RotiKaya

RotiKaya


UNDI: Siapa Pilihan Anda Untuk Bergelar Juara Mutlak Di Galaksi MANIA?

Posted: 17 May 2012 10:36 PM PDT

Soalan kami cukup mudah. Esok berlangsung’nya pentas akhir MANIA dan lima orang peserta bakal berentap merebut gelaran juara di’antara juara dalam bidang nyanyian Malaysia.

Note: There is a poll embedded within this post, please visit the site to participate in this post's poll.

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Serius Comel: Trailer Istanbul Aku Datang

Posted: 17 May 2012 08:36 PM PDT

Boleh rasanya di’lupakan seketika fakta yang Lisa Surihani sudah pun berumahtangga kerana beliau sangat comel dalam trailer terbaru filem Istanbul Aku Datang ini.

Kurang 24 jam yang lepas, Grand Brilliance dan Red Films melancarkan trailer pertama filem arahan Bernard Chauly yang kami kira cukup buat untuk peminat teruja menantikan filem ini ke pawagam sekitar tahun ini.

Lisa Surihani membawakan watak seorang gadis yang terbang ke Istanbul, Turki untuk bersama kekasih hati namun menjalani pelbagai rintangan untuk meneruskan kehidupan beliau di’sana — termasuk adegan adegan comel bersama Beto Kusyairy.

Tulis banyak tiada berguna di hari Jumaat ini, trailer Istanbul Aku Datang selepas ini untuk hiburan anda. LIKE kalau anda tidak sabar untuk ke pawagam. Enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Yuna Rugi RM5,000, Kereta Kena Pecah

Posted: 17 May 2012 07:14 PM PDT

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan yang penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas kereta milik beliau di’pecahkan perompak.

Kejadian itu berlaku di Subang Jaya apabila kereta milik Yuna tersebut di’pinjam oleh seorang rakan Farhan Fadzlishah atau Pa’an untuk pulang ke rumah sekitar 7.00 malam semalam.

Bapa rakan lelaki Yuna terdengar bunyi bising sekitar jam 5.30 pagi dan ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna.

Dua lelaki tersebut melarikan dua buah gitar milik Yuna & anak didik’nya, Diandra Arjunaidi berserta set stereo kereta tersebut yang secara keseluruhan bernilai RM5,000.

Dalam kenyataan melalui Twitter beliau, Yuna memberitahu yang sebenarnya hanya sebuah gitar milik Diandra Arjunaidi yang hilang manakala gitar milik beliau selamat di’rumah.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...