RotiKaya |
- Gambar: Sekitar Sambutan Hari Lahir Nur Fazura, Akan Buka Cawangan Butik
- Shaheizy Sam Sengaja Ambil Cuti Panjang & Rancang Kahwin 2014
- Kempen Pink Ribbon Estée Lauder Masuk Tahun Ke 20, Teruskan Tradisi
- Reza Mohamed: Wujud Propaganda Untuk Sabotaj Karier & Hidup Saya
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.198)
- Kes Saman: Nadia Mustafar Gagal Peroleh Semakan Keputusan Mahkamah
- Gambar: Siti Nurhaliza Bakal Terbit Album Penuh Untuk Pasaran Indonesia
| Gambar: Sekitar Sambutan Hari Lahir Nur Fazura, Akan Buka Cawangan Butik Posted: 18 Sep 2012 09:22 AM PDT
Tarikh ulangtahun kelahiran Nur Fazura sebenarnya jatuh pada 27 September & anda ada banyak masa lagi untuk persiapkan ucapan untuk pelakon popular ini. Heh. Bercakap kepada media baru baru ini, Nur Fazura berkata yang beliau akan tampil dalam filem terbaru berjudul Kami Histeria Glamor Sampai Nak Mati tidak lama lagi. Selain daripada kembali ke layar perak, Nur Fazura juga sedang merancang untuk membuka cawangan baru untuk butik’nya, House of Dolls sebagai langkah kembangkan perniagaan. Itu sahaja perkembangan pelakon ini yang kami ketahui & untuk anda semua, beberapa keping gambar sekitar majlis hujung minggu lalu untuk di’tatap hari ini. Enjoice! (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Shaheizy Sam Sengaja Ambil Cuti Panjang & Rancang Kahwin 2014 Posted: 18 Sep 2012 09:05 AM PDT
Bercakap kepada Sinar Harian baru baru ini, Shaheizy Sam berkata beliau mensasarkan untuk berkahwin seawal awalnya pada tahun 2014 & tiada tarikh terlalu lewat untuk beliau. “Saya meletakkan sasar (tarikh) kahwin seawal-awalnya dua tahun lagi ketika saya berumur 32 tahun dan selewat-lewatnya sehingga ke akhir hayat,” ujar Shaheizy Sam. Namun, apabila di’tanya tentang siapakah gerangan kekasih hati beliau ketika ini, Shaheizy Sam hanya tersenyum dan itu memberikan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Bercakap tentang karier, Shaheizy Sam mengakui yang beliau sengaja mengambil cuti panjang dan berehat daripada muncul untuk elakkan penonton serta peminat merasa bosan. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Kempen Pink Ribbon Estée Lauder Masuk Tahun Ke 20, Teruskan Tradisi Posted: 18 Sep 2012 09:02 AM PDT
Hari ini selepas memasuki 20 tahun, Estée Lauder Companies meneruskan legasi mendidik wanita seluruh dunia menjaga kesihatan payudara selain mengadakan pelbagai aktiviti untuk di’salurkan ke badan penyelidikan berwajib seluruh dunia. Dengan tema Courage. Believe in a world without breast cancer. Know we're here until it's true, Malaysia tidak terkecuali untuk syarikat kosmetik terkemuka ini menganjurkan aktiviti mereka. Jalan Kaki Amal Pink Ribbon & Landmark Illumination Program berjalan kaki untuk amal Pink Ribbon anjuran Estée Lauder akan berlangsung pada 29 September 2012 ini di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur bermula jam 4.00 petang. Di’jangka 2,000 orang peserta akan menyertai program berjalan sejauh 3.5KM ini & anda juga boleh menyertai dengan hanya RM50 yang akan di’salurkan 100% ke badan kebajikan. Menariknya, bangunan Pusat Sains Negara akan di’limpahi cahaya merah jambu sebagai tanda kempen Pink Ribbon Estée Lauder. Berminat? Daftarkan diri anda di sekarang!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Reza Mohamed: Wujud Propaganda Untuk Sabotaj Karier & Hidup Saya Posted: 18 Sep 2012 09:01 AM PDT
Bercakap kepada media semalam Reza Mohamed mengakui yang beliau selesa dengan persekitaran baru walaupun banyak berbeza dengan suasana tempat kerja sebelum ini. Di’tanya media tentang khabar yang mengatakan beliau tidak berdisiplin, Reza Mohamed berkata ianya bukan satu isu besar kerana beliau hanya mengambil cuti sehari dek demam. Menurut Reza Mohamed, ada pihak yang dengki & menyusun proganda untuk menjatuhkan karier beliau ketika itu sengaja mereka cerita yang bukan bukan tentang disiplin beliau. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.198) Posted: 18 Sep 2012 09:00 AM PDT
Lama tidak mendengar kisah sensasi selebriti ini dan semalam media Hollywood menyiarkan gambar terbaru Selena Gomez (gambar) dalam bikini. Amaran: NSFW – The Superficial Pengarah filem veteran, Othman Hafsham di’khabarkan telah bertindak agresif & meninggikan suara di satu majlis semalam meminta semua pihak dalam industri hiburan untuk bersatu dan berhenti di’tindas oleh ‘pemain besar’ industri. - mStar Online Usher & Shakira telah di’sahkan akan mengambil tempat Christina Aguilera & juga CeeLo Green dalam program nyanyian The Voice pada musim ke 4 yang akan datang. – CNN Sedikit hiburan ringan jika tidak sabar untuk hidup di’masa hadapan. Ini rendisi oleh pakar forensik bagaimana Justin Bieber & anggota One Direction kelihatan dalam masa 60 tahun daripada sekarang. Ia’nya sains, mesti tepat. - Buzz Feed VIDEO HARI INI: Selepas 9 bulan menyepi dari sebarang video baru, siri Youtube Shit Girls Say kini kembali dengan episod ke 4 untuk mempromosikan buku dengan tajuk yang sama. Yeah, masih kelakar seperti sebelum ini. Heh.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Kes Saman: Nadia Mustafar Gagal Peroleh Semakan Keputusan Mahkamah Posted: 18 Sep 2012 03:27 AM PDT
Hakim Mahkamah Tinggi hari ini, Abang Iskandar Abang Hashim berkata Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali tidak terkhilaf dalam membuat keputusannya pada 31 Oktober lalu. Nadia Mustafar di’arah membayar RM50,000 kepada Lisdawati selepas di’dakwa berniat jahat memberikan temubual kepada sebuah majalah hiburan sekitar 2003/4. – BH (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Siti Nurhaliza Bakal Terbit Album Penuh Untuk Pasaran Indonesia Posted: 17 Sep 2012 10:24 PM PDT
Jika anda mahu melihat Dato’ Siti Nurhaliza dalam fesyen yang berbeza dan segar, dapatkan majalah LISA edisi terbaru yang kami kira sesi fotografi terbaik untuk penyanyi nombor satu ini. Memetik temubual Siti Nurhaliza bersama LISA, penyanyi ini berkata beliau kini dalam proses memilih lagu untuk di’muatkan dalam album penuh untuk pasaran Indonesia nanti. Menurut Siti Nurhaliza, rakaman untuk album ini di’jalankan sepenuhnya di Indonesia & beliau di’lamar oleh sebuah syarikat rakaman tempatan, Virgo untuk projek album ini. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.