RotiKaya

RotiKaya


Gossip: Nafi Kena Taja VIP, Selebriti Lebur RM28,000 Untuk Sehelai Baju

Posted: 06 Jun 2012 09:33 AM PDT

Okay. Ya. Okay. Ya, kami tahu itu duit beliau dan tidak ada sedikit cacat pun hak beliau untuk belanja ke arah mana yang di’sukai. Namun gossip tetap gossip.

Selebriti yang di’taja orang kenamaan atau VIP bukan satu perkara baru dalam industri hiburan. Namun siapa yang mahu mengaku yang hidup’nya bergantung atas orang lain.

Seorang selebriti wanita baru baru ini hebat di’kaitkan dengan seorang VIP tetapi kedua dua pihak menafikan mereka pernah berhubungan apatah lagi menjalani kehidupan terlarang.

Salah seorang pekerja di butik pakaian mewah berjenama V datang bercerita tentang perihal selebriti ini yang tidak pernah teragak melaburkan wang untuk fesyen.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.132)

Posted: 06 Jun 2012 09:00 AM PDT

Selepas di’sahkan mengandung, Fasha Sandha telah menolak banyak tawaran berlakon atas permintaan suami yang mahukan beliau berehat dan juga risaukan keadaan kandungan. Ala romantis Jejai. Heh. – mStar Online

Hampir 3 tahun bercinta, pasangan kekasih Miley Cyrus & Liam Hemsworth akhir’nya mengikat tali pertunangan secara sah pada 31 Mei 2012 yang lalu. Namun, tiada sebarang berita tentang perkahwinan. – Daily Mail

Walaupun Taylor Swift (gambar) tidak pernah sahkan yang lagu berjudul Dear John di’tujukan kepada sesiapa, John Mayer juga bekas kekasih berkata beliau merasa kurang senang dengan lagu tersebut sehingga hari ini. – People

Taman tema air popular Korea, Caribbean Bay mengesahkan yang Suzy daripada kumpulan miss A merupakan jurucakap terbaru mereka di’samping sebuah lagi kumpulan pop 2PM. Ini set gambar promosi pertama. Yumm. – allkpop

Bunyi seperti merepek tetapi ia’nya terjadi. Amanda Bynes di’dakwa memandu di’bawah pengaruh alkohol baru baru ini dan bintang remaja itu meminta Presiden USA untuk memecat polis yang menahan beliau. – Splash

VIDEO HARI INI: Kami peminat ventriloquist dan ini sebuah filem pendek tulisan dan arahan Benjamin Leavitt di’bintangi Kevin Spacey. Satu  inspirasi untuk penggiat filem bajet.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Lan Kristal & Isteri Sambut Kelahiran Anak Perempuan Kedua

Posted: 06 Jun 2012 02:56 AM PDT

Satu perkhabaran gembira kami terima petang ini daripada vokalis kumpulan Kristal, Lan atau nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yosof dan isteri Nur Sheila Hassim.

Menurut SMS ringkas Lan kepada media, isteri beliau selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 5.29 petang hari ini di sebuah hospital swasta.

Kelahiran terbaru ini merupakan puteri kedua dalam hidup pasangan ini yang mula di’bina bersama sejak tahun 2010 lalu selepas bercinta hampir 10 tahun.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Warner Bros Mulakan Proses Penerbitan Untuk Filem Justice League

Posted: 06 Jun 2012 02:30 AM PDT

Kalau anda peminat Superman, Batman atau Green Lantern (hmm) dan tertanya tanya bilakah mereka akan bergabung di layar perak, jawapan’nya mungkin tidak lama lagi.

Laporan media Hollywood hari ini mengesahkan yang Warner Bros telah melantik penulis skrip untuk memulakan proses penerbitan filem Justice League yang memang di’nanti.

Projek filem Justice League ini merupakan jawapan DC Comics ke’atas kejayaan luar biasa Marvels dengan filem gabungan superhero mereka iaitu The Avengers.

Penulis skrip untuk filem Gangster Squad, Will Beall khabarnya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Warner Bros untuk merealisasikan projek yang terbengkalai sejak 2008 ini.

Justice League merupakan gabungan superhero DC Comics iaitu Superman, Batman, Green Lantern, Wonder Women & The Flash yang menjadi teraju utama.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Nurul Wahab & Eric Depp, Duchess Place

Posted: 05 Jun 2012 08:01 PM PDT

Pernikahan Nurul Wahab & Eric DeppYa. Kami tidak berada di’lokasi berlangsung’nya satu majlis pernikahan paling eksklusif tahun ini kerana tiada jemputan, bukan halangan untuk kami untuk terus menulis.

Pagi ini seperti yang di’hebahkan sejak beberapa minggu lalu, Nurul Wahab akan menamatkan zaman solo beliau bersama seorang jejaka Perancis bernama Eric Depp.

Pernikahan pasangan ini sedang berlangsung di Dutchess Place, Jalan Ampang dan hanya akan di’hadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat & media.

Menariknya, majlis pernikahan Nurul Wahab & Eric Depp ini bakal di’acara dalam tiga bahasa utama iaitu Inggeris, Melayu & Perancis. Pasangan ini akan dinikahkan oleh Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...