RotiKaya |
- Yuna Akui Berpisah Dengan Qi, Jarak Jauh Menjadi Punca Utama
- Gambar: Keluar Bersama, Ini Kekasih Baru Khairul Fahmi Che Mat?
- Dafi Kembali Aktif Di Malaysia & Kerjaya Di Indonesia Bukan Minat Sebenar
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.199)
| Yuna Akui Berpisah Dengan Qi, Jarak Jauh Menjadi Punca Utama Posted: 19 Sep 2012 05:59 PM PDT
Dalam kenyataan terbaru kepada GUA hari ini, Yuna mengakui yang dirinya kini telah kembali solo & sepakat bersama Qi untuk tidak terikat dengan komitmen kepada sesiapa. “Susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia di sini. Saya hormati kemahuan dia, dan dia juga hormati kemahuan saya,” ujar Yuna baru baru ini. Yuna turut mengatakan keputusan ini di’ambil supaya masing masing boleh menumpukan lebih perhatian kepada karier dan Yuna & Qi kini masih berkawan seperti biasa. "Jarak jauh memang menyulitkan untuk saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing,” tambah Yuna yang kini solo tetapi not available. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Keluar Bersama, Ini Kekasih Baru Khairul Fahmi Che Mat? Posted: 19 Sep 2012 09:03 AM PDT
Kami terima beberapa keping gambar ala paparazzi ini melalui e-mail dan pengirim mendakwa beliau kenal akan siapakah gerangan gadis ini kerana mereka satu universiti. Khairul Fahmi Che Mat di’khabarkan sering turun ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bertemu gadis ini yang namanya enggan pula sumber kami dedahkan. Sumber kami turut menyebut yang penjaga gol kebangsaan & gadis ini sering bertukar tulisan ‘manja’ sesama mereka di Twitter namun pandai menyorok hubungan mereka. Merisik satu sumber lain pula, yang sebenarnya kini memang sah Khairul Fahmi Che Mat sedang berpacaran dengan rakan model, Leuniey yang pernah di’nafikan mereka. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Dafi Kembali Aktif Di Malaysia & Kerjaya Di Indonesia Bukan Minat Sebenar Posted: 19 Sep 2012 09:01 AM PDT
Sejak awal tahun 2012, Dafi memang mula menjadi sebutan apabila mengambil keputusan untuk melebarkan sayar kerjaya beliau di tanah tumpah darah sinetron, Indonesia. Memiliki wajah yang memang boleh di’jual di pasaran hiburan Indonesia, Dafi telah di’terima untuk menjadi pengacara sebuah program televisyen bertajuk Selebrita Siang. Dalam kenyataan terbaru melalui HAI, pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri ini mengatakan yang beliau kini telah nekad untuk kembali untuk aktif dalam dunia hiburan Malaysia. Dafi turut mengatakan yang kerjaya pengacaraan di Indonesia bukan minat sebenar beliau & kerana itu ingin menumpukan kembali perhatian dalam bidang lakonan juga nyanyian. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.199) Posted: 19 Sep 2012 09:00 AM PDT
Mengambil keputusan untuk menggunakan telefon bimbit buat pertama kali pada Oktober 2011 lalu, Yusof Haslam mengakui terganggu dengan pelbagai perkara remeh. – mStar Online Katy Perry (gambar) kini telah mengesahkan penglibatan untuk menjayakan persembahan di acara memungut dana Presiden Barack Obama, 30 Days To Victory di Los Angeles. – Huff. Post Ini hiburan ringan anda hari ini. Artikel ini telah senaraikan 21 selebriti Hollywood yang mempunyai wajah seiras. Pilihan kami pastinya Katy Perry & Zooey Deschanel. – The Wire Belum habis kisah perkahwinan mereka & hari ini laporan ada menyebut yang Ryan Reynolds telah belanjakan US$2 juta untuk cincin perkahwinan Blake Lively. – Celebuzz (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.