RotiKaya |
- Gambar: Izara Aishah Dan Lisa Surihani Di Pelancaran Oh My English!
- Kamal Adli Akui Terima SMS Ugut Saman, Tetapi Bukan Daripada David Teo
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.123)
- Phillip Phillips Muncul Juara, Kini Bergelar American Idol Yang Baru
- Justin Bieber Kembali Ke Malaysia Untuk MTV World Stage 2012
| Gambar: Izara Aishah Dan Lisa Surihani Di Pelancaran Oh My English! Posted: 24 May 2012 10:35 AM PDT Belum pun seminggu rancangan Oh My English! bersiaran di kaca televisyen menerusi Astro TVIQ, saluran Youtube rasmi mereka telah menerima lebih 1,000,000 tontontan dan Facebook rasmi mereka sudah pun mengumpul lebih 50,000 peminat. Awesome? Read on. Oh My English! merupakan sebuah rancangan bercorak pendidikan terbitan Astro yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu inisiatif memperbaiki mutu pertuturan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia bersiaran setiap Ahad jam 10.00 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610). Mana gambar Izara Aishah & Lisa Surihani? Sabar. Oh My English! menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Izara Aishah dan Zain Saidin selain barisan pelakon remaja berbakat untuk membawakan suasana bilik darjah yang mempunyai masalah Bahasa Inggeris. Selain pelakon tetap, Oh My English! juga menjemput beberapa selebriti terkenal untuk menjadi tetamu undangan seperti Lisa Surihani, Greyson Chance, Maher Zain, Rozita Che Wan dan Nabil Raja Lawak yang pasti’nya memeriahkan keadaan kelas 3 Merah, SMK Ayer Dalam ini.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Kamal Adli Akui Terima SMS Ugut Saman, Tetapi Bukan Daripada David Teo Posted: 24 May 2012 09:18 AM PDT
David Teo di’dakwa menghantar kiriman SMS kepada Kamal Adli mewajibkan pelakon ini hadir ke tayangan bersama media untuk filem Aku Ada, Kau Ada? atau bakal menghadapi saman. Kamal Adli yang di’hubungi hari ini mengakui yang beliau ada menerima SMS tersebut tetapi ia’nya tidak datang daripada David Teo sendiri seperti di’dakwa sebelum ini. “Ya, saya ada terima SMS mengatakan yang mereka hendak saman saya kalau tidak hadir — tetapi bukan David Teo yang hendak saman. Dan, tidak ada apa’lah,” ujar Kamal Adli yang kini sedang berada di Jakarta.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.123) Posted: 24 May 2012 09:01 AM PDT
Berita yang lebih baik. Dua video iklan TV untuk The Dark Knight Rises kini beredar di’internet dan menampakkan sedikit sisi cerah filem ini yang sebelum ini nampak seakan Gotham City sudah tiada harapan. Meoww. – Hollywood Akibat jangkitan di’saluran pernafasan yang agak serius, Elton John telah di’kejarkan ke hospital awal hari semalam hingga memaksa bintang popular ini membatalkan beberapa buah konsert atas arahan doktor. – TMZ Robert Pattinson dan kekasih di’dunia nyata beliau Kristen Stewart (gambar) di’lihat berkucupan mesra di sebuah majlis bersempena festival filem Cannes & awal hari yang sama, si jejaka tiba bergaya dengan bot mewah. – Just Jared Dalam kenyataan terbaru, Fizz Fairuz mengatakan yang beliau tidak menyalahkan Almy Nadia tentang kenyataan beliau bahawa hubungan mereka kini retak. – mStar Online VIDEO HARI INI: Kalau anda masa terluang 22 minit hari ini untuk menonton video, ucapan di majlis graduasi Universiti Harvard oleh Andy Samberg ini adalah video untuk anda.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Phillip Phillips Muncul Juara, Kini Bergelar American Idol Yang Baru Posted: 23 May 2012 11:55 PM PDT
Phillip Phillips bergelar juara di pentas akhir American Idol yang menyaksikan beliau menewaskan penyanyi remaja Jessica Sanchez yang juga menjadi pilihan ramai sebelum ini. Pemuda berusia 21 tahun yang berasal dari Georgia ini nampak terkejut dengan kemenangan beliau & dalam ucapan beliau mengatakan tidak tahu kenapa beliau boleh menang. “Saya rasa saya menang kerana orang ramai gemarkan muzik yang saya bawakan — saya hanya buat apa yang saya tahu & suka setiap minggu,” ujar Phillip Phillips. Kemenangan Phillip Phillips mengukuhkan rekod kemenangan lima kali berturut turut oleh lelaki dalam pertandingan nyanyian popular ini yang kali terakhir di’menangi wanita pada tahun 2007 dengan Jordin Sparks.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Justin Bieber Kembali Ke Malaysia Untuk MTV World Stage 2012 Posted: 23 May 2012 06:45 PM PDT
MTV telah mengesahkan barisan artis yang bakal membuat persembahan di MTV World Stage Malaysia 2012 kali ini dan salah seorang daripada merekaadalah Justin Bieber. Dua orang lagi penyanyi yang bakal membuat persembahan selain Justin Bieber setakat ini adalah sensasi pop Korea, Jay Park, KARA & bintang dari Malaysia sendiri, Mizz Nina. MTV World Stage Live In Malaysia 2012 bakal berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 14 Julai ini & anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi mereka. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.