RotiKaya |
- Yeah, Adibah Noor Bakal Undi Lee Chong Wei Jika Tanding Pilihanraya
- Gambar: Ashton Kutcher Dan Mila Kunis Berpimpinan Tangan Di Bali
- Layari Internet Dan Menangi RM1,000 Duit Raya Dengan Celcom First Data
- Farah Asyikin Hanya Sokong Islam & Nafi Sertai Mana Mana Parti Politik
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.176)
- Gambar: Di Sekitar Persembahan Pertama Yuna Untuk Lollapalooza 2012
- Hakim Tegur Aidil Zafuan Tidak Serius Isu Rumah Tangga, Gagal Hadir Lagi
| Yeah, Adibah Noor Bakal Undi Lee Chong Wei Jika Tanding Pilihanraya Posted: 07 Aug 2012 02:59 PM PDT
Adibah Noor yang kami lihat aktif menjadi komentator sukan Olimpik 2012 menunjukkan rasa kagum dan hormat beliau terhadap Lee Chong Wei melalui Twitter beliau. Pelantun lagu Terlalu Istimewa ini berkata yang beliau akan mengundi Datuk Lee Chong Wei jika ahli sukan ini mengambil tempat sebagai calon pilihanraya kelak. Memang kebarangkalian yang nipis untuk melihat atlet hebat ini menyertai politik, namun kenyataan Adibah Noor ini merujuk kemampuan Lee Chong Wei menyatukan Malaysia. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Ashton Kutcher Dan Mila Kunis Berpimpinan Tangan Di Bali Posted: 07 Aug 2012 11:58 AM PDT
Gambar terbaru yang di’terima media ini menunjukkan Ashton Kutcher & Mila Kunis di’lihat berpimpin tangan ketika bercuti di Bali, Indonesia baru baru ini. Dan, khabarnya ketika ini Ashton Kutcher & Mila Kunis dalam perjalanan untuk menaiki pesawat pulang keluar daripada percutian ‘romantik’ mereka berdua. Khabar angin banyak mengatakan yang pasangan ini sudah pun mula bercinta sejak April 2012 lagi namun sehingg hari ini masih tiada sebarang pengakuan daripada mereka. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Layari Internet Dan Menangi RM1,000 Duit Raya Dengan Celcom First Data Posted: 07 Aug 2012 11:55 AM PDT Siapa kata melayari internet hari hari tidak mendatangkan faedah? Bagaimana kalau anda boleh menang RM1,000 hari ini hanya dengan melayari internet dengan Celcom First Data? Ha, ini rahsia’nya. Bermula hari ini sehingga 20 Ogos 2012, Celcom First Data menawarkan RM1,000 setiap hari kepada 2 pemenang (ya, RM2,000 setiap hari) bertuah yang melanggan pakej internet bersama Celcom. Jika anda sudah melanggan pakej internet Celcom, anda boleh membeli pakej jumlah data tambahan atau jika belum, anda hanya perlu melanggan mana mana pakej Instanet atau pakej internet mobile. Apakah langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi salah seorang yang berkelayakan untuk terpilih memenangi RM1,000 setiap hari? Duduk sini, mari kami ceritakan.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Farah Asyikin Hanya Sokong Islam & Nafi Sertai Mana Mana Parti Politik Posted: 07 Aug 2012 11:50 AM PDT
Terbaru, Farah Asyikin yang sebenarnya sudah berhijrah sejak awal tahun ini di’kaitkan dengan penglibatan beliau dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Ironi’nya, penyanyi yang kini bergelar guru perbahasan & drama di sebuah sekolah ini menafikan penglibatan beliau secara langsung dengan PAS — melalui media rasmi PAS. “Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam,” ujar Farah Asyikin kepada Harakah Daily di sebuah majlis anjuran PAS. Farah Asyikin turut meluahkan yang beliau tidak risau akan persepsi orang ramai tentang penghijrahan beliau selama ini & menyertai parti politik merupakan hak peribadi. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.176) Posted: 07 Aug 2012 09:03 AM PDT
Pendakwah bebas, Akhil Hayy menasihatkan artis yang baru berhijrah supaya tidak menjadi mangsa ahili politik yang pandai menggunakan keadaan untuk kepentingan mereka. Memang kena masa’nya nasihat ini keluar. – mStar Online Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memuji lakonan Anne Hathaway dalam filem The Dark Knight Rises dan turut menyatakan yang Catwoman lakonan aktress itu merupakan elemen terbaik dalam filem itu. – Huffington Post Selebriti bimbo rasmi Hollywood, Paris Hilton di’lihat mesra bersama seorang lelaki misteri di sebuah pantai di Perancis dan sumber mengatakan lelaki ini merupakan ahli perniagaan berjaya dari Eropah. Hmm. – TMZ Sensasi muzik pop Korea Selatan, Super Junior telah berjaya mencatatkan jualan album sebanyak 200,000 untuk Sexy, Free & Single dan merupakan yang pertama untuk tahun ini untuk mana mana artis di Korea. – allkpop VIDEO HARI INI: Selalu video pilihan kami akan datang dari luar negara namun demi Lee Chong Wei, ini video yang merupakan suara seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, terima kasih.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Di Sekitar Persembahan Pertama Yuna Untuk Lollapalooza 2012 Posted: 06 Aug 2012 11:19 PM PDT
Hujung minggu lalu, Yuna telah pun memeriahkan festival muzik Lollapalooza 2012 yang berlangsung di Chicago dan Yuna mengambil tempat beliau di pentas BMI. Walaupun bukan pentas utama seperti barisan pemuzik dengan nama besar lain, kehadiran sulung Yuna ke Lollapalooza 2012 ini satu permulaan yang baik untuk karier beliau. Bercakap kepada media di sana, Yuna berkata perkara terbaik semasa Lollapalooza 2012 ini adalah beliau dapat bermain muzik sendiri untuk kelompok hadirin yang ramai. Ini juga merupakan pertama kali Yuna hadir ke festival muzik besar sebegini sebagai peminat dan bertuah kerana turut hadir sebagai pemuzik. Gambar & video selepas ini. Enjoice! (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Hakim Tegur Aidil Zafuan Tidak Serius Isu Rumah Tangga, Gagal Hadir Lagi Posted: 06 Aug 2012 10:37 PM PDT
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menegur sikap Aidil Zafuan yang di’lihat seperti lebih mementingkan kerjaya bola sepak beliau berbanding rumahtangga. mStar Online hari ini melaporkan yang Aidil Zafuan sekali lagi gagal hadir ke mahkamah untuk meneruskan proses perbicaraan isu rumahtangga bersama Rita Rudaini. Kali ini, Aidil Zafuan di’khabarkan telah terbang ke Austria bermula 4 Ogos 2012 lalu untuk menjalani latihan bola sepak selama dua minggu & akan pulang sebelum Aidilfitri. “Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati,” tegur hakim buat Aidil Zafuan. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.