ya, kami negatif.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.214)

Posted: 10 Oct 2012 09:01 AM PDT

Dengan kejayaan Taken 2 menduduki carta carta box-office di seluruh dunia, Twentieth Century Fox Film mengesahkan yang kini bakal wujud filem sekuel Taken 3. Oh kenapa? – The Wire

Sekali lagi dalam perhatian ramai, Lindsay Lohan di’khabarkan telah bergaduh besar dengan ibu’nya sendiri sehingga orang ramai terpaksa memanggil pihak polis. Hebat! – TMZ

Selepas bekerja keras untuk runut bunyi filem James Bond terbaru berjudul Skyfall, Adele kini bersedia untuk berehat dan tumpukan perhatian kepada anak yang bakal lahir. – People

Watak dewasa Tun Siti Hasmah bertukar tangan lagi & kali ini ia’nya milik Eja yang mengambil alih daripada Sofia Jane. Lisa Surihani bakal bawa watak ketika remaja. – Media Hiburan

Pelakon popular Indonesia, Nikita Willy (gambar) berkata oleh kerana terlalu dengan kerjaya masing masing, beliau kini hanya bertemu kekasih Diego Michiels pada malam hari. – detikHot

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Jimmy Shanley & Nursuhaila Sah Bercerai Secara Tebus Talak RM1

Posted: 10 Oct 2012 04:08 AM PDT

Akhirnya kemelut rumahtangga Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani Suhaimy selesai apabila masing masing bersetuju untuk bercerai secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1.

Jimmy Shanley sah bercerai talak satu dengan Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai.

Nursuhaila bersetuju untuk gugurkan semua tuntutan afkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang & Jimmy Shanley juga bersetuju untuk tidak menuntut apa apa antara mereka.

“Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan di Jannah,” ujar Jimmy Shanley yang di’temui Sinar Harian di’luar mahkamah.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...