RotiKaya

RotiKaya


Mufti Perak Saran Vanidah Imran, Rashidi Ishak Rujuk Pejabat Agama

Posted: 23 Sep 2012 04:29 PM PDT

Ini sesuatu yang menarik untuk kita ikuti perkembangan’nya — seorang mufti terpanggil untuk memberikan nasihat kepada pasangan suami isteri yang berlakon filem.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Rashidi Ishak & Vanidah Imran supaya segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan dialog dalam filem Untuk Tiga Hari.

Beliau turut berkata yang lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi Ishak sewaktu melakonkan watak Zafrin menyebabkan status perkahwinan mereka sejak tahun 2000 tidak sah di sisi agama.

“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera,” ujar Tan Sri Harussani Zakaria.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Maya Karin Saksikan Formula 1 Di Singapore Grand Prix

Posted: 23 Sep 2012 04:25 PM PDT

Gambar: Maya Karin Saksikan Formula 1 Di Singapore Grand PrixKalau seseorang selebriti itu cukup eksklusif, apa pun yang di’lakukan akan menjadi perhatian. Maya Karin antara mereka tidak terlepas dari tumpuan, walau hanya makan cendol.

Kurang 24 jam yang lalu, Maya Karin melalui akaun Twitter mengirimkan sekeping gambar beliau yang sedang berada di garaj pasukan Formula Satu Lotus di Singapore Grand Prix.

Menariknya, kehadiran Maya Karin di garaj itu menimbulkan persoalan di kalangan peminat hiburan akan kaitan pelakon dan penyanyi itu dengan pasukan tersebut.

Kami pasti yang Maya Karin mempunyai tiket akses ke semua lokasi perlumbaan atau beliau sekadar di’berikan layanan VIP kerana status selebriti beliau. Atau, VIP layan beliau? Hah.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.201)

Posted: 23 Sep 2012 09:10 AM PDT

Miera Liyana menafikan yang penambahan berat badan beliau ketika merupakan kesan putus cinta dengan Shahz Jaszle, bertambah 8kg akibat selera makan meningkat. – mStar Online

Belum reda kisah perkahwinan dengan Ryan Reynolds, Blake Lively (gambar) di’khabarkan mengandung & pelakon ini pantas menafikan gossip yang mula tersebar. – The Superficial

Anda mungkin kenal akan Mikha Tambayung & pelakon remaja ini di’katakan kini sedang hangat bercinta dengan seorang lagi selebriti Indonesia, Adly Fairuz. – detikHot

Bukan sahaja pandai jual muzik, Lady Gaga juga bijak menjual pewangi badan eksklusif beliau ‘Fame’ apabila berjaya terjual sebanyak 6 juta unit dalam masa seminggu. – NME

Penyanyi Robbie Williams kini bergelar bapa kepada seorang bayi perempuan, Theodora Rose dan berkongsi gambar comel melalui akaun Twitter beliau semalam. – NDTV

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Anne Ngasri & Aliff Aziz Sah Putus Cinta

Posted: 23 Sep 2012 06:57 AM PDT

Anne Ngasri & Aliff Aziz Sah Putus CintaSumpahan apakah sepanjang minggu ini yang menyaksikan perpisahan beberapa pasangan selebriti yang bercinta. Anne Ngasri sahkan yang cinta sudah tiada.

Bercakap kepada portal hiburan Murai, Anne Ngasri hari ini mengesahkan yang beliau & Aliff Aziz sudah membawa haluan masing masing dan menganggap sudah tiada jodoh.

Laporan asal keluar dalam sisipan hiburan Berita Harian dan Anne Ngasri mengatakan yang keluarga tidak menjadi punca perpisahan mereka berdua dan ia’nya akan kekal rahsia.

Anne Ngasri enggan mengulas lanjut tentang punca mereka putus cinta tetapi ada mengatakan yang ia’nya bersifat sangat peribadi antara diri’nya dengan Aliff Aziz.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

LMFAO Berpecah Selepas Enam Tahun

Posted: 23 Sep 2012 03:50 AM PDT

Nampaknya parti mereka berdua tidak berpanjangan apabila duo popular ini mengambil keputusan untuk berpecah selepas enam tahun bersama, lebih kurang.

Anggota LMFAO, Redfoo memberitahu kepada media yang beliau dan Sky Blu mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara untuk menumpukan kepada minat masing masing.

Redfoo & Sky Blu yang mempunyai pertalian darah ini telah bersama sebagai LMFAO semenjak enam tahun yang lalu dan tiba masanya untuk mereka membuat haluan sendiri.

Buat Redfoo, berita terbaru ini bukan sahaja bermakna beliau mampu merakamkan muzik secara solo tetapi juga kembali menumpukan minat beliau terhadap sukan tenis.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Remy Ishak & Tiz Zaqyah Sah Putus Cinta Cara Baik, Sudah 3 Bulan

Posted: 22 Sep 2012 08:30 PM PDT

Jika semalam Tiz Zaqyah enggan memberikan sebarang komen lanjut, Remy Ishak hari ini telah tampil memberikan penjelasan sebenar tentang apa yang terjadi.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Remy Ishak mengakui yang kenyataan beliau di Twitter memang merujuk kepada hubungan cinta bersama Tiz Zaqyah yang sudah berakhir.

“Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan & rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya & Tiz Zaqyah lalui tidak mengelirukan,” ujar Remy Ishak.

“Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena menerima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius,” tambahnya lagi.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Studio Milik Edrie Hashim Kena Rompak

Posted: 22 Sep 2012 08:02 PM PDT

Utusan Malaysia pagi ini melaporkan yang studio rakaman milik gitaris terkenal Malaysia, Edrie Hashim telah di’pecah masuk sekitar petang semalam.

Baca semula, laporan akhbar tersebut seperti separuh masak. Heh. Edrie Hashim ketika laporan di’tulis sedang menuju ke studio untuk memastikan kerugian yang di’alami.

Gitaris terkenal itu baru sahaja mengetahui tentang kejadian pecah masuk itu pagi ini melalui salah seorang pekerja beliau & sehingga kini hanya sebuah Mac di’laporkan hilang.

Menurut beliau lagi, studio rakaman yang terletak di Damansara Perdana itu sudah beberapa kali di’pecah masuk & bimbang peralatan muzik menjadi ‘habuan’ perompak.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Betty Banafe Bakal Bernikah Disember Ini, Pilih Bruce Dargus

Posted: 22 Sep 2012 07:43 PM PDT

Masih ingat dengan Betty Banafe? Atau kenalkah anda pemilik nama tersebut. Oh tidak mengapa, bukan salah siapa siapa. Pelakon & pennyayi ini di’khabarkan bakal bernikah.

Laporan Harian Metro hari ini mengesahkan yang Betty Banafe bakal tamatkan zaman solo pada 8 Disember 2012 ini bersama jejaka pilihan kacukan Inggeris – Lubnan, Bruce Dargus.

Pasangan ini mula di’lihat tampil di’khalayak umum ketika majlis perkahwinan pelakon Ana Dahlia sekitar hujung tahun lalu & mereka kini bersedia untuk perkahwinan sendiri.

Betty Banafe berkata kehadiran Bruce Dargus dalam hidupnya merupakan doa yang di’makbulkan ketika menunaikan umrah & mereka sudah pun bertunang pada 14 Jun lalu.

Majlis pernikahan mereka dengan tema Arab akan berlangsung di kediaman keluarga Betty Banafe di Johor serta persiapan untuk majlis sudah pun siap lebih 50%.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...