RotiKaya

RotiKaya


Porsche Hancur: Lindsay Lohan Dikejar Ke Hospital Selepas Kemalangan

Posted: 08 Jun 2012 02:45 PM PDT

Sekitar jam 3.00 pagi (waktu Malaysia), kereta Porsche hitam yang di’pandu Lindsay Lohan merempuh belakang sebuah lori tayar 18 di sekitar lebuhraya pantai di Santa Monica.

Lindsay Lohan telah di’kejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian bersama pembantu beliau & khabarnya sudah keluar selepas di’sahkan tidak mengalami kecederaan serius.

Pihak berkuasa mengesahkan yang pemandu lori tersebut & Lindsay Lohan masing masing tidak berada di’bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan ini berlaku.

Wakil Lindsay Lohan memberitahu yang pelakon itu sedang dalam perjalanan pulang ke set penggambaran filem Liz & Dick ketika kejadian berlaku & kini semuanya kembali normal.

Gambar sekitar kemalangan & keadaan kereta Porsche hitam yang di’pandu Lindsay Lohan selepas ini. Gambar oleh TMZ.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Bohsia 2: Jalan Kembali Mengutip RM1 Juta Dalam Masa Dua Hari Tayangan

Posted: 07 Jun 2012 10:04 PM PDT

Kalau anda perasan, tahun 2012 sebenarnya tahun suram buat industri perfileman Malaysia. Bercakap kepada beberapa penerbit baru baru ini, mereka turut mengiyakan perkara ini.

Bohsia 2: Jalan Kembali merupakan filem Melayu terbaru yang menerjah ke pawagam bermula tengah malam Rabu lalu dan sambutan yang di’terima sangat menggalakkan.

Menurut laporan tidak rasmi mereka yang bekerja di’belakang tabir filem ini, untuk temph 48 jam yang lalu Bohsia 2: Jalan Kembali telah berjaya mengutip lebih RM1 juta jualan tiket.

Di’bintangi nama nama besar seperti Syamsul Yusof, Salina Salbi, Nabila Huda, Zizan Razak & Sofi Jikan, filem ini ternyata berjaya menarik penonton ke panggung dalam kerancakan kemasukan filem Hollywood musim panas ini.

Sebagai fakta ringkas untuk anda, 12 daripada 27 filem yang di’terbitkan pada 2012 setakat tidak berjaya hasilkan kutipan melebihi RM1 juta & lagi 9 hanya mengutip bawah RM2 juta.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...