RotiKaya

RotiKaya


Trailer Epik: SAM Arahan Pengarah Filem Termuda Malaysia, Syafiq Yusof

Posted: 10 Jun 2012 12:42 PM PDT

Ingat lagi seketika dahulu di’mana akronim SAM untuk filem arahan Syafiq Yusof di’khabarkan sebagai Saya Amat Mencintaimu? Kami serius fikirkan yang filem ini bakal menjadi filem cinta rempit.

Namun, menonton trailer pertama dari Skop Productions untuk filem SAM ini, kami dapatkan rasakan yang pengarah filem termuda negara ini akan memberikan impak besar kepada dunia perfileman negara bermula dengan filem ini — jika sangkaan kami kini tepat belaka.

SAM yang di’bintangi Shaheizy Sam & Lisa Surihani sebagai teraju utama merupakan sebuah filem romantic psychological thriller yang bakal ke pawagam pada 19 Ogos 2012 bersamaan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Turut di’bintangi oleh Azad Jazmin, Neelofa, Adam Shah.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Sorok Status: Nikita Willy & Diego Michiels Akhirnya Berani Tampil Berdua

Posted: 10 Jun 2012 12:08 PM PDT

Sorok Status: Nikita Willy & Diego Michiels Akhirnya Berani Tampil BerduaKurang dua bulan lalu, Nikita Willy ada khabarkan kepada media Indonesia untuk berhenti merujuk Diego Michiels sebagai kekasih beliau kerana hubungan mereka hanya sebagai rakan.

Sekitar masa yang sama, timbul sekeping gambar palsu yang mengatakan mereka berdua ini tidur bersama namun perkara itu lantas di’nafikan oleh kedua dua belah pihak.

Setelah lama menepis pelbagai andaian peminat tentang status hubungan mereka, Nikita Willy & Diego Michiels baru baru ini di’lihat tampil bersama ke Studio RCTI di Jakarta Barat.

Masih tiada pengesahan rasmi tentang status hubungan cinta mereka tetapi media Indonesia menggambarkan kehadiran mereka berdua kelihatan begitu mesra bak sepasang kekasih.

Sempat memberikan posé menarik kepada jurugambar, Diego Michiels selesa memeluk aktress remaja yang sedang popular dengan sinetron Putri Yang Ditukar ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Tepati Ramalan, Caroline Juara Mentor 6

Posted: 10 Jun 2012 11:27 AM PDT

Tepati Ramalan, Caroline Juara Mentor 6

Sekurang kurang’nya ramalan 41% pembaca Rotikaya yang mengundi Caroline atau nama sebenar beliau Puteri Caroline Mohd Kamel untuk memegang gelaran juara Mentor musim keenam yang berakhir malam tadi dengan jaya’nya di Stadium Malawati, Shah Alam.

Caroline yang merupakan protegé kepada Ella berjaya membawa pulang RM100,000  berserta trofi apabila berjaya mengumpul markah tertinggi sebanyak 71 menewaskan dua orang pesaing lain yang tidak kurang hebat’nya — Zatul (60 markah) & Anas (50 markah).

Di pentas akhir Mentor 6 malam tadi, kesemua peserta tampil dengan sebuah lagu baru sebagai pengenalan identiti mereka. Caroline membawakan lagu ciptaan Ajai berjudul Harus Cintamu, Zatul dengan Tinggalkan Yang Lalu (Manusia Putih) & Anas bersama Hanya Dirimu (Audi Mok & Omar K).

Tahniah daripada kami buat ketiga tiga mereka kerana berjaya menampilkan usaha terbaik pada malam ini walaupun kesemua protegé mengalami masalah kesihatan ketika pentas akhir berlangsung — lebih lebih lagi Caroline yang pengsan awal pagi semalam.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.134)

Posted: 10 Jun 2012 10:54 AM PDT

Selepas beberapa minggu tanpa filem box-office, minggu ini menyaksikan penguasaan filem Prometheus dan Madagascar 3 dengan kutipan awal yang di’jangka mencecah US$54 juta & US61 juta masing masing. – THR

Miley Cyrus (gambar) di’khabarkan bercerita kepada teman tentang amalan beliau yang sanggup membayar US$25,000 setiap bulan untuk jurulatih peribadi selain menerbangkan jurulatih itu ke mana sahaja beliau pergi. – Business Standard

Hujung minggu lalu, Lindsay Lohan telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya dengan melanggar belakang sebuah lori bertayar 18 dan pemandu lori itu kini menyalahkan selebriti itu atas apa terjadi. Eh, bukan lain kisah’nya? – TMZ

Selepas beberapa kali tertangkap di lensa kamera tersarung di’jari sebentuk cincin misteri, Jennifer Lopez hari ini pantas menafikan sebarang khabar angin yang mengatakan beliau bakal bertunang, apatah lagi berkahwin. – People

Ini pengakuan ikhlas tahap epik. Chris Martin berkata Coldplay tidak mungkin sesekali berkolaborasi dengan Justin Bieber kerana bimbang akan kelihatan tua dalam video muzik. – The Sun

VIDEO HARI INI: Ini boleh jadi filem animasi paling akan kami tunggu untuk tahun 2012 ini. Wreck It Ralph melancarkan trailer pertama mereka & nampak sangat, sangat menarik.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...