RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Percutian Pendek Lisa Surihani & Yusry KRU Ke Singapura

Posted: 20 May 2012 09:39 AM PDT

Lisa Surihani & Yusry KRU Di SingapuraSelamat kembali daripada hujung minggu buat anda semua. Bagaimana? Tanyakan kepada kami, agak kecewa dengan kekalahan Rotikaya FC tetapi tidak mengapa, baru bermula.

Kalau tanyakan kepada Lisa Surihani & Yusry KRU, mereka bakal ceritakan pengalaman indah mereka di kota Singapura sepanjang hujung minggu lalu. Mungkin. Mungkin.

Lisa Surihani untuk tempoh 24 jam yang lepas berkongsi gambar gambar romantis mereka berdua di bumi Singapura di’samping ahli keluarga yang lain menikmati percutian pendek.

Gambar selepas ini untuk buat anda cemburu atau terinspirasi untuk ke Singapura hujung minggu nanti.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

BOTB: Tasha Shilla vs. Anzalna Nasir

Posted: 20 May 2012 09:10 AM PDT

Tasha Shilla vs Anzalna Nasir

Ini merupakan edisi pertama Battle Of The Babe (BOTB) selepas kami berpindah ke rekabentuk baru dan sebagai eksperimen, kami pilih Tasha Shilla dan Anzalna Nasir, dua nama yang semakin mencipta nama dalam dunia hiburan Malaysia. Dan, di hati hati para jejaka.

Note: There is a poll embedded within this post, please visit the site to participate in this post's poll.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.119)

Posted: 20 May 2012 09:05 AM PDT

Sedang peminat hiburan tertanya tanya akan reaksi balas Fizz Fairuz akan kenyataan Almy Nadia tentang hubungan cinta mereka, pelakon itu nampaknya mengambil pendekatan melarikan diri. Lebih kurang. – mStar Online

Walapun jodoh mereka tidak panjang namun nampaknya itu tidak menghalang perkara ini daripada berlaku. Kris Dayanti bakal menyanyi di’majlis resepsi perkahwinan Anang Hermansyah & Syahrini. Awkward. – Kapan Lagi

Kenapa semua lokasi yang bakal di’kunjungi Lady Gaga untuk konsert menerima bantahan yang bukan alang alang. Yang ini kisah di Manila, Filipina & pengajur mengatakan yang konsert akan tetap di’teruskan. – Malaya

Bintang filem aksi, Jackie Chan mengumumkan yang beliau bakal bersara dari melakonkan watak dalam filem aksi dan filem Chinese Zodiac selepas ini merupakan yang terakhir. Anda tetap lagenda di’hati kami. – Times of India

Pelakon juga model yang popular kerana comel dalam drama bersiri Full House (2004), Song Hye-Kyo (gambar) telah kelihatan dengan imej berlainan dan ada spekulasi yang mengatakan beliau telah gemuk. – Soompi

VIDEO HARI INI: Kami peminat Ellen DeGeneres dan program bual bicara beliau, Ellen bakal memasuki episod ke 1,500 — dan ini kompilasi memori terindah 1,499 episod sebelum ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Almy Nadia: Hubungan Cinta Bersama Fizz Fairuz Kini Retak Menanti Belah

Posted: 19 May 2012 10:12 PM PDT

Rasanya baru sahaja beberapa minggu yang lalu, Fizz Fairuz gembira menyampaikan berita yang beliau bakal mengahwini kekasih hati’nya Almy Nadia tahun ini.

Reaksi Almy Nadia selepas itu pastinya terkejut tetapi tidak meluahkan status sebenar hubungan mereka kepada media sehingga’lah hari ini melalui sisipan BiPop Berita Harian.

“Episod bahagia sudah lama berlalu pergi, yang hanya tinggal kini perasaan yang sukar nak ditafsirkan”

“Bagi saya, Fizz telah meninggalkan beban yang tidak terpikul rasanya apabila mengumumkan mahu melamar saya tahun ini,” ujar Almy Nadia membuka bicara.

“Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan,” tambah Almy Nadia yang di’temui wartawan Berita Harian baru baru ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Hafiz Juara MANIA, Menang RM500,000

Posted: 19 May 2012 08:00 PM PDT

Tidak salah rasanya jika kami katakan yang Hafiz Suip merupakan juara antara yang terbaik selepas di’nobatkan pemenang mutlak persaingan MANIA yang telah berakhir malam tadi di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil & di’siarkan melalui Astro Ria & Astro Prima.

Di pentas akhir MANIA, Hafiz Suip menerima 28% undian mengalahkan empat peserta lain untuk meraih habuan RM500,000 berserta trofi kemenangan. Produser yang menaungi penyanyi ini, Ahmad Dhani berjaya membawa pulang RM300,000 sebagai habuan.

Tempat kedua di’pegang oleh Stacy dengan 22% undian dan berjaya membawa pulang RM200,000 dan Jaclyn Victor melengkapkan pemenang di’tempat ketiga dengan 22% undian & membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi. Tahniah buat semua pemenang!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Angsa Ganas Kukuh Penguasaan, Sathiya Tersingkir Dari Persaingan

Posted: 18 May 2012 10:58 PM PDT

Episod Super Spontan minggu ini bermula dengan penyingkiran Sathiya dari kumpulan Beruang Comel hasil dari undian minggu lepas & juga hasil kekalahan kumpulan itu.

Tetapi lebih menarik dengan pengumuman tergempar iaitu Rahim (R2) dari kumpulan Angsa Ganas telah “berpindah” ke kumpulan Beruang Comel secara paksa & rela.

Kejutan yang diumumkan oleh pengacara,  Adibah Nor iaitu ahli kumpulan yang memiliki peserta kurang dari 4 orang akan dimasukkan seorang peserta dari kumpulan pihak lawan untuk memenuhi bilangan kumpulan peserta yang tersingkir.

Peserta kumpulan yang memiliki lebih ahli harus mengundi bagi menentukan siapa yang bakal “dihantar” ke kumpulan lawan.

Ternyata kejutan ini berjaya menarik perhatian para penonton Super Spontan yang semakin meningkat ini. Rahim (R2) dari kumpulan Angsa Ganas telah menjadi “mangsa” untuk dihantar ke kumpulan Beruang Ganas.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...