RotiKaya

RotiKaya


Gambit Saifullah Main Poker Di Australia?

Posted: 05 Jun 2012 10:50 AM PDT

Gambit Saifullah Main Poker Di Australia?Agak lama tidak kita semua dengar akan kisah & gossip terbaru Gambit Saifullah yang beberapa bulan lalu sering di’hambat kontroversi. Mungkin merajuk dengan dunia seni hiburan.

Awal Jun 2012 lalu Gambit Saifullah telah terbang ke Sydney, Australia yang berkemungkinan besar dengan tujuan untuk melancong kerana pergi’nya bukan bersama krew produksi.

Petang tadi, melalui Twitter pelakon ini beliau berkongsikan saat saat beliau terlibat dengan satu pertandingan poker yang di’anjurkan di’sana — termasuk gambar sendiri.

Dalam satu tulisan beliau, Gambit Saifullah menulis “Wish me luck for my poker tournament people :)” sebelum berkata yang peserta lain di’situ menganggap beliau berasal dari Brazil.

Apabila ada salah seorang peminat bertanya sama ada beliau memang serius bermain poker di Australia, Gambit Saifullah pantas menjawab yang beliau sememang’nya professional dalam permainan kad tersebut.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Bintang Realiti Bercuti Berdua Ke Indonesia Bersama Kekasih

Posted: 05 Jun 2012 09:48 AM PDT

Selepas selesai dengan penglibatan beliau dalam satu program popular baru baru ini, nampaknya selebriti terus merencana masa beliau untuk berehat seketika dari dunia seni. Kata’nya.

Dan, gambar di’sebelah tiada kena mengena. Penyanyi lelaki ini kalau di’sebut namanya memang di’kenali sesiapa sahaja. Ini kisah ringan beliau yang pergi bercuti bersama kekasih.

Baru baru ini, selebriti ini telah pun terbang berdua ke sebuah pusat peranginan di Indonesia bersama kekasih beliau yang juga merupakan bekas bintang program realiti TV.

Sebelum ini, pernah beberapa orang wartawan bertanyakan tentang hubungan mereka berdua namun kedua dua’nya mengelak dengan jawapan cliché iaitu hanya berkawan.

Namun, pemergian mereka berdua ini ke Indonesia seakan mengesahkan hubungan mereka yang bukan sekadar kawan & menariknya si gadis tidak segan silu berkongsi kisah mereka di sana melalui laman sosial milik beliau.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.131)

Posted: 05 Jun 2012 09:16 AM PDT

Tahukah anda, esok malam Christina Perri akan menghiburkan para peminat beliau buat pertama kali di Malaysia & konsert solo beliau mengambil tempat di KL Live. Belum ada tiket? Beli. Cepat. Sekarang. – Ticket Pro (sponsored)

Pernah menjadi bahan bualan kerana memiliki badan berisi, Kelly Clarkson baru baru ini tampil dengan figura lebih menarik tetapi tetap berkata yang beliau tidak pernah bermimpi untuk kurus seperti model. – People

Sebuah stesen radio New York mengeluarkan lagu Starships nyanyian Nicki Minaj daripada carta lagu mereka & gelarkan lagu tersebut sebagai mengarut dna tidak masuk akal. Nicki Minaj sentap & merajuk ala Azwan Ali. – TMZ

Menurut Shila Amzah, harga petrol naik setiap tahun & tidak ada sebab kenapa harga penyanyi tidak boleh di’naikkan. Kini anda perlu membayar lebih untuk melihat penyanyi kesayangan anda beraksi. Bagus. – mStar Online

Kerana kami malas untuk lakukan sendiri, ini kompilasi fesyen selebriti Hollywood di acara karpet merah MTV Movie Awards 2012 yang berlangsung kelmarin. Ini termasuk Ellie Kamper (gambar) yang memakai baju seakan kain langsir. – Buzz Feed

VIDEO HARI INI: Mahu dengar Barack Obama menyanyi lagi? Kali ini dengan bantuan teknologi & juga internet yang tiada batasan, Presiden USA itu menyanyikan lagu Call Me Maybe.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Adda Butterfly Kena Cerai Selepas 17 Hari Berkahwin, Melalui Telefon

Posted: 04 Jun 2012 09:33 PM PDT

Media Hiburan hari ini melaporkan yang Adda Butterfly telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. Ya, hanya 17 hari.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja,” ujar Adda Butterfly apabila di’tanya.

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang”

“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,” tambah Adda Butterfly yang di’temui baru baru ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...