RotiKaya |
- Tiz Zaqyah Enggan Ulas Lanjut Isu Twitter Remy Ishak, Anggap Normal
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.138)
- Girl’s Generation Lancarkan Video Muzik Paparazzi, Untuk Pasaran Jepun
- Irma Hasmie Langsungkan Perkahwinan 29 Jun 2012, Sedang Tunai Umrah
- Gambar: Nora Danish Anggun Peragakan Persalinan Raya Innai Red
- Gossip: Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Sorok Hubungan Cinta?
| Tiz Zaqyah Enggan Ulas Lanjut Isu Twitter Remy Ishak, Anggap Normal Posted: 14 Jun 2012 12:08 PM PDT
Tiz Zaqyah di’temui media ketika hadir ke pra tonton drama bersiri terbaru TV3, Dejavu Di Kinabalu dan beliau sendiri dapat mengagak soalan pana dari pihak yang hadir. “Saya tidak tahu hendak komen apa sebab saya jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa. Mungkin 10% sahaja tentang diri saya yang orang luar tahu,” ujar Tiz Zaqyah yang nampak ceria sepanjang sidang media. Di’minta memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya terjadi antara beliau & Remy Ishak untuk elakkan spekulasi, Tiz Zaqyah berkata itu sesuatu yang tidak boleh di’kawal. “Ia (spekulasi) akan tetap terjadi. Orang akan tetap berkata sama ada saya bercerita atau tidak. Bagi saya, lebih baik saya berdiam diri. Lagi pun ia’nya perkara normal, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,” tambah’nya.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.138) Posted: 14 Jun 2012 11:42 AM PDT
Nampaknya kegilaan terhadap penyanyi ini semakin menggila. Sekumpulan peminat sanggup berkhemah di Rockefeller Center untuk peluang menyaksikan Justin Bieber secara live di pentas stesen TV NBC nanti. – NY Daily Obsesi apabila bercinta, inilah namanya. Kanye West telah membuat kesilapan apabila beliau menghantar sekeping gambar yang kata’nya Kim Kardashian, tetapi rupanya gambar seorang pelakon video porno. Oops. – The Superficial Peminat superhero ini dari seluruh dunia mula tidak sabar menanti tayangan filem The Amazing Spider-Man yang bakal menjengah awal Julai ini. Emma Watson (gambar) & Andrew Garfield kini di Seoul untuk tayangan perdana. – Just Jared Filem terbaru arahan Quentin Tarantino, Django Unchained menjadi filem baru dalam senarai penantian kami. Kali ini mereka melancarkan trailer edisi antarabangsa untuk tatapan umum. Lebih awesome! – The Wire VIDEO HARI INI: Bukan video per se, tetapi ini merupakan lagu terbaru dendangan Black dan Malique berjudul Teman Pengganti yang kami ramalkan bakal popular. Dengarkan.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Girl’s Generation Lancarkan Video Muzik Paparazzi, Untuk Pasaran Jepun Posted: 14 Jun 2012 11:08 AM PDT Agak lama kami tidak menulis tentang Girl’s Generation (SNSD) & kebetulan hari ini mereka mempunyai kisah baru untuk di’sampaikan. Kumpulan sensasi pop Korea ini melancarkan video muzik terbaru. Hari ini, Girl’s Generation tampil dengan video muzik untuk Paparazzi yang di’hasilkan khas untuk pasaran Jepun. Dan, khabarnya video muzik ini merupakan produksi dalam skala yang paling besar. Video muzik Paparazzi ini melibatkan 120 pekerja dengan lebih 300 orang terlibat sebagai mereka yang menjadi watak tambahan selain 30,000 biji mentol lampu untuk beberapa buah set penggambaran. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Irma Hasmie Langsungkan Perkahwinan 29 Jun 2012, Sedang Tunai Umrah Posted: 13 Jun 2012 09:02 PM PDT
Memetik laporan Murai hari ini, kad jemputan perkahwinan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer telah pun di’edarkan. Pasangan ini bertunang pada 29 Mac 2012 lalu. Majlis pernikahan Irma Hasmie akan diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi berlangsung di MAEPS, Serdang hari sama jam 8.00 malam. Irma Hasmie yang di’hubungi berkata beliau kini sedang mengerjakan umrah, kini dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah & di’jangka pulang ke tanah air pada 20 Jun ini. Pelakon & pengacara ini berkata aktiviti seni’nya ketika ini di’berhentikan seketika untuk memberi laluan beliau mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Nora Danish Anggun Peragakan Persalinan Raya Innai Red Posted: 13 Jun 2012 08:16 PM PDT
Pemilik pemilik butik pastinya sudah memikirkan koleksi persalinan raya mereka sekarang ini dan termasuklah jenama Innai Red yang berjaya menampilkan Nora Danish. Tiada penjelasan berkaitan persalinan raya yang di’kenakan Nora Danish selain ia’nya cantik dan nampak kontemporari. Sumpah, kami buta fesyen. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gossip: Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Sorok Hubungan Cinta? Posted: 13 Jun 2012 07:52 PM PDT
Beberapa bulan lalu, kecoh satu Malaysia apabila Apex di’katakan bercinta dengan seorang model dan ahli perniagaan Leuniey atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri. Namun kedua dua’nya menafikan sebarang hubungan cinta antara mereka berdua & menegaskan antara mereka hanya hubungan professional. Apakah status hubungan mereka kini? Gambar di’sebelah merupakan paparan terakhir avatar Apex di akaun Blackberry Messenger & kenyataan terakhir penjaga gol kebangsaan yang beliau kini single seakan tidak sah lagi. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.