RotiKaya

RotiKaya


Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Posted: 20 Sep 2012 05:05 PM PDT

Seorang lagi penyanyi Malaysia berjaya bergelar yang terbaik di pentas antarabangsa. Shila Amzah telah berjaya menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di China.

Kemenangan Shila Amzah pada pertandingan malam tadi menepikan lima peserta peringkat akhir lain yang datang dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Pada malam persembahan akhir, Shila Amzah membawakan lagu Grenade (Bruno Mars), sebuah lagu Melayu nyanyian asal Jaclyn Victor, Gemilang & sebuah lagu Mandarin.

Tahniah buat Shila Amzah atas pencapaian ini & bukan calang calang bakat boleh tewaskan peserta dari negara yang memiliki industri hiburan lebih gah & maju. Heh.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Jadi Peminat Elite Models Fragrances Dan Miliki Kamera Lomo Eksklusif

Posted: 20 Sep 2012 05:00 PM PDT

Jika di’fikirkan semula, senang sebenarnya untuk kita semua menggelarkan diri sebagai peminat sesuatu perkara melalui satu platform media — Facebook.

Dan, kalau kena gaya menjadi peminat di Facebook mampu membuahkan hasil untuk anda & Elite Models Fragrances hari ini ada tawaran menarik & mudah untuk anda semua.

Elite Models Fragrances merupakan wangian terbaru yang bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi & mengambil inspirasi empat lokasi yang menjadi destinasi fesyen.

Paris, London, New York & Rio memang tidak asing lagi dalam dunia fesyen dan wangian terbaru Elite ini memberikan anda pilihan memilih ‘destinasi hidup’ anda sendiri.

Jadi 500 yang pertama untuk LIKE  & daftar di akaun Facebook rasmi mereka, anda akan menerima Elite Model Fragrances Limited Edition Bag Charm bernilai RM42.90.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Tiz Zaqyah, Remy Ishak Kini Benar Benar Putuskan Hubungan Cinta?

Posted: 20 Sep 2012 04:26 PM PDT

Gossip: Tiz Zaqyah, Remy Ishak Kini Benar Benar Putus Cinta? Kalau kami sudah tanyakan soalan sebegitu, maksudnya bukan pertama kali gossip pasangan ini putus cinta timbul di media massa. Ini kali yang ke 453. Heh.

Hampir sehari yang lalu, Remy Ishak ada menulis melalui akaun Twitter beliau sesuatu yang menimbulkan keraguan di’hati para peminat & juga kami akan hubungan cinta beliau.

“The relationship was gone a long time ago, I haven’t been involved with anything and everything,” tulis Remy Ishak yang menjadi ayat pertama beliau ketika itu.

“The best way to end the relationship is to burn the bridge. Glad I did it. No turning back,” tulis yang menguatkan andaian hubungan cinta beliau sudah berakhir. Andaian.

Remy Ishak kemudiannya menulis yang semua orang patut bersyukur dengan pengalaman pahit yang Tuhan berikan juga jangan sesekali menyesal dengan apa terjadi.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.200)

Posted: 20 Sep 2012 09:16 AM PDT

Entri wajib setiap hari bekerja ini sudah masuk edisi ke 200. Dan, untuk meraikan pencapaian tidak berguna ini, mari lihat 12 video seks selebriti yang bernilai jutaan dollar. – The Wire

Selebriti yang tidak mempunyai kerja, Paris Hilton mengatakan yang lelaki homoseksual adalah menjijikkan dan mungkin telah menghidap penyakit AIDS. Stereotaip. – TMZ

Mungkin ada antara anda yang rindu dengan muzik Justin Timberlake (gambar) namun selebriti ini berkata album sesuatu yang besar & perlu mengambil masa untuk beliau. – Seattle PI

Pelatih baru The Voice musim ke-4, Shakira telah mengesahkan yang beliau kini mengandung anak pertama bersama teman lelaki beliau kini, Beau Gerard Piqué. – Celebuzz

Sebuah majalah yang tidak pernah senyap dari kontroversi, Star telah membega gambar Kate Middleton bersama kisah yang mengatakan beliau kini sedang hamil kembar. – Huff Post

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Osman Ali Enggan Arah Pilot Cafe & Masih Tuntut Bonus Ombak Rindu?

Posted: 19 Sep 2012 11:18 PM PDT

Apabila kami baca apa yang di’sampaikan oleh seorang ahli forum Cari hari ini, sumber yang menulis seperti sangat rapat dengan produksi yang terlibat. Seperti, pun boleh.

Khabarnya, penerbit filem Sharad Sharan kini sedang berusaha memujuk pengarah filem Cun & Ombak Rindu untuk kembali mengarah sebuah lagi filem adaptasi novel, Pilot Cafe.

Novel tersebut merupakan sebuah lagi novel nukilan Ahadiat Akashah & Osman Ali sehingga hari ini khabarnya masih belum memberikan kata persetujuan kepada produksi.

Sebagai salah satu usaha memujuk, Sharad Sharan khabarnya berbesar hati membelikan pakej pelancongan ke Itali buat Osman Ali dan isteri — namun masih tiada kata putus.

Osman Ali khabarnya enggan mengambil tugas mengarah Pilot Cafe kerana pihak produksi yang sama enggan memberikan sebarang bonus atas kejayaan Ombak Rindu.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Konsert Michael Bolton Di Kuala Lumpur Pada 20 Oktober 2012

Posted: 19 Sep 2012 10:50 PM PDT

Anda tahu anda sudah mula tua apabila terasa lebih teruja untuk mendengar nyanyian mantap Michael Bolton secara live berbanding berpusu pusu untuk Maroon 5 malam ini. Heh.

Penyanyi bertaraf lagenda yang telah memenangi beberapa gelaran Grammys, Michael Bolton akan turun ke Malaysia buat kesekian kali’nya untuk menghiburkan peminat semua.

Konsert Michael Bolton Live In KL ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2012 ini bermula jam 8.30 malam dengan tiket bermula pada RM188.

Persembahan beliau kali ini pastinya akan di’serikan dengan barisan lagu lagu popular beliau termasuk rendisi sendiri lagu lagu lama — kegemaran kami, To Love Somebody.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...