RotiKaya

RotiKaya


Gossip: Gambar Syahrini Cium Jejaka Lain Tersebar, Sekadar Sahabat?

Posted: 04 Jun 2012 09:05 AM PDT

Gossip: Gambar Syahrini Cium Jejaka Lain Tersebar, Sekadar Sahabat?Pasangan kekasih yang tiba tiba mendapat perhatian media ini nampak’nya masih mempunyai isu yang boleh di’ketengahkan. Kali ini, gambar mesra si wanita tersebar.

Awal petang semalam, media Indonesia hangat melaporkan yang beberapa keping gambar yang menunjukkan kemesraan Syahrini dengan seorang jejaka mula tersebar.

Yang menjadi isu di’sini adalah, jejaka tersebut bukan’lah Bubu yang kini merupakan kekasih Syahrini & ini mengundang satu spekulasi hangat sepanjang hari semalam.

Untuk tidak mahu memanjangkan cerita, jejaka yang wajahnya tersiar bersama Syahrini ini tampil memberikan penjelasan bahawa gambar gambar tersebut merupakan gambar lama.

Jejaka tersebut merupakan Iwan Sunarto yang juga sahabat kepada pereka pakaian Syahrini & menjelaskan yang hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.130)

Posted: 04 Jun 2012 09:01 AM PDT

Pernah di’kaitkan dengan isu percintaan sejenis sebelum ini, Adira anggap peluang berlakon watak pengkid dalam siri Tanah Kubur sebagai satu percubaan beliau dalam lakonan. – Murai

MTV Movie Awards 2012 telah pun selamat berlangsung dengan meriah semalam & ini senarai penerima anugerah jika anda peduli. Tiada apa yang mengejutkan & istimewa dengan edisi kali ini. Hmm. – MTV

Masih kena dengan tema MTV Movie Awards, Jean Claude Van Damme ketika acara karpet merah telah hadir bersama anak perempuan beliau yang kini berusia 21 tahun dan juga sebenarnya aktif berlakon. – Blog Serius

Siti televisyen yang berjaya mengumpul peminat tersendiri, Spartacus di’sahkan bakal tamat pada musim ketiga yang akan datang. Pencipta siri TV popular ini, Steven S. DeKnight menjanjikan sesuatu yang hebat buat peminat. – EW

Bintang Harry Potter, Emma Watson (gambar) bakal keluar dengan sebuah filem terbaru dengan watak utama iaitu Perks Of Being A Wallflower. Trailer untuk filem ini sudah keluar ketika MTV Movie Awards 2012 semalam. – The Wire

VIDEO HARI INI: Siapa bersama kami yang tidak sabar untuk nantikan filem The Dark Knight Rises tayangan Julai 2012 nanti? Di MTV Movie Awards, video epik ini di’tayangkan.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Cipta Ekspres 2012 Sasarkan 20 Lagu Baru Dalam Masa Empat Hari

Posted: 04 Jun 2012 09:00 AM PDT

Kami sebenarnya kagum dengan usaha Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) yang mempunyai inisiatif menganjurkan program sebegini.

Dalam bidang pembangunan web, acara sebegini boleh kami panggil hackathon tetapi selari dengan tujuan matlamat MACP, acara memecah idea ini di’panggil Cipta Ekspres 2012.

Bukan pertama kali di’adakan, program ini akan mengambil tempat di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 11 sehingga 14 Jun 2012.

“Seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Cipta Ekspres mempertemukan pencipta lagu & penulis lirik di’mana mereka akan digandingkan melalui undian.”

“Cara ini dilakukan supaya kedua-dua pengkarya ini tidak memilih, sebaliknya mereka dicabar supaya bekerja dengan sesiapa sahaja,” ujar Pengerusi MACP, Habsah Hassan.

“Cuma untuk Cipta Ekspres 2012 tahun ini, 10 komposer dan 10 penulis lirik yang terpilih serta menyatakan persetujuan, mereka perlu menyediakan sebuah karya dari rumah masing-masing dan setibanya di Port Dickson nanti mereka akan diundi untuk menentukan gandingan mereka.

“Melodi yang dibawa dari rumah itu akan diserahkan kepada pasangan penulis liriknya yang akan membuat lirik baru bagi melodi tersebut, manakala lirik yang sudah disiapkan lebih awal itu pula akan diberikan kepada komposer untuk mencipta melodi baru”(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Faizal Tahir Mengaku Abaikan Anas, Tisha Tersingkir Dari Persaingan

Posted: 03 Jun 2012 07:08 PM PDT

Teka teki akan siapa yang berjaya mara ke pentas akhir Mentor 6 akhirnya terjawab malam tadi. Tisha yang merupakan protegĂ© Ferhad nampak’nya gagal menyakinkan peminat & juri.

Hanya berjaya mengutip 86 markah keseluruhan untuk dua pusingan separuh akhir, Tisha terpaksa akur dengan rezeki beliau di pentas Mentor 6 hanya sampai di’sini.

Anak didik Ferhad itu berkata mustahil tidak ada perasaan terkilan apabila di’umumkan terkeluar daripada saingan namun beliau mengharapkan rezeki dalam dunia hiburan selepas ini.

“Saya tidak anggap markah yang sedikit saya terima minggu lalu sebagai penghalang untuk saya lakukan yang terbaik minggu ini — saya tidak mahu malukan diri sendiri,” ujar Tisha.

Sementara itu, Faizal Tahir mengakui yang beliau mengabaikan Anas untuk 2,3 minggu kebelakangan ini kerana terlalu sibuk dengan jadual sendiri apabila di’tanya tentang prestasi anak didik’nya itu yang semakin menurun.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...