RotiKaya |
- Gambar: Sekitar Konsert Christina Perri Di Malaysia, Pukau Ribuan Peminat
- UNDI: Siapa Pilihan Ramai Untuk Bergelar Juara Pentas Akhir Mentor 6?
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.133)
- Gambar: Christina Perri Di Sidang Media & Bicara Tentang Album Baru
- Carmen Soo Dalam Senarai Pelakon Taraf Antarabangsa Paling Seksi
| Gambar: Sekitar Konsert Christina Perri Di Malaysia, Pukau Ribuan Peminat Posted: 07 Jun 2012 10:28 AM PDT Buat pertama kali, malam tadi penyanyi Jar of Hearts mengambil pentas di KL Live menghiburkan lebih 3,000 peminat beliau. Christina Perri sememang’nya menjadi satu figura yang di’nanti sejak tiga tahun kemunculan beliau di’dunia seni hiburan dunia. Penantian peminat di Malaysia berbaloi dengan persembahan bertenaga Christina Perri yang di’iringi band beliau sendiri di pentas KL Live, Life Center. Beliau mendendangkan barisan lagu daripada album sulung beliau, Lovestrong dan juga beberapa buah lagu baru. Kehadiran pasangan viral, Timothy Tiah & Audrey Ooi memeriahkan suasana konsert apabila Christina Perri mendendangkan lagu A Thousand Years yang menjadi lagu tema lamaran yang kini mencecah hampir 3 juta tontonan di Youtube. Tahap romantis: Malaysia. Mengakhiri konsert sulung beliau dengan lagu berhantu, Arms, Christina Perri berjanji kepada peminat beliau yang hadir yang beliau akan kembali ke Malaysia satu hari nanti. Gambar sekitar konsert untuk tatapan & memori indah anda selepas ini. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| UNDI: Siapa Pilihan Ramai Untuk Bergelar Juara Pentas Akhir Mentor 6? Posted: 07 Jun 2012 09:42 AM PDT Ahad ini tepat pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bakal berlangsung’nya pentas akhir Mentor 6 yang menyaksikan persaingan terakhir tiga peserta terbaik iaitu Anas, Caroline & Zatul yang masing masing protege kepada Faizal Tahir, Ella & Ogy Ahmad Daud. Masing masing mempunyai keistimewaan tersendiri & kelompok peminat sendiri yang agak besar namun persembahan mereka di’pentas akhir ini menentukan siapakah yang terbaik di’antara mereka. Khabarnya Ziana Zain, Hazama & Azlan (Azlan & The Typewriter) akan buat kemunculan khas. Note: There is a poll embedded within this post, please visit the site to participate in this post's poll.© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.133) Posted: 07 Jun 2012 09:07 AM PDT
Berminat untuk bergelar isteri kepada Johan Asa’ri? Pelakon yang semakin aktif dalam dunia filem itu meletakkan gadis berbau harum sebagai salah satu daripada 10 ciri utama untuk seseorang bergelar bakal isteri beliau. – mStar Online Selepas deman The Avengers, peminat filem dunia nampaknya tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Iron Man 3 dan Gwyneth Paltrow (gambar) mengirimkan gambar baru dari set penggambaran filem itu. – Huffington Post Tahukah anda yang filem sains fiksyen popular sekitar 80′an Robocop bakal di’rakamkan kembali & berita baik terbaru mengatakan pelakon epik Samuel L. Jackson telah pun bersetuju untuk berlakon dalam projek ini. – THR Kurang dari seminggu perkhabaran tentang pertunangan Miley Cyrus & Liam Hemsworth berlegar, pemerhati selebriti Hollywood sudah pun meramalkan yang perkahwinan pasangan ini tidak akan kekal lama. – L.A Times VIDEO HARI INI: Filem terbaru arahan Quentin Tarantino, Django Unchained kini mempunyai trailer pertama & nampaknya filem ini mempunyai potensi untuk menjadi blockbuster.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Christina Perri Di Sidang Media & Bicara Tentang Album Baru Posted: 06 Jun 2012 10:24 PM PDT
Christina Perri yang kini dalam siri konsert jelajah beliau berkata album kedua akan mempunyai sentuhan yang sangat berbeza berbanding penampilan sulung beliau. “Dahulu ketika album pertama, saya terpaksa membahagi masa yang ketat antara bekerja untuk album penuh & single yang kadangkala memaksa saya berlari antara studio.” “Album kedua saya akan lebih santai,” ujar penyanyi kelahiran Amerika Syarikat yang bakal menghiburkan peminat di konsert Malaysia pertama beliau di KL Live. Beberapa keping gambar terbaru Christina Perri untuk tatapan anda semua selepas ini. Siapa pergi konsert Christina Perri malam ini? Jumpa anda di’sana!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Carmen Soo Dalam Senarai Pelakon Taraf Antarabangsa Paling Seksi Posted: 06 Jun 2012 06:51 PM PDT
Hari ini, majalah lelaki Complex menyenaraikan 25 pelakon antarabangsa paling seksi yang mungkin peminat hiburan tidak pernah dengar dan ini termasuklah Carmen Soo. Menurut profile yang di’tulis oleh majalah Complex, Carmen Soo mula mendapat perhatian selepas membintangi drama TV hits Filipina Kahit Isang Saglit pada tahun 2008. Menjadi salah seorang pelakon berprofil tinggi di Asia Tenggara, Carmen Soon kini sedang menjalani tiga projek besar di Asia termasuk filem 3D Malaysia, The Hunter.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.