RotiKaya |
- Gambar: Fasha Sandha Tetap Bekerja, Kini Alami Alahan Dengan Ubat Gigi
- Mislina Mustaffa Kini Hidup Gelandangan, Persoal Tentang Kesahihan Islam
- Gambar: Darling Nasihat Terus Berkawan, Aliff Aziz Belum Tetap Tarikh Kahwin
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.193)
- Hanis Zalikha Ajak Anda Terokai Syurga Berbelanja Dalam ‘Mad Markets’
- Gambar: Shila Amzah Layak Ke Peringkat Akhir Asian Wave Competition
| Gambar: Fasha Sandha Tetap Bekerja, Kini Alami Alahan Dengan Ubat Gigi Posted: 10 Sep 2012 09:03 AM PDT
Terbaru, Fasha Sandha di’temui media di majlis pelancaran drama bersiri terbaru beliau berjudul Runtun Qalbu yang akan mula bersiaran di slot Zehra, 21 September ini di TV3. Kandungan beliau yang sudah lebih 3 bulan pastinya menjadi topik yang menarik perhatian ramai & Fasha Sandha tidak lokek berkongsi pengalaman beliau ketika ini. Fasha Sandha berkata beliau tidak mengidam makanan yang pelik pelik sehingga hari ini tetapi mempunyai alahan terhadap ubat gigi dan akan muntah setiap pagi. “Saya tetap gosok gigi seperti biasa & perlu bertahan’lah dengan situasi begini. Dan, saya kini mudah rasa penat & mahu tidur waktu tengahari selain mengah mengah,” ujar beliau. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Mislina Mustaffa Kini Hidup Gelandangan, Persoal Tentang Kesahihan Islam Posted: 10 Sep 2012 09:02 AM PDT
Mungkin perasaan ingin tahu yang mendalam, pihak Malaysia Kini telah mengeluarkan dua bahagian video yang memaparkan kehidupan sebenar Mislina Mustaffa hari ini. Kami lebih tertarik dengan bahagian kedua siri video ini yang banyak memaparkan eksperimen Mislina Mustaffa yang kini hidup tanpa rumah tetap atau bergelandangan. Mislina Mustaffa melalui video ini di’tunjuk menginap di sebuah flat yang serba kekurangan berkongsi dengan beberapa orang lain dan juga anjing peliharaan beliau — Atan. Aktivis masyarakat ini juga mengatakan yang beliau pernah tinggal di satu satu hostel dan rumah penginapan untuk 3,4 hari sebelum berpindah ke lokasi lain sebagai satu eksperimen. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Darling Nasihat Terus Berkawan, Aliff Aziz Belum Tetap Tarikh Kahwin Posted: 10 Sep 2012 09:01 AM PDT
Namun Aliff Aziz yang di’temui berkata perkahwinan bukan satu perkara remeh temeh & boleh di’buat main main — segalanya perlu di’sediakan secukupnya. Menjawab gossip yang mengatakan beliau akan nikahi Anne Ngasri hujung tahun ini, Aliff Aziz berkata masih tiada sebarang tarikh di’tetapkan sehingga ke hari ini. “Tetapi, saya memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik baik untuk hubungan ini supaya boleh pergi ke satu tahap seterusnya seperti kami impikan,” ujar Aliff Aziz. Kakak Anne Ngasri, Darling Ngasri berkata kepada mStar Online yang beliau berpendapat yang adik beliau dan Aliff Aziz lebih sesuai untuk terus bersahabat dan saling mengenali. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.193) Posted: 10 Sep 2012 09:00 AM PDT
Kristen Stewart hari ini menafikan yang keadaan tegang wujud antara beliau dan Robert Pattinson, pasangan ini akan bersama untuk promosi Twilight: Breaking Dawn Part II. – IBN Live Putera Harry yang bertugas sebagai juruterbang helikopter tentera di Afghanistan telah di’sahkan menjadi sasaran utama pihak Taliban, menurut jurucakap mereka. – TMZ Aktress Hollywood, Jennifer Lawrence menceritakan baru baru ini bagaimana beliau hampir menolak watak yang di’berikan dalam filem epik The Hunger Games. – Gossip Cop Walaupun kini masih belum dapat di’sahkan, namun banyak laporan menyebut yang Ryan Reynolds dan Blake Lively telah selamat bergelar suami isteri hujung minggu lalu. – People (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Hanis Zalikha Ajak Anda Terokai Syurga Berbelanja Dalam ‘Mad Markets’ Posted: 10 Sep 2012 01:10 AM PDT
Bakal keluar dengan filem pertama berjudul Gangster Celop - Hanis Zalikha akan muncul terlebih dahulu dengan sebuah rancangan travelog Mad Markets di TV9. Hanis Zalikha dalam program ini akan mengembara ke lokasi membeli belah yang menjadi tumpuan ramai dan popular di sekitar beberapa buah negara Asia. Setiap lokasi yang di’kunjungi beliau turut akan di’temani oleh blogger popular dari negara tersebut dan setakat ini mereka menjemput Maria Elena (Malaysia) & Qiu Qiu (Singapura). Dalam tulisan terbaru beliau, Hanis Zalikha ada menyebut yang ini merupakan kerjaya impian beliau dan Mad Markets telah berjaya merealisasikan impian beliau selama ini. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Shila Amzah Layak Ke Peringkat Akhir Asian Wave Competition Posted: 10 Sep 2012 12:31 AM PDT
Bermula 31 Ogos sehingga 6 September lalu, Shila Amzah telah menyertai peringkat awal pertandingan Asian Wave yang menyaksikan penyertaan ramai bakat besar Asia. Dengan barisan 30 artis yang menyertai pertandingan ini, Shila Amzah merupakan salah seorang daripada 12 peserta yang layak bertanding di peringkat akhir nanti. Menurut kenyataan daripada penyanyi ini sendiri, pertandingan akhir Asian Wave akan berlangsung pada 20 September dan di’ikuti konsert besar empat hari kemudian. Tahniah buat Shila Amzah dan penyanyi bersuara merdu ini sempat berkongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua selepas ini. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.