RotiKaya

RotiKaya


Gossip: Kerana Wang, Adda Butterfly Kini Hidup Bersama Pengkid?

Posted: 21 Jun 2012 10:32 AM PDT

Gossip: Kerana Wang, Adda Butterfly Kini Hidup Bersama Pengkid?Agak berat juga gossip yang kami dengar berkaitan Adda Butterfly kali ini. Belum pun surut kisah perkahwinan beliau yang hanya berjaya kekal selama 17 hari.

Semalam, melalui Utusan Malaysia bekas suami Adda Butterfly tampil memberikan kenyataan meminta selebriti ini berhenti mengaibkan diri beliau di media. Menarik untuk di’baca.

Dan, seseorang yang rapat dalam hidup Adda Butterfly hari ini tampil menceritakan status terkini penyanyi tersebut yang di’katakan sudah tersimpang dari norma kehidupan. Eh.

Adda Butterfly khabar’nya menjalin hubungan dengan seorang pengkid yang sudah di’kenali beberapa tahun lalu. Sumber kami enggan dedahkan nama pengkid tersebut, hanya gambar.

Pengkid ini juga di’katakan sudah menaruh harapan terhadap Adda Butterfly semenjak zaman percintaan penyanyi itu dengan Mamat Sepah & kini merupakan masa paling sesuai.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Sekitar Percutian Siti Nurhaliza Bersama Peminat Ke Australia

Posted: 21 Jun 2012 09:17 AM PDT

Gambar: Sekitar Percutian Siti Nurhaliza Bersama Peminat Ke AustraliaAda beberapa aktivis gossip membuat andaian yang Dato’ Siti Nurhaliza bercuti seorang diri ke Australia kerana bergaduh dengan suami tersayang. Tinggi imaginasi mereka.

Melalui jenama kosmetik milik beliau SimplySiti, sekumpulan pelanggan dan peminat bertuah telah terpilih untuk mengikuti percutian yang di’panggil Stress-Free Getaway.

Dan destinasi mereka adalah Sydney, Australia dan ketika artikel ringan ini di’tulis, Dato’ Siti Nurhaliza dan delegasi kini berada dalam hari terakhir percutian 5 hari tersebut.

Kepada peminat & mereka yang terlepas peluang menyertai percutian ini, Dato’ Siti Nurhaliza berbesar hati untuk berkongsi gambar beliau melalui Instagram untuk tatapan anda.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.143)

Posted: 21 Jun 2012 09:03 AM PDT

Ah sudah. Semalam si isteri kata sudah berjumpa untuk selesai kes penceraian secara baik namun Jimmy Shanley hari ini menafikan yang perkara itu berlaku dan berkata kali terakhir berjumpa pada 4 Oktober 2011. – mStar Online

Bersempena World Refugee Day 2012, Angelina Jolie yang sememangnya terkenal dengan aktiviti kemanusian beliau menyumbangkan US$100,000 kepada kerja kerja UN dalam menguruskan pelarian Syria. – Just Jared

Jim Carrey telah mengesahkan yang beliau tidak akan terlibat dalam sekuel Dumb & Dumber dan hari ini pasangan beliau dalam filem popular 1994 tersebut Jeff Daniels berkata tiada sekuel tanpa pelakon popular itu. – MTV News

Kumpulan Forteen telah tampil dengan lagu dan video muzik terbaru Seperti Dulu yang juga merupakan runut bunyi untuk filem terbitan KRU Studios, 29 Februari yang bakal hadir ke pawagam Ogos nanti. – KRU Studios

Selepas berpisah sekitar April 2010, mahkamah hari ini memutuskan yang Halle Berry (gambar) perlu membayar US$20,000 wang sara hidup anak’nya yang kini bersama bekas suami Gabriel Aubry. – People

VIDEO HARI INI: Bersempena hari Jumaat penghulu segala hari, ini sebuah video iklan menyedarkan orang ramai tentang bahaya merokok — dalam stail yang menyentuh hati.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Isteri Mahu Selesai Secara Baik & Jimmy Shanley Tetap Pilih Mahkamah

Posted: 21 Jun 2012 01:11 AM PDT

Selepas pelbagai kenyataan yang agak peribadi keluar dari mulut Jimmy Shanley di mahkamah syariah, isteri’nya kini mengambil keputusan untuk selesai cara baik.

Nursuhaila Eliani Suhaimy berkata kepada mStar Online hari ini yang beliau sudah bertemu dengan Jimmy Shanley baru baru ini untuk berbincang penyelesaian kes cerai di luar mahkamah.

Suhaila mencadangkan kepada Jimmy Shanley supaya mereka berpisah dengan baik selain mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat demi kepentingan anak mereka bersama.

“Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan Jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara berhemah”(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Ella & Kekasih Juruterbang, Azhar Bakal Bernikah Julai 2012?

Posted: 20 Jun 2012 10:01 PM PDT

Awal bulan Mac 2012 yang lalu, media banyak menulis tentang perihal Ella dan kekasih bernama A yang sudah menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara.

Namun tiada sebarang tarikh di’perkatakan tentang bilakah ratu rock Malaysia ini bakal menamatkan zaman bujang’nya. Kami baru sahaja menerima maklumat terkini.

Menurut pengirim e-mail yang rapat dengan keluarga Azhar, juruterbang yang merupakan kekasih Ella, pasangan ini bakal bernikah pada tanggal 7 Julai 2012.

Majlis pernikahan pasangan ini di’khabarkan bakal berlangsung di Klang & persiapan yang sepatutnya sudah pun berjalan. Khabar’nya juga majlis merisik sudah pun selesai.

Tetapi menurut sumber kami ini, majlis resepsi perkahwinan Ella & Azhar hanya akan berlangsung pada bulan Disember 2012 nanti di Putrajaya International Convention Center (PICC).

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Who Does It Better? Erra Fazira vs. Maya Karin Untuk Majalah Berprestij

Posted: 20 Jun 2012 09:40 PM PDT

Di’sebabkan edisi yang lalu mendapat sambutan peminat hiburan dan pembaca di’sini, kenapa tidak kita teruskan tradisi melaga lagakan muka hadapan majalah yang tidak bersalah.

Kali ini calon untuk anda semua pilih bukan calang calang kerana mereka berdua sudah berada dalam kelas tersendiri. Maya Karin terpilih sebagai wajah muka hadapan majalah PRESTIGE edisi Jun 2012 dan Erra Fazira untuk majalah WW (Wanita & Wawasan).

Note: There is a poll embedded within this post, please visit the site to participate in this post's poll.

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...