RotiKaya |
- Ady Putra Sah Failkan Permohonan Cerai, Sudah Tidak Ada Persefahaman
- Rita Rudaini: Saya Tidak Akan Memenuhi Tuntutan Budak Budak Aidil Zafuan
- Gadis Seksi Akui Habis Semalam Suntuk Bersama Kekasih Syahrini, Bubu
- KRU Studios Lancarkan Video Muzik Kelip Kelip, Nyanyian Penuh Remy Ishak
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.117)
- Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai, Mohon Rita Rudaini Berpindah Rumah
| Ady Putra Sah Failkan Permohonan Cerai, Sudah Tidak Ada Persefahaman Posted: 16 May 2012 06:27 PM PDT
Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang pelakon Ady Putra telah sah memfailkan permohonan cerai terhadap isteri’nya Aida Yusof pada 11 Mei 2012 yang lalu. Bercakap kepada media Ady Putra bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut tentang permohonan cerai beliau tetapi menegaskan yang tiada orang ketiga dalam isu ini. "Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain," kata Ady Putra. Menurut Ady Putra, beliau dan isteri memilih jalan untuk berpisah secara baik selamat semua usaha menyelamatkan hubungan mereka menemui jalan buntu.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Rita Rudaini: Saya Tidak Akan Memenuhi Tuntutan Budak Budak Aidil Zafuan Posted: 16 May 2012 11:23 AM PDT Ini merupakan video rakaman kenyataan penuh Rita Rudaini selepas prosiding ringkas berkaitan isu tuntutan cerai daripada suami, Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petang, Shah Alam awal petang semalam yang berakhir dengan penarikan balik tuntutan. Namun, tuntutan baru timbul daripada pihak plaintif supaya Rita Rudaini kembali taat kepada suami dengan berpindah rumah ke kediaman baru Aidil Zafuan di USJ 1 & ini menimbulkan episod baru dalam kes pergolakan rumahtangga pasangan ini yang sebenarnya sudah bertahun lama. Rita Rudaini ketika menjawab pertanyaan para media di’luar mahkamah menjelaskan yang beliau rasa kelakar dengan tuntutan tersebut & berkata tidak akan memenuhi tuntutan tersebut yang di’anggap tidak matang. Video ini berdurasi 14 minit, jangan tidur.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gadis Seksi Akui Habis Semalam Suntuk Bersama Kekasih Syahrini, Bubu Posted: 16 May 2012 09:05 AM PDT
Jejaka tersebut lebih di’kenali dengan nama manja, Bubu dan kurang 48 jam dari pendedahan kisah cinta mereka berdua kini timbul gadis yang di’katakan sebagai orang ketiga. Sekeping gambar Bubu bersama seorang gadis berimej seksi bernama Virta Rahdania Maladi beraksi mesra mula bertebaran di laman laman hiburan Indonesia & menimbulkan spekulasi. Gadis tersebut bagaimana pun tampil memberikan penjelasan yang beliau & Bubu baru sahaja berkenalan pada malam gambar itu di’ambil dan hubungan mereka terus akrab. Menurut Virta Rahdania Maladi, mereka berdua bertemu di Bali dan menghabiskan masa bersama semalaman sebelum berpisah kerana mendakwa Bubu terpaksa pulang ke Malaysia. Gadis dalam gambar di’sebelah ini yang bekerja sebagai seorang penari bagaimana pun menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Bubu & pertemuan mereka terjadi sebelum jejaka itu mengenali Syahrini lagi. Jadi, tiada isu Bubu berlaku curang terhadap Syahrini.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| KRU Studios Lancarkan Video Muzik Kelip Kelip, Nyanyian Penuh Remy Ishak Posted: 16 May 2012 09:04 AM PDT
Bersempena dengan filem 29 Februari lakonan terbaru beliau yang bakal ke pawagam seluruh negara Ogos ini, Remy Ishak berbesar hati menyumbangkan suara beliau untuk sebuah lagu runut bunyi khas untuk filem 3D ini. Lagu berjudul Kelip Kelip ini merupakan ciptaan penuh Edry Abdul Halim dan video klip untuk lagu ini banyak memetik babak babak percintaan manis antara Budi & Lily dari filem 29 Februari ini. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.117) Posted: 16 May 2012 09:01 AM PDT
Nampaknya berita tentang Jennifer Lopez yang mengatakan mungkin tidak akan kembali ke kerusi juri American Idol untuk tahu ketiga membuatkan penerbit program realiti TV ini tidak senang duduk. Mereka mahu diva ini kembali. – TMZ Belum bosan dengan berita The Avengers? Salah seorang pelakon utama filem epik ini, Robert Downey Jr. (gambar) di’khabarkan menerima lebih US$50 juta sedangkan pelakon lain menerima kurang 10% dari jumlah itu. – Huffington Post Satu lagi kes berlarutan ketika ini, Zahida Rafik sekali lagi menegaskan yang beliau menafikan semua tuduhan yang datang dari bekas pemandu beliau Noor Azman Azemi selain menganggap lelaki itu sebagai pembohong. – mStar Online Ini untuk sesiapa yang berminat. Bekas isteri Tiger Wood, Elin Nordegren kini di’khabarkan telah pun kembali menjalani kehidupan solo selepas berpisah dengan teman lelaki dan katanya tidak bersedia untuk hubungan serius. – Fox News VIDEO HARI INI: Tahukah anda yang Facebook kini hanya menanti masa sebelum menjadi syarikat senaraian awam & menjelang detik bersejarah itu, mari kita layankan video Zuckerberg: The Musical dedikasi khas untuk pengasas laman sosial paling popular ini. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai, Mohon Rita Rudaini Berpindah Rumah Posted: 15 May 2012 11:50 PM PDT
Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isteri’nya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal. Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1. “Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan. Di’tanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang di’berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.