RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.137)

Posted: 13 Jun 2012 09:57 AM PDT

Kunjungan beliau ke Australia baru baru ini menjadi kontroversi apabila di’khabarkan bermain poker & berkongsi pengalaman beliau di laman sosial. Gambit Abdullah berkata ia’nya hanya untuk mengasah minda psikologi. – mStar Online

Muzium yang di’bina khas untuk kumpulan lagenda The Beatles di Hamburg, Jerman akan di’tutup hujung bulan ini kerana ketiadaan minat dari orang ramai dan hanya menerima 150,000 pelawat dalam masa tiga tahun. – Rolling Stones

Selepas berita mengatakan beliau di’hentak besi secara tidak sengaja ketika konsert di New Zealand, Lady Gaga melalui akaun Twitter rasmi beliau menunjukkan lebam akibat insiden malang itu. Masih gaga. – Stuff NZ

Sensasi muzik pop Korea, 2NE1 bakal menjadi kumpulan wanita pertama yang mempunyai siri jelajah dunia sendiri selepas mengumumkan konsert New Evolution yang bakal ke 10 bandar di tujuh negara seluruh dunia. – allkpop

Pelakon yang popular dengan siri TV How I Met Your Mother, Alyson Hannigan (gambar) telah selamat melahirkan anak perempuan kedua tiga minggu lalu dan ini gambar pertama bayi selebriti tersebut. – Daily Mail

VIDEO HARI INI: Masih ingat dengan Tay Zonday yang popular dengan video superviral Choclate Rain sekitar lima tahun lalu? Ini beliau menyanyikan kembali Call Me Maybe.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Anzalna Nasir Lantik Peguam Dan Terkejut Dengan Tulisan Zubir Berita Harian

Posted: 13 Jun 2012 03:46 AM PDT

Anzalna Nasir Lantik Peguam Dan Terkejut Dengan Tulisan Zubir Berita HarianPetang tadi dalam satu sidang media ringkas di Bandar Utama, Neelofa mendedahkan yang beliau sudah melantik dua orang peguam & menghantar notis tuntutan kepada Anzalna Nasir.

Pihak Neelofa turut berkata jika Anzalna Nasir gagal memenuhi tuntutan dalam notis tersebut dalam tempoh 7 hari, mereka akan meminta satut permohonan maaf secara terbuka.

Dan, tindakan saman juga merupakan satu kemungkinan yang di’lihat oleh peguam Neelofa. Anzalna Nasir bercakap kepada Rotikaya sebagai maklumbalas kepada tindakan Neelofa.

“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

LIVE: Kenyataan Balas Neelofa Terhadap Dakwaan Anzalna Nasir

Posted: 12 Jun 2012 11:28 PM PDT

LIVE: Kenyataan Balas Neelofa Terhadap Dakwaan Anzalna Nasir

Sekitar jam 3.30 petang ini, Neelofa bakal mengadakan satu sidang media khas untuk menjawab isu tuduhan di’bangkitkan Anzalna Nasir di Bandar Utama.

Sedikit latar belakang isu, Zubir Berita Harian menulis yang Anzalna Nasir mendakwa Neelofa mempunyai niat dan hasad dengki terhadap beliau sejak Dewi Remaja 2010.

Dan, Neelofa enggan memberikan sebarang komen balas rasmi sehinggalah sidang media pada petang ini. Ikuti liputan LIVE kami dari lokasi sidang media. Tekan F5 untuk yang terkini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Yuna Sumbang Suara Untuk Runut Bunyi Filem Hollywood, Savages

Posted: 12 Jun 2012 09:07 PM PDT

Kali terakhir kami dengar tentang pemuzik Malaysia menjadi perhatian Hollywood adalah ketika lagu Zee Avi, Monte menjadi pilihan produksi drama bersiri Private Practice.

Dan, ini merupakan giliran Yuna yang kita semua tahu sedang sibuk mencipta nama dan pengaruh muzik beliau di Amerika Syarikat dan usaha’nya tidak berhenti setakat promosi konsert.

Yuna yang kini secara asas’nya menetap di sana telah terpilih untuk mendendangkan lagu Here Comes The Sun yang pernah di’popularkan oleh The Beatles untuk sebuah filem Hollywood berjudul Savages, arahan Oliver Stone.

Oliver Stone merupakan pengarah yang sama untuk filem Wall Street (1987) dan sekuel Wall Street: Money Never Sleeps (2011) selain JFK, Born on the Fourth of July.

Khabarnya, lagu dendangan Yuna tersebut bakal menjadi lagu penutup kepada filem yang turut di’bintangi oleh John Travolta, Blake Lively, Benicio Del Toro, Salma Hayek & Uma Thurman.

Here Comes The Sun nyanyian Yuna bersama 17 buah runut bunyi akan di’lancarkan sebagai sebuah album pada 6 Julai 2012 & sementara itu, kita layankan trailer epik Savages.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...