RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Ady Putra Dan Isteri, Aida Yusof Sekitar Sidang Media Isu Cerai

Posted: 22 May 2012 11:05 AM PDT

Ady Putra & Isteri, Aida Yusof Di Sidang MediaKetika ini sedang berlangsung satu sidang media khas Ady Putra & isteri’nya, Aida Yusof untuk menjelaskan lebih lanjut berkaitan isu penceraian mereka.

Menurut Ady Putra, beliau dan isteri telah sebulat suara untuk menarik kembali fail permohonan cerai yang di’failkan kerana pergolakan yang berlaku antara mereka sudah reda.

Sejak bila pergolakan rumahtangga anda wujud? Ady Putra menjawab yang mana mana rumahtangga pun pergolakan pasti wujud sejak awal & mereka berdua tidak terlepas dari lumrah hidup itu dan mereka menerima seadanya.

Bagaimana dengan tanggapan orang mengatakan yang Ady Putra main main dengan isu penceraian?

Ady Putra menjelaskan yang beliau bersyukur dengan situasi begini dan tidak ambil peduli dengan tanggapan orang kerana keputusan ini keputusan yang di’anggap baik.

Ramai berspekulasi tentang kehadiran orang ketiga sebagai punca? “Saya boleh kata yang memang tiada orang ketiga dalam pergolakan antara kami. Ia’nya hanya satu isu tidak ada sefahaman antara kami berdua. Nama yang di’sebut sebut juga tiada kena mengena,” ujar Aida Yusof.

Adakah permohonan cerai ini satu kesilapan buat Ady Putra & Aida Yusof? “Saya tidak anggap apa yang terjadi ini satu kesilapan buat kami berdua. Ia’nya lebih kepada pengajaran yang perlu kami terima sebagai proses mengukuhkan hubungan kami suami isteri,” ujar Ady Putra.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Nur Fazura Antara Selebriti Sertai Kempen Terbaru Blackberry

Posted: 22 May 2012 10:17 AM PDT

Nur Fazura Sertai Kempen Stop Missing Out BlackberryTahukah anda yang Blackberry milik anda boleh di’gunakan untuk menyertai selebriti ternama melakukan aktiviti menarik?

Ya. Baru baru ini, pihak Blackberry melancarkan sebuah kempen Stop Missing Out bersama selebriti tanah air yang terpilih melakukan aktiviti bersama para peminat mereka.

Pengguna Blackberry boleh mula melayari laman web khas Stop Missing Out bermula 1 Jun 2012 untuk melihat aktiviti yang bakal di’jalankan oleh selebriti & berpeluang untuk sertai.

Salah seorang selebriti yang terpilih untuk menyertai kempen ini, Nur Fazura berkata ini merupakan peluang terbaik untuk rapat dengan peminat melakukan aktiviti menarik.

Siapa tahu anda mungkin berpeluang ke lokasi penggambaran atau menemani selebriti ke panggung wayang. Selebriti lain yang terlibat adalah Julie Woon, Megan Tan, Liyana Fizi, Jehan Miskin, Joe Lee dan Bunkface.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kekasih Syahrini, Bubu Disahkan Bukan Dari Kalangan Kerabat Selangor

Posted: 22 May 2012 09:49 AM PDT

Kekasih Syahrini, Bubu Bukan Kerabat SelangorEntah apa penyakit mendakwa diri datang dari kerabat Selangor yang tentu’nya senang untuk di’buktikan jika tidak benar. Ini kes kekasih baru kepada Syahrini, Bubu yang telah terbongkar rahsia’nya di’dada media Indonesia.

Bubu atau nama sebenar Raja Mohamad Syazni mendakwa sebelum ini yang beliau berasal dari keluarga kerabat Selangor & merupakan cucu kepada Sultan Selangor sekarang ini.

Hal ini telah sampai ke pengetahuan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan mengeluarkan titah mengatakan tidak mempunyai cucu dengan nama seperti di’dakwa Bubu.

Selain itu, penggunaan awalan nama Raja oleh Bubu — yang biasanya di’gunakan oleh kerabat Perak sudah menunjukkan kejanggalan kerana Selangor menggunakan nama Tengku.

Menurut sumber lagi yang bercakap kepada detikHot mengatakan Sultan Selangor tidak mempunyai cucu sebaya Bubu. Pandai pandai’lah hendak jawab kepada media juga khas’nya Syahrini selepas ini ya Bubu?(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.121)

Posted: 22 May 2012 09:00 AM PDT

Brad Pitt dalam satu temubual di Cannes mengakui yang perkahwinan bersama Angelina Jolie masih belum mempunyai tarikh yang di’rancang dan mengakui ada tarikh yang sudah tersebar sebagai khabar angin. – Mirror

Bukan selalu selebriti Hollywood menangis & Usher hari ini di’lapor menitiskan airmata di’mahkamah selepas mendakwa yang bekas isteri’nya Tameka Foster mengugut untuk mencederakan teman wanita beliau. Hmm – Celebitchy

Khabarnya, David Teo telah menghantar SMS kepada Kamal Adli mewajibkan beliau untuk hadir ke tayangan perdana filem terbaru beliau atau di’kenakan tindakan saman. Eh? – GUA

Sekali lagi, khabar angin bertebaran mengatakan Justin Bieber kini telah berpisah dengan kekasih, Selena Gomez (gambar) selepas satu kenyataan kontroversi di Twitter dan hadir seorang diri ke majlis anugerah baru baru ini. – Splash News

Terasa kaya? Apakata anda tinjau rumah mewah Leornado DiCaprio yang terletak di Malibu, California ini yang turut hadir dengan pemandangan indah pantai hanya beberapa meter jauhnya. Sewa hanya untuk US$75,000 sebulan. – Celebuzz

VIDEO HARI INI: Google & penyiar dari Korea, MBC membawakan secara langsung sebuah konsert k-pop di Youtube yang berlangsung di Shoreline Amphitheatre (berdekatan Google HQ) dan menyaksikan penampilan SNSD, TVXQ, MBLAQ, Super Junior, Beast, KARA, f(x) dan lain lain.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Michelle Yeoh Terima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak, Gelaran Datuk Seri

Posted: 22 May 2012 06:21 AM PDT

Datuk Seri Michelle YeohBertuah menjadi Michelle Yeoh yang semakin di’iktiraf jasanya dalam membawa nama Malaysia dalam dunia hiburan dunia.

Hari ini bersempena dengan Hari Keputeraan Ke 84 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Michelle Yeoh telah di’anugerahkan dengan gelaran Darjah Seri Paduka Mahkota Perak.

Michelle Yeoh menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri itu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dalam satu majlis istiadat penyampaian anugerah hari ini.

Bintang popular itu melahirkan rasa terkejut dengan anugerah yang di’terima & terus terbang dari Bangkok untuk menghadiri istiadat ini selepas menerima khabar dari istana.

“Saya sedang menjalani pengambaran di Thailand ketika menerima khabar gembira ini dan teruja untuk menerima’nya tetapi tidak dapat hadir ketika majlis raptai,” ujar Michelle Yeoh sebagaimana laporan Daily Chilli.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Wardina Safiyyah Nafi Bakal Bertanding & Jadi Calon Parti Untuk PRU-13

Posted: 21 May 2012 11:54 PM PDT

Sekitar beberapa minggu yang lalu, heboh dunia politik dengan khabar yang mengatakan Wardina Safiyyah bakal di’namakan salah seorang calon untuk bertanding ketika Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang akan datang.

Beberapa blog bermotifkan politik dengan berani mengatakan selebriti ini telah sah tercalon untuk bertanding di DUN Kota Damansara dengan tiket salah sebuah parti pembangkang.

Namun hari ini, Wardina Safiyyah tampil memberikan penjelasan yang beliau tidak sesekali bakal terlibat dengan politik jauh sekali untuk bertanding dalam pilihanraya nanti.

“Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini."

“Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahu pun pembangkang,” ujar Wardina Safiyyah di MyNewsHub.

Wardina Safiyyah juga kesal dengan laporan beberapa penulis blog politik yang sering mengaitkan beliau dengan parti politik tanpa usul periksa tetapi mengakui ada individu mengajak untuk berpolitik.(...)
Teruskan Membaca →


© Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Rita Rudaini Tampil Dengan Siri Drama TV Terbaru, AMEERA

Posted: 21 May 2012 07:29 PM PDT

Ketika anda membaca entri ini, kemungkinan besar Rita Rudaini sudah dalam penerbangan ke kota suci Mekah untuk mengerjakan umrah bersama anak anak beliau.

Kita doakan yang terbaik & semoga mereka selamat pulang ke’sini nanti. Dan ini berita baik untuk peminat Rita Rudaini dan drama bersiri Malaysia khasnya melalui slot Samarinda, TV3.

Bermula esok 23 mei 2012, slot Samarinda akan di’serikan dengan sebuah drama bersiri baru dengan judul AMEERA arahan pengarah terkenal Murali Abdullah.

AMEERA menampilkan Rita Rudaini yang sudah lama tidak buat kemunculan dengan drama bersiri sebagai teraju utama membawakan watak Ameera di’samping Syamsul Yusof dengan watak suami bernama Ameer.

Drama bersiri 25 episod ini mengisahkan kepasrahan Ameera, walaupun hidup dalam kemewahan tetapi kebahagiaan yang dinikmati akhirnya terjejas apabila mulai terasa kekosongan kerana masih belum dikurniakan anak.

Atas desakan ibu mertua, akhirnya Ameera mencadangkan suaminya mendapatkan isteri kontrak untuk melahirkan anak. Apakah tindakan Ameera akan membawa kebahagiaan ataupun mencetuskan pelbagai masalah dalam rumahtangganya nanti? Bermula esok di TV3 jam 9.30 malam.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Penyanyi Popular Sekitar 90′an, To’Ki Kini Bergelar Peminta Sedekah?

Posted: 21 May 2012 06:58 PM PDT

Macam tidak percaya pun ada apabila membaca tulisan para peminat dunia hiburan Malaysia di forum Cari awal pagi ini. Namun tulisan mereka mempunyai kemungkinan.

Seorang penggiat forum bernama Ameflora menulis mengatakan yang beliau terlihat satu status Facebook rakan beliau yang mendakwa ternampak kelibat To’ki sebagai peminat sedekah.

Beliau sendiri mendakwa pernah terserempak dengan To’ki sebelum ini di’sekitar kawasan yang sama iaitu Pasar Borong Selayang & tidak menyangka lelaki meminta sedekah itu adalah To’ki — dan terkejut dengan pengesahan rakan beliau.

Mohd Zaki Mansur atau lebih di’kenali dengan nama To’ki mula menyanyi sekitar lewat 80′an dan popular dengan lagu Selumbar & Hampa sekitar 90′an.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...