RotiKaya

RotiKaya


Datuk Sharifah Aini Dimasukkan Hospital Dek Jangkitan Kuman Di Paru Paru

Posted: 21 May 2012 01:16 PM PDT

10 jam yang lalu. 10 jam dan bagaimana kisah ini boleh terlepas dari di’kesan radar hiburan kami. Datuk Sharifah Aini kini berada di’sebuah hospital swasta.

Menurut status terkini di Facebook rasmi Datuk Sharifah Aini, biduanita negara itu kini berada di sebuah hospital swasta selepas di’masukkan akibat jangkitan kuman di’paru paru.

Kenyataan yang di’keluarkan oleh sahabat baik Datuk Sharifah Aini yang bernama Khalilah Dato’ Mohd Talha turut menyebut yang sebab utama kemasukkan ke hospital tersebut di’sahkan oleh doktor peribadi penyanyi itu.

Namun, kenyataan ringkas tersebut tidak menyebut akan lokasi hospital swasta di’mana Datuk Sharifah Aini kini di’rawat. Mari kita doakan semoga lagenda suara ini cepat sembuh & kuat semangat menghadapi dugaan ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Filem Gerimis Mengundang Tukar Pengedar Kerana Mengejar Untung?

Posted: 21 May 2012 12:34 PM PDT

Orang meniaga mana yang tidak bermotifkan keuntungan bukan? Fakta mudah yang perlu di’terima semua orang tetapi ada situasi terjadi di’mana keuntungan ini nampak buruk.

Malam tadi sepatutnya berlangsung majlis tayangan perdana filem Gerimis Mengundang yang di’arahkan oleh Ahmad Idham dan terbitan bersama Excellent Pictures & Erama Creative.

Namun pembatalan saat akhir menimbulkan tanda tanya di’kalangan pihak media dan peminat yang telah di’jemput hadir. Dan, ada khabar yang kurang senang mula kedengaran.

Pihak atasan Erama Creative di’katakan dengan tiba tiba melantik pengedar baru untuk filem ini sehari sebelum tayangan perdana yang sudah di’rencana oleh Excellent Pictures.

Erama Creative melalui pengarah eksekutif mereka, Datuk Affendi Mohd Hamdan telah melantik Metrowealth (MIG) Movies Production sebagai pengedar baru dengan satu tujuan.

Supaya filem Gerimis Mengundang boleh masuk ke Astro First untuk memaksimakan keuntungan yang di’peroleh oleh pihak penerbit. Pengarah Gerimis Mengundang, Ahmad Idham ketika di’hubungi mengesahkan yang filem ini sudah bertukar pengedar & maklumat lanjut bakal menyusul.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.120)

Posted: 21 May 2012 12:10 PM PDT

Kalau anda belum tahu, penyanyi Robin Gibb yang juga merupakan salah seorang pengasas kumpulan Bee Gees telah pergi meninggalkan kita semua awal hari semalam pada usia 62 tahun. RIP. – Chicago Tribune

Walaupun status konsert Lady Gaga masih menjadi tanda tanya, peralatan muzik penyanyi popular itu sudah tiba di bumi Indonesia dan pihak penganjur tetap meneruskan persiapan untuk menghadapi kemungkinan terbaik. – Kapan Lagi

Soalan serius, boleh anda bayangkan dunia muzik tanpa penyanyi bernama Justin Bieber? Penyanyi itu mengakui yang beliau beberapa kali sebelum terfikir untuk berhenti untuk terus terlibat dalam dunia muzik. Oh why not. – Celebuzz

Siapa di’sini peminat siri televisyen Hollywood? Rotikaya HQ boleh hilang berjam jam produktiviti dengan The Big Bang Theory, Community, Game of Thrones, & House. Ini senarai siri TV paling banyak muat turun, sah atau tidak sah. – Buzz Feed

Rasanya semua sudah tahu yang ayahanda Facebook, Mark Zuckerberg (gambar) baru sahaja melangsungkan perkahwinan selepas sah bergelar billionaire dan menurut jiran beliau, lagu lagu dengan mendiang Michael Jackson berkumandang sepanjang resepsi perkahwinan. – TMZ

VIDEO HARI INI: Kami tidak pernah jadi peminat tegar James Bond sebelum ini tetapi trailer pendek untuk filem terbaru, Skyfall ini boleh mengubah keadaan. Looking good, Mr.Bond.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kris Dayanti Sahkan Hamil Anak Kedua Bersama Raul Lemos

Posted: 20 May 2012 11:12 PM PDT

Rasanya baru sahaja pasangan bahagia ini menyambut kelahiran anak pertama mereka sekitar September 2011 yang lalu & kini mereka ada berita gembira untuk semua peminat.

Kris Dayanti dan Raul Lemos tidak dapat menyembunyikan berita gembira apabila di’tanya pihak media tentang khabar angin mengatakan mereka bakal menimang cahayamata kedua.

Kedua dua mereka di’temui pihak media ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan Anang Hermansyah & Asyanti yang berlangsung di’sebuah hotel mewah Jakarta.

“Alhamdulillah, anak kami Amora, sebentar lagi akan punya adik,” ujar Raul Lemos yang di’temui dan turut mengakui yang kandungan isteri’nya sudah masuk bulan yang kedua.

Agak cool juga apabila bekas isteri dengan tidak berasa janggal untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas suami. Tahniah buat Raul Lemos & Kris Dayanti.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Awal Ashaari Sah Gantikan Dira Abu Zahar Sebagai Pengacara Melodi

Posted: 20 May 2012 10:26 PM PDT

Setelah beberapa minggu bersiaran bersama hos jemputan, Melodi akhirnya menemui wajah baru yang lebih segar bagi mewarnai rancangan tersebut.

Bakal menampilkan duo terbaru, Melodi menggandingkan Zizan Razak dan Awal Ashaari bagi meneruskan program Melodi menyampaikan infotainment kepada para peminat hiburan.

Awal Ashaari sebelum ini pernah beberapa menjadi hos jemputan selain pernah menjadi hos tetap untuk Fuhh!, sebuah rancangan dengan corak sama tahun lalu.

Pemilihan Awal Ashaari mengesahkan yang Dira Abu Zahar kini sudah tidak bersama Melodi ekoran beberapa kes yang memerlukan perhatian penuh pengacara wanita itu.

Tahniah buat Awal Ashaari, mungkin ini rezeki setelah berumahtangga. Semoga gandingan bersama Zizan Razak akan lebih memeriahkan program santai hujung minggu ini.


© Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Ady Putra Tarik Balik Permohonan Cerai

Posted: 20 May 2012 06:30 PM PDT

Ady Putra di’fahamkan telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan awal pagi tadi untuk menarik kembali permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof.

Pegawai bertugas di’mahkamah itu yang enggan nama’nya di’siarkan mengesahkan yang Ady Putra hadir sekitar jam 8.00 pagi tadi untuk membatalkan permohonan cerai.

Menurut laporan media dan di’sahkan sendiri oleh Ady Putra, pelakon lelaki ini memfailkan permohonan cerai terhadap isteri’nya Aida Yusof pada 14 Mei 2012 lalu.

Maklumat lanjut bakal menyusul. Stay tuned!


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...