RotiKaya

RotiKaya


Remy Ishak Masuk Hospital, Mengadu Tiz Zaqyah Layan Seperti Sampah

Posted: 12 Jun 2012 10:06 AM PDT

Remy Ishak Masuk Hospital, Mengadu Tiz Zaqyah Layan Seperti SampahKita ada drama Twitter baru. Terima kasih kepada laman media sosial yang mengeratkan drama selebriti & peminat. Heh. Dan kali ini giliran Remy Ishak & Tiz Zaqyah.

Menurut tulisan Remy Ishak melalui akaun Twitter, beliau telah masuk ke hospital tengah hari tadi akibat demam panas yang agak teruk. Dan, itu sebenarnya bukan masalah besar.

Jika di’bandingkan dengan layanan teman wanita sehingga memaksa jejaka gagah ini mengadu kepada peminat di Twitter. Tiz Zaqyah di’katakan melayan beliau seperti sampah hari ini.

“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,” Remy Ishak menulis tengah malam tadi sebagai pembuka cerita.

Remy Ishak menulis sebenarnya beliau sudah lama bersabar dengan karenah teman wanita beliau itu & harapan beliau untuk mendapat kata kata semangat & perhatian di’balas hampa oleh Tiz Zaqyah dengan alasan penat.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.136)

Posted: 12 Jun 2012 09:36 AM PDT

Alhamdulillah. Berkat doa orang ramai & usaha pakar perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Osman Kering sudah kembali stabil selepas doktor berjaya mencuci buah pinggang beliau pagi tadi. – OHBULAN!

Akhirnya, persengketaan antara 50 Cent & Oprah Winfrey yang berlarutan selama enam tahun berakhir selepas kedua dua mereka muncul bersama dalam sebuah rancangan khas baru baru ini. Baguslah berdamai. Lama sangat. – Huffington Post

Ini epik. Pernah terbayang bagaimana belakang tabir sebuah filem hebat kelihatan? 20 keping gambar ini akan merubah tanggapan anda terhadap filem seperti Inception, Star Wars, Titanic, Jurassic Park dan lain lain. – Buzz Feed

Sensasi pop Hollywood, Justin Bieber dan Nicki Minaj kini bergabung untuk menghasilkan sebuah lagu terbaru berjudul Beauty and the Beat. Dengarkan buat pertamakali secara eksklusif di’sini. Sedap? Heh. – Just Jared

Memang populariti mereka berlima ini memang bertaraf epik. Peminat yang berpusu pusu untuk mendapatkan tiket ke konsert Big Bang di Indonesia berjaya membuatkan server mati hanya selepas 30 saat. Wow! – allkpop

VIDEO HARI INI: Ingat dengan sekumpulan pelajar sekolah dari USA yang kerap menyanyikan kembali lagu popular dengan cara mereka sendiri? Ini Yuna berduet dengan mereka.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Serius Rock: Gambar Belakang Tabir Filem Rock Oo Rimba Bara Kembali

Posted: 11 Jun 2012 09:28 PM PDT

Serius Rock: Gambar Belakang Tabir Filem Rock Oo Rimba Bara KembaliBelum. Obefiend belum lagi bersetuju untuk sertai kami di’sini tetapi kami tetap suka gunakan tanda perniagaan beliau untuk tajuk entri kami. Tiada kaitan. Okay.

Siapa yang belum menonton filem Rock arahan Mamat Khalid yang keluar sekitar tahun 2005, anda terlepas satu filem yang kami kira rare dalam pasaran filem ketika itu.

Dan, khabarnya filem sekuel untuk Rock telah selesai menjalani proses suntingan dan kini sedang menanti tarikh tayangan dan menggunakan judul Rock Oo Rimba Bara Kembali.

Melalui laman Facebook rasmi filem ini, krew produksi Mamat Khalid berkongsi gambar gambar belakang tabir sebagai teaser untuk anda semua hari ini. Rock on!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fatboy Slim Live In Malaysia, 14 Julai 2012

Posted: 11 Jun 2012 07:59 PM PDT

Sebelum kita ada Skrillex, David Guetta dan ribuan barisan DJ yang aneh aneh belaka, kita ada Fatboy Slim yang mungkin ada remaja sekarang tidak kenal.

Fatboy Slim atau nama sebenar Norman Cook merupakan antara peneraju awal musik big beat sekitar tahun 1990′an dan masih kekal dalam industri untuk lebih 25 tahun.

Future Sound Asia yang membawa masuk Tiesto, Paul Van Dyk & MGMT ke Malaysia baru baru ini mengesahkan yang Fatboy Slim akan mengadakan konsert solo di’sini.

Konsert sulung Fatboy Slim di Malaysia ini akan berlangsung pada 14 Julai 2012 dan mengambil tempat di KL Live, Kuala Lumpur dan tiket bermula pada RM68.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...