RotiKaya

RotiKaya


Diana Amir Sah Bertunang, Dengan Ustaz

Posted: 21 Sep 2012 05:58 AM PDT

Diana Amir Sah Bertunang, Dengan UstazKalau sudah namanya selebriti, perkara baik sebegini walau pun tidak mahu di’hebahkan pasti akan sampai juga ke telinga peminat dan terima kasih buat Galaksi.

Dalam program hiburan di TV9 itu, Diana Amir hari ini telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan orang & lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz.

Melalui laporan eksklusif Galaksi, terpapar gambar Diana Amir & tunang beliau seorang ustaz yang pada kami cukup tampan sedang memotong kek bersama. Ah romantis.

Namun laporan tidak menyebut nama tunang Diana Amir mahu pun tempoh pertunangan mereka sebelum pasangan ini bakal di’satukan dengan ikatan perkahwinan sah.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Nafikan Orang Ketiga Jadi Punca, Qi Razali Masih Menaruh Harapan

Posted: 20 Sep 2012 09:21 PM PDT

Kisah berakhirnya episod cinta Yuna dan Qi Razali memang menjadi topik perbualan utama industri gossip tempatan semalam. Dan, hari ini pihak lelaki membuka mulut.

Qi Razali berkata kepada portal hiburan Murai yang beliau kini sudah dapat menerima kenyataan yang hubungan mereka sudah berakhir tetapi hatinya masih ada untuk Yuna.

“Terus terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna,” ujar Qi Razali hari ini.

Ekoran berita hubungan mereka berakhir, ada gossip mula tersebar yang mengatakan perpisahan mereka berpunca kerana kehadiran orang ketiga yang menjadi pengubat kesunyian.

Namun Qi Razali menjelaskan yang keputusan mereka ambil adalah kerana mereka berdua ingin memberi lebih komitmen kepada kerjaya masing masing selepas ini.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fouziah Gous Kini Kembali Berlakon Dan Kisah Cinta Rekaan Semata

Posted: 20 Sep 2012 06:34 PM PDT

Fouziah Gous Kini Kembali Berlakon Dan Kisah Cinta Rekaan SemataSemenjak bapa beliau meninggal dunia pada 11 Ogos lalu, Fouziah Gous seakan menyepi sebentar daripada dunia hiburan & ini di’akui sendiri oleh pelakon ini ketika di’temui.

Fouziah Gous berkata beliau berkurung dua minggu di’rumah selepas kematian bapanya akibat sakit tua dan kini kembali bekerja selepas 20 hari berehat daripada jadual kerja biasa.

Penampilan pertama Fouziah Gous kali ini adalah menerusi drama bersiri Dendam Sarakit yang bakal bersiaran bermula 27 September ini melalui slot Seram di TV3.

Ketika di’temui di majlis pelancaran drama bersiri itu di Sri Pentas, Fouziah Gous tidak terlepas daripada di’tanya pihak media tentang kisah cinta & rancangan perkahwinan.

“Entah bila pula saya hendak kahwin. Agak kelakar sebenarnya apabila ada yang soalkan isu kahwin kepada saya. Saya masih tiada masa untuk fikir tentang kahwin”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...