RotiKaya |
- Kisah Lampau Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie Dapat Perhatian
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.153)
- Girls’ Generation Bakal Jadi Wajah Setem Korea Selatan, Jual Ogos 2012
- PING: Karya Tempatan Di Mata Dunia
- Baru Selesai Proses Cerai, Raja Azmi Kini Menjadi Perhatian Tan Sri?
- Dem Lepak Boyz Juara Showdown 2012 & Bawa Pulang RM50,000
| Kisah Lampau Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie Dapat Perhatian Posted: 05 Jul 2012 09:10 AM PDT
Ramai memuji & mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang cuba mengungkit kisah silam Redza Syah. Peminat hiburan melalui forum Cari mula mendedahkan yang sebenarnya Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2012 yang lalu tetapi tidak kekal lama. Kami menerima e-mail tentang punca perkahwinan Redza Syah Azmeer sebelum ini tidak kekal lama tetapi sangat tidak manis untuk kami ceritakan di’sini untuk hiburan anda. Cukuplah kami katakan jika berkahwin tanpa restu keluarga terbukti mempunyai kesan yang tidak berapa baik. Bekas isteri Redza, bernama F pun sudah mempunyai kehidupan sendiri. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.153) Posted: 05 Jul 2012 09:08 AM PDT
Nampaknya gossip pasangan baru akan bermula. Taylor Swift semalam di’lihat bersantai bersama Patrick Schwarzenegger yang anda boleh teka merupakan anak lelaki kepada siapa bersempena perayaan 4th of July. Heh. – TMZ Penggunaan Bing oleh Microsoft sebagai enjin carian yang di’gunakan Peter Parker dalam filem The Amazing Spider-Man mengundang pelbagai reaksi di Twitter. Kata mereka, tidak logik perkara itu satu normal. – Huffington Post Aktress sinetron remaja Indonesia, Nikita Willy (gambar) memang terkenal dengan kemewahan keluarga beliau dan ini senarai beberapa perkara yang membuatkan selebriti ini bertuah lahir sebagai Nikita Willy. – Kapan Lagi Oh remaja hari ini. Sumber melaporkan yang Justin Bieber & Selena Gomez telah beberapa kali memutuskan ikatan cinta mereka sejak beberapa bulan lepas dan kini masing masing sedang mencari rentak untuk terus bersama. – TMZ VIDEO HARI INI: Mungkin ada antara anda yang sudah menonton video lirik lagu Bangkit nyanyian DJ Fuzz, Altimet & Salam ini. Kami baru sahaja tonton dan ya ia’nya super kool.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Girls’ Generation Bakal Jadi Wajah Setem Korea Selatan, Jual Ogos 2012 Posted: 05 Jul 2012 09:01 AM PDT
Kumpulan pop Korea Girls’ Generation (SNSD) akan menjadi artis pertama di’abadikan salam setem yang bakal terjual kepada peminat mulai Ogos 2012 ini. Baru baru ini, Korea Post di’bawah kawal seliaan Kementerian Ekonomi Berasaskan Pengetahuan menyebut yang mereka merupakan yang pertama tampil dengan setem selebriti. “Kerana populariti muzik pop Korea & kesan’nya di seluruh dunia hari ini, kami bersetuju untuk menggunakan Girls’ Generation sebagai model pertama untuk setem ini” Kpop Starz memetik kenyataan Korea Post. Setem Girls’ Generation ini juga di’keluarkan bersempena dengan ulangtahun kelima kelahiran kumpulan wanita ini & gambar daripada album ketiga mereka akan menghiasi setem selebriti mereka. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| PING: Karya Tempatan Di Mata Dunia Posted: 05 Jul 2012 09:00 AM PDT
Ini sebagai salah satu usaha kami untuk memberikan bahan tontonan ilmiah untuk anda tetapi masih tidak jauh daripada topik seputar dunia hiburan Malaysia hari ini. Dan untuk minggu ini, PING! kini sudah pun masuk episod ke 9. Kali ini para tetamu jemputan akan membincangkan persoalan berkisar ‘Karya Tempatan Di Mata Dunia‘. Tetamu jemputan PING! untuk minggu ini adalah Narawi yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Tuku’ Kame yang popular di Sarawak juga Mark Justin (gambar). Selain itu, mereka berdua juga di’temani oleh Clement yang merupakan pensyarah UiTM dan penyanyi Azharina Azhar. Jangan ketinggalan untuk mengikuti PING! malam ini (6 Julai 2012) yang akan bermula 10.00 malam di TVi saluran Astro 180. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Baru Selesai Proses Cerai, Raja Azmi Kini Menjadi Perhatian Tan Sri? Posted: 04 Jul 2012 09:10 PM PDT
Murai hari ini mendedahkan yang terdengar khabar angin yang mula bertiup mengatakan Raja Azmi kini sedang di’intai oleh orang kenamaan berstatus Tan Sri. Boleh tahan juga Raja Azmi ini di’pasaran mereka mereka yang bergelar single & available. Lebih lebih lagi kini beliau menjadi perhatian Tan Sri, siapa agak’nya ‘kan? Khabarnya Tan Sri ini sudah lama meminati Raja Azmi namun status beliau sebagai isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jalani Sidek menjadi halangan. Kini selepas mengetahui yang Raja Azmi kembali solo, Tan Sri yang sering berada di’luar negara atas urusan perniagaan ini semakin berminat untuk mengenali Raja Azmi. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Dem Lepak Boyz Juara Showdown 2012 & Bawa Pulang RM50,000 Posted: 04 Jul 2012 08:00 PM PDT Malam tadi. berlangsung’nya pentas akhir Showdown 2012 yang menyaksikan ia’nya menjadi antara persaingan paling sengit dalam sejarah pertandingan tarian urban itu. Dem Lepak Boyz yang berjaya mencuri tumpuan di’awal persembahan dengan tema Smurf dan turut menampilkan dua orang anak kecil berjaya bergelar juara sekaligus membawa pulang RM50,000. Menewaskan dua kumpulan lain di’pentas akhir Showdown 2012 yang tidak kurang hebat’nya iaitu Project Elementz dan juga Soul Gang, Dem Lepak Boyz juga bakal menimba pengalaman baru di The Urban Dance Camp, di Lorrach, German.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.