RotiKaya

RotiKaya


Datuk K, Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Terima Menantu Disember Nanti?

Posted: 25 Sep 2012 04:45 PM PDT

Ini sesuatu yang menarik untuk pasangan ini. Ramai yang kini berharap untuk melihat orang baru dalam hidup mereka dan khabarnya harapan itu bakal terkabul tidak lama lagi.

Harian Metro hari ini melaporkan yang media telah di’jemput ke sebuah majlis santai khas di’kediaman Datuk K & Siti Nurhaliza bertempat di Bukit Antarabangsa, KL.

Jemputan khas sebegini selalunya akan di’iringi dengan satu pengumuman khas dan media mula berspekulasi adakah Dato’ Siti Nurhaliza bakal umumkan yang beliau kini hamil?

Ada kemungkinan tetapi wartawan Harian Metro mempunyai teori yang lebih menarik kami kira — pasangan ini bakal terima menantu pertama pada Disember 2012 nanti.

Sumber terdekat dengan keluarga memberitahu yang Datuk K & Siti Nurhaliza kini sedang rancak membuat persiapan untuk perkahwinan anak sulung Datuk K iaitu Anas Zawawi.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Neelofa: Saya Tidak Bertemu Hans Isaac & Menyesal Tulis Di Twitter

Posted: 25 Sep 2012 09:24 AM PDT

Neelofa: Saya Tidak Bertemu Hans Isaac & Menyesal Tulis Di TwitterYeah. Kami masih boleh terus beroperasi seperti biasa terima kasih kepada Neelofa yang semakin cool menangani gossip nakal yang melanda diri beliau.

Kelmarin kami ada menulis gossip yang mengatakan Neelofa terbang ke Koh Samui, Thailand untuk bercuti bersama Hans Isaac & gossip kami tersasar belaka nampaknya.

Neelofa ketika di’temui media di pra-tonton filem Hantu Kapcai menjelaskan yang beliau terbang ke Phuket, Thailand bersama rakan rakan & bukan ke lokasi percutian Hans Isaac.

Menurut Neelofa, Hans Isaac sudah berada di Koh Samui sejak Khamis lalu bersama keluarga dan teman bermain golf beliau — dan tiada perjumpaan berlaku antara mereka berdua.

Neelofa juga pelik kerana di’kaitkan dengan percutian Hans Isaac di Koh Samui sedangkan Nazim Othman ketika itu turut berada di Phuket tetapi tiada sebarang gossip timbul.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.203)

Posted: 25 Sep 2012 09:00 AM PDT

Justin Bieber hari ini menafikan yang beliau menghadiahkan kereta mewah Fisker Karma kepada Sean Kingston seperti yang di’dakwa penyanyi tersebut, ia hanya pinjaman. – TMZ

Berita baik mungkin industri perfileman negara yang semakin suam suam kuku. Raja Azmi mengambil keputusan untuk tidak lagi menerbitkan filem buat masa sekarang. – mStar Online

Dalam keadaan demam muzik pop Korea sekarang, jual apa pun mampu untuk laris. Tiket untuk ke showcase mini T-ARA di Malaysia sebanyak 4,300 unit telah habis terjual. – KpopStarz

Ini senarai 10 selebriti Hollywood dengan kerjaya pilihan mereka jika tidak bergelar selebriti seperti hari ini. Taylor Swift ingin bergelar penunggang kuda professional. – The Wire

Sitkom kegemaran kami, How I Met Your Mother kembali untuk musim ke-8 & Neil Patrick Harris (gambar) berkata monolog dalam episod pertama itu mengambil masa tujuh tahun untuk di’hafal. Anda sudah tonton episod baru? – Twitter

VIDEO HARI INI: Sekali lagi, ini bukan video tetapi preview 30 saat untuk lagu terbaru Amir Jahari berjudul Penghibur Jalanan yang akan ke’udara di corong radio anda tidak lama lagi. Corong radio? Heh.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Rita Rudaini Bersyukur & Mahkamah Batal Tuntutan Jagaan Anak Aidil Zafuan

Posted: 25 Sep 2012 03:34 AM PDT

Rita Rudaini Bersyukur & Mahkamah Batal Tuntutan Aidil ZafuanBoleh kami katakan ini ‘kemenangan’ yang signifikan buat Rita Rudaini? Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan permohonan Aidil Zafuan atas hak jagaan anak.

Permohonan Aidil Zafuan telah terbatal akibat alamat tempat tinggal selepas pemain bola sepak itu gagal membuktikan yang beliau tinggal di USJ Subang Jaya kepada mahkamah.

Berkata kepada Sinar Harian hari ini, Rita Rudaini bersyukur kepada Allah dengan keputusan mahkamah itu & berkata yang kebenaran telah terbukti dengan keputusan tersebut.

“Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali,” ujar Rita Rudaini.

“Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan) maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Malique Too Phat Meninggal Dunia?

Posted: 25 Sep 2012 01:05 AM PDT

Malique Too Phat Meninggal Dunia?Sekarang ini di Twitter & Blackberry Messenger (BBM) sedang kecoh dengan khabar angin pemergian Malique Too Phat.

Tiada pihak yang berjaya mengesahkan khabar angin tersebut ketika ini dan ada kebarangkalian ini hanya rekaan peminat yang ingin Malique Too Phat untuk muncul.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan penulis dan juga penyanyi Teman Pengganti ini menghidap kanser otak yang serius dan tiada sebarang respons daripada pihak beliau.

UPDATE-1: Zuan Azmi daripada program Melodi mengesahkan yang berita kematian Malique Too Phat adalah palsu.

UPDATE-2: Malique khabarnya mengeluarkan satu kenyataan di laman Youtube video muzik Teman Pengganti & menegaskan yang lagu tersebut hanyalah hiburan semata mata — dan beliau tiada kanser otak seperti yang di’dakwa sesetengah pihak.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kentang Goreng McShaker Ala ‘Gangnam Style’ Dapat Perhatian PSY

Posted: 24 Sep 2012 08:01 PM PDT

Kentang Goreng McShaker Ala 'Gangnam Style' Dapat Perhatian PSYHey Rotikaya! Cerita pasal kentang goreng pun boleh jadi kisah panas? Buang bandwidth & masa aku. Dan ingat, ini bukan sebarangan kentang goreng — ada sentuhan Gangnam Style.

Siapa pun yang timbulkan idea ini harus di’berikan kenaikan gaji serta merta kerana ia’nya sudah menjadi tumpuan seluruh dunia & kami pun jadi teringin untuk makan.

McDonald’s Malaysia mengambil peluang populariti Gangnam Style dengan menggunakan teknik tarian PSY itu sebagai cara untuk ‘goncang’ kentang goreng McShaker mereka.

PSY melalui akaun Twitter rasmi beliau sedar akan perkara ini dan menulis “…they know how to do it Malaysia! LOL”. Mari kita semua ke McDonald’s sekarang & ini bukan iklan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Komen Wardina Safiyyah Tentang Spanar Jaya: Hendak Dapat Dosa, Tengoklah

Posted: 24 Sep 2012 07:29 PM PDT

Komen Wardina Safiyyah Tentang Spanar Jaya: Hendak Dapat Dosa, TengoklahOuch. Memang jujur & ikhlas ayat yang keluar dari kenyataan Twitter Wardina Safiyyah pagi ini berkaitan tayangan semula sitkom Spanar Jaya di NTV7 hari ini.

Sebenarnya Spanar Jaya sudah kembali ke televisyen sejak beberapa minggu lalu dan peminat mula prihatin dengan imej lama Wardina Safiyyah dalam sitkom tersebut.

“Okay. Spanar Jaya is airing again. I don’t have a TV. Yes, that was lama dulu. Hendak dapat dosa tengoklah, kalau ada rasa segan jangan tengok,” tulis beliau hari ini.

Wardina Safiyyah kemudian mengatakan yang beliau kini dan yang dahulu jauh berbeza dan di’sudut hati beliau tahu yang Tuhan sudah pun memaafkan kesilapan beliau dahulu.

Menyatakan yang sebenarnya beliau tidak kisah dengan penyiaran semula Spanar Jaya, Wardina Safiyyah juga berkata beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang siaran di TV.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...