RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.195)

Posted: 12 Sep 2012 08:01 AM PDT

Mungkin kami yang perlahan tahu akan perkara ini namun Lisa Surihani (gambar) telah berkata yang beliau kini lebih berdikari selepas bebas daripada MIG. Bebas. – mStar Online

Menurut pelakon popular Hollywood, Brad Pitt zaman gemilang menerima US$10 juta untuk sebuah filem sudah pun berlalu, tetapi industri semakin kreatif. – The Wire

Randy Jackson yang sebelum ini di’khabarkan hanya akan bertindak sebagai mentor dalam musim akan datang American Idol di’sahkan kembali menjadi juri. – Ent. Weekly

Antara filem Hollywood yang kami nantikan, Lincoln arahan Steven Spielberg telah memulakan rancangan promosi dengan mengeluarkan teaser pertama melalui Google+. – THR

Bukan sekali dua gossip hubungan ini timbul dan sekali lagi George Clooney menafikan yang hubungan beliau bersama kekasih, Stacy Keibler sudah pun berakhir. – E! Online

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Abby Abadi: Lelaki Pakai Seluar Atas Lutut Lebih 3 Kali Tidak Sah Jadi Wali

Posted: 11 Sep 2012 11:48 PM PDT

Abby Abadi: Lelaki Pakai Seluar Atas Lutut Lebih 3 Kali Tidak Sah Jadi WaliYa adik adik sekalian, Abby Abadi kini kembali lagi menghiasi kisah terkini di laman hiburan ini untuk menjadi tauladan juga panduan buat anda semua. Harap harapnya.

Sebuah portal hiburan, Buah Mulut hari ini melaporkan yang baru baru ini salah seorang daripada kakitangan mereka telah hadir ke ceramah khas Abby Abadi di Negeri Sembilan.

Abby Abadi di’petik sebagai berkata yang seseorang lelaki jika memakai seluar di’atas lutut (tidak menutup aurat) lebih dari 3 kali, maka tidak sah baginya untuk menjadi wali.

Jika anda risau akan kredibiliti kami atau pun Buah Mulut yang melaporkan kata kata beliau, Abby Abadi sendiri hari ini melalui Twitter beliau berkongsi artikel yang sama dengan peminat.

Bukan’lah kami terlalu pandai soal hukum hakam agama, tetapi syarat sah menjadi wali tidak pernah menyebut ‘tidak pernah membuka aurat’. Atau ustaz kami tertinggal sesuatu?

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Zed Zaidi Hilang Kereta Di Dalam Kawasan Kondominium Sendiri, Kali Kedua

Posted: 11 Sep 2012 10:26 PM PDT

Mulakan artikel dengan ayat cliche. Kes jenayah kini semakin hari semakin membimbangkan dan selebriti juga sebenarnya tidak terkecuali menjadi mangsa.

Terbaru, Zed Zaidi di’laporkan telah kehilangan sebuah kereta semalam yang di’letakkan dalam kawasan letak kereta luar Kondominium Perdana View, Damansara Perdana.

Kereta yang tidak di’dedahkan model’nya itu merupakan kereta kedua Zed Zaidi dan hanya di’benarkan untuk di’letakkan di luar kerana kuota hanya sebuah untuk parking dalam.

“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang — kuncinya berada dalam simpanan isteri saya”

“Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kerana pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Model Kanak Kanak Cintai Penyanyi Lelaki 24 Tahun, Internet Meletup

Posted: 11 Sep 2012 10:06 PM PDT

Model Kanak Kanak Cintai Penyanyi Lelaki 24 Tahun, Internet MeletupMelampau ke tidak? Pertamanya, kisah ini bukan terjadi di Malaysia walaupun negara kita mempunyai kisah dan cerita hubungan yang pelik pelik belaka, ini di China.

Seorang model juga penyanyi berusia 12 tahun, Akama Miki telah meluahkan rasa cinta mendalam beliau terhadap seorang penyanyi lelaki berusia 24 tahun bernama Zhang Muyi.

Nama kedua dua selebriti ini memang sangat asing buat kita tetapi pengakuan terbuka Akama Miki sesuatu yang berjaya menarik perhatian dunia internet di China.

Zhang Muyi juga turut berkongsikan perasaan cinta beliau terhadap gadis 12 tahun ini di internet & di’balas dengan janji untuk berkahwin apabila Akama Miki berusia 16 tahun.

Di laman sosial Sina Weibo Akama Miki punyai lebih 440,000 pengikut tetapi hanya mengikuti perkembangan Zhang Muyi — begitu juga di’pihak lelaki dengan lebih 250,000 pengikut.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...