RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.197)

Posted: 17 Sep 2012 07:43 AM PDT

Bersempena dengan ulangtahun ke 50 francais filem James Bond, marilah kita lawak beberapa lokasi yang pernah menjadi tempat penggambaran watak ikonik ini di Britain. – Telegraph

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim akui 29 Februari merupakan satu kegagalan selepas hanya berjaya mengutip RM400,000 & ia’nya salah ekonomi. – mStar Online

Atas permintaan SKMM, Google telah menghalang akses ke filem Innocence of Muslims yang telah mencetus kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W. Tindakan yang pantas, bagus! – France 24

Gambar pertama sekitar penggambaran filem terbaru RoboCop (gambar) muncul di’internet & peminat mula berbelah bagai akan kostum ala Batman yang di’gunakan. – Slash Film

Kumpulan pop Korea, Girls’ Generation (SNSD) baru sahaja melancarkan satu video muzik untuk single popular mereka Oh! tetapi kali ini ia’nya untuk pasaran Jepun. – KpopStarz

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Penyanyi Hidup Sembunyi Kerana Masalah Dengan Kenamaan?

Posted: 17 Sep 2012 06:59 AM PDT

Agak lama kami tidak sajikan gossip tidak bernama kerana kisah kisah selebriti sekarang ini semuanya mahu di’bogelkan bulat bulat. Tidak seronok jika terlalu kerap.

Hujung minggu kami sempat berkunjung ke taman tema terbaru di selatan tanah air yang kini menjadi sebutan ramai. Seronok tetapi panas’nya bukan main. Heh.

Bertemu rakan rakan dari sana, terbuka kisah tentang seorang penyanyi yang lagunya kini sedang popular tetapi wajah’nya tetap tidak kelihatan di mana mana media.

Khabarnya penyanyi yang juga penulis lagu ini bukan sahaja menyorok diri kerana privasi keluarga tetapi beliau ada masalah dengan orang kenamaan dari selatan tanah air.

Masalah apa yang timbul antara mereka itu tidak dapat pula di’pastikan tetapi ianya tiada kaitan dengan wang atau wanita — lebih kepada menjaga ego & pengaruh masing masing.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Yuna Layak Tercalon Dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012

Posted: 16 Sep 2012 09:59 PM PDT

Ini bukan kali pertama Yuna tercalon dalam anugerah bertaraf antarabangsa apabila sebelum ini menjadi salah seorang calon dalam 25th Nickelodeon Kids' Choice Awards.

Kali ini, berani kami katakan yang pencalonan Yuna lebih serius dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012 yang akan berlangsung pada 11 November 2012 nanti.

Yuna akan merebut gelaran Best Asian Act di MTV EMA 2012 bersama sama empat calon yang tidak kurang hebat termasuk Super Junior, EXILE, Han Geng & Jolin Tsai.

Undian secara atas talian untuk semua kategori telah di’buka bermula hari ini sehingga 9 November nanti dan menjadi tugas anda untuk memastikan kemenangan Yuna. Heh.

Alihkan skrin komputer anda ke mtvema.com/vote untuk undi Yuna sekarang dan nampaknya mereka tidak menghadkan jumlah undian dalam satu satu masa. Go!

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Sekitar Konsert Tentang Bahtera, Penampilan Sulung Ariel & NOAH

Posted: 16 Sep 2012 09:12 PM PDT

Gambar: Sekitar Konsert Tentang Bahtera, Penampilan Sulung Ariel & NOAHSemalam berlangsung konsert Tentang Bahtera yang menjadi salah satu lokasi jelajah 24 jam NOAH yang juga merupakan kehadiran pertama mereka di Malaysia.

Konsert Tentang Bahtera yang turut di’serikan penampilan bertenaga 6ixth Sense, The Malayan & Gamaliel Audrey Cantika (GAC) mengambil tempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail.

Media Indonesia hari ini menyifatkan jelajah 24 jam NOAH ini sebagai sesuatu yang telah memecahkan rekod industri muzik mereka selain menjadi satu pencapaian hebat.

Jelajah yang di’beri nama Born To Make History ini memulakan kembara di Melbourne sebelum ke Hong Kong, Kuala Lumpur & berakhir di tanah kelahiran mereka Jakarta, Indonesia.

Kepada anda yang tidak berkesempatan untuk hadir ke konsert semalam, ini beberapa keping gambar untuk tatapan anda. Lain kali sila beli tiket, ya? Enjoice!

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Rita Rudaini: Terima Mesej Ugutan & Saya Tidak Mahu Jumpa Ayu Raudhah

Posted: 16 Sep 2012 08:37 PM PDT

Entah bila akan tamat kisah ‘perang’ antara Rita Rudaini & Ayu Raudhah ini. Ketika pihak satu lagi luahkan keinginan untuk berjumpa, pihak di’sini sudah tawar hati.

Ekoran tulisan beliau di Twitter, Rita Rudaini mendakwa beliau telah menerima SMS ugutan yang mengatakan beliau busuk hati & ingin meraih simpati orang ramai.

“Siapa yang kacau siapa sebenarnya? Saya bukannya robot dan biarlah masa yang menentukan segalanya, Allah tidak akan tutup keburukan terlalu lama,” ujar Rita Rudaini.

Di’tanya wartawan Kosmo! tentang keinginan Ayu Raudhah untuk bersua muka, Rita Rudaini berkata ia’nya tiada guna dan sudah terlambat dalam situasi sekarang ini.

“Buat apa berjumpa, sudah terlambat & saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung,” ujar beliau tegas.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...