RotiKaya

RotiKaya


Laporan: Zack New Boyz Bakal Berdepan Hukuman Mati Kerana Edar Ganja

Posted: 09 Jun 2012 02:20 AM PDT

Jika bersalah. Ura ura mengatakan Zack New Boyz menjalani hidup serba mewah hasil menjual ganja mula mendapat perhatian awal tahun 2010 yang lalu & kami ada menulis tentang khabar angin tersebut.

Laporan terbaru oleh Harian Metro hari ini mengesahkan yang Zack New Boyz telah di’dakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara dua tahun lalu & bakal berdepan hukuman mati.

Zack New Boyz atau nama sebenar beliau Radin Irwan Dzul Karnain Isagani berusia 32 tahun di’dakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Januari 2010 yang lalu sekitar jam 9.20 malam dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Maroon 5 Sahkan Bakal Turun Ke Malaysia Untuk Konsert, September 2012

Posted: 08 Jun 2012 09:06 PM PDT

Kalau tahun 2012 bukan tahun paling meriah untuk aktiviti konsert di’Malaysia, kami tidak tahu apa lagi yang boleh buatkan peminat muzik Malaysia berpuas hati.

Baru sahaja kita semua di’puaskan dengan persembahan mantap Christina Perri beberapa hari lalu, peminat kini menanti kedatangan Train & Jason Mraz pada 16 dan 19 Jun ini.

Berita terbaru, Maroon 5 melalui akaun Twitter rasmi mereka telah mengesahkan yang mereka akan berkunjung ke Malaysia pada 20 September 2012 ini untuk konsert khas.

Ini bukan kehadiran pertama mereka. April 2011, Maroon 5 berjaya memukau penonton yang hadir ke Stadium Putra Bukit Jalil dan tahun ini selepas The Voice, Adam Levine semakin di’gilai peminat.

Tiket, lokasi & masa untuk konsert Maroon 5 Live In Malaysia ini akan kami kemaskini secepat mungkin.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...