RotiKaya |
- Selebriti Masih Ke Kelab Hiburan Selepas Pulang Dari Kerjakan Umrah?
- Mia Palencia Tampil Dengan Lagu Kembali Untuk Pesta Gawai & Kaamatan
- Filem Minggu Ini : Hoore Hoore
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.122)
| Selebriti Masih Ke Kelab Hiburan Selepas Pulang Dari Kerjakan Umrah? Posted: 23 May 2012 09:05 AM PDT
Tetapi sebagai seorang public figure, kami mengharapkan yang selebriti ini akan berubah sikap dari sebelum ini yang gemar bersosial kepada lebih bersifat seorang wanita Melayu & Islam. Kami menerima e-mail daripada seseorang mendakwa yang gambar ini di’rakamkan hujung minggu lalu ketika selebriti ini sedang asyik melayan khayal di sebuah kelab hiburan. Kami sebenarnya agak kurang percaya dengan gambar yang di’hantar ini tetapi apabila di’teliti figura dalam gambar ini 99% mirip kepada selebriti kesayangan kami ini. Siapa sangka imej baik yang cuba beliau tonjolkan sekarang ini sekadar bayangan gurauan untuk menjayakan drama. Dan, rasanya bukan kami sahaja yang rasa pelik dengan strategi pemasaran beberapa produksi Malaysia yang berfikir imej baik dapat di’tonjolkan dengan hanya menghantar mereka untuk menjalani penggambaran sambil menjalankan ibadah Umrah. Hmm.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Mia Palencia Tampil Dengan Lagu Kembali Untuk Pesta Gawai & Kaamatan Posted: 23 May 2012 09:03 AM PDT
Lagu berjudul Kembali ini di’cipta khas oleh Mia Palencia untuk menanamkan rasa menghargai betapa penting’nya pesta menuai ini di’dalam jiwa generasi muda hari ini. Menarik’nya, Mia Palencia mendapat sokongan PETRONAS untuk menerbitkan video muzik khas untuk lagu ciptaan beliau ini dan kini sudah boleh di’tonton secara eksklusif di Youtube. Pesta Gawai & Kaamatan dan juga lagu nukilan Mia Palencia ini selari dengan mesej yang ingin di’sampaikan PETRONAS melalui kempen Planting Tomorrow mereka. Video muzik Kembali bersempena Pesta Gawai & Kaamatan dendangan Mia Palencia untuk tatapan dan penghargaan anda selepas ini. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Filem Minggu Ini : Hoore Hoore Posted: 23 May 2012 09:02 AM PDT
Filem Hoore Hoore arahan Saw Teong Hin, menyuntik elemen yang menarik buat tontotan anda. Mesej-mesej serta nilai-nilai murni disampaikan secara ringkas dan mudah difahami. Koreografi kemas seiring dengan jalan cerita yang disajikan pasti membuat anda bakal terbuai melalui susunan lagu-lagu yang begitu mengasyikkan & membuai perasaan. Di samping menonton filem, buat peminat Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad, jalan cerita yang diselang-seli dengan lagu-lagu popular dendangan beliau pasti mengubat kerinduan terhadap karya agung beliau. Antara lagu yang dipilih adalah Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, One Thousand Million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung serta lagu baru khas untuk filem ini, IDOLA nyanyian Azlan & Typewriter.(...) © Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.122) Posted: 23 May 2012 09:00 AM PDT
Demi memberi laluan kepada tunang untuk belajar memandu pesawat epik Airbus, Misha Omar telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan beliau yang sepatutnya berlangsung September 2012 ini. – GUA Seorang wanita Malaysia telah membuat dakwaan mengatakan pelakon Indonesia, Rizal Djibran melarikan kereta model Honda CRV milik’nya selain sejumlah wang tunai. Nampaknya semakin mesra hubungan dua negara ini. Eh. – Detik Hot Model terkenal berusia 26 tahun, Bar Refaeli membuat satu pengakuan dalam rancangan bual bicara Conan hari yang mana tiada lelaki yang berani mendekati beliau ketika. Sedih but wait, challenge accepted! – Just Jared Bintang siri TV Community, Alison Brie (gambar) kini di’katakan sedang hangat bercinta dengan adik kepada James Franco, Dave Franco yang juga merupakan seorang pelakon & hubungan mereka di’khabarkan sudah memasuki tempoh serius dan berlangsung hampir 6 bulan. – Huffington Post VIDEO HARI INI: Trailer untuk filem terbaru Baz Luhrmann The Great Gatsby telah beredar di’internet & filem yang di’bintangi oleh Leornado DiCaprio, Carey Mulligan, Tobey Maguire & ramai lagi ini nampak menjanjikan sesuatu yang lain untuk kita.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.