RotiKaya

RotiKaya


Galeri: Victoria’s Secret Senarai Selebriti Paling Seksi Pelbagai Kategori

Posted: 15 May 2012 11:13 AM PDT

Dalam skala antarabangsa, istilah seksi tidak sah kalau tidak di’kaitkan dengan jenama pakaian dalam popular Victoria’s Secret & baru baru ini mereka tampil dengan senarai seksi.

Senarai What Is Sexy? telah memasuki tahun ketujuh untuk 2012 dan bidadari Victoria’s Secret seperti biasa menjalankan kerja mereka menyenaraikan pilihan mereka untuk siapakah selebriti Hollywood paling seksi masa kini.

Menariknya, senarai ini mempertaruhkan 18 kategori dengan tema seksi yang pelbagai daripada senyuman paling seksi, kaki paling seksi sehinggalah selebriti bergelar ibu paling seksi.

Teruskan menjenguk ke galeri gambar yang kami sediakan untuk melihat selebriti Hollywood manakah yang terpilih ke senarai What Is Sexy? untuk 2012.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kenyataan Pertama Alyah Berkaitan Kes Samun Adik, Kesal Laporan Media

Posted: 15 May 2012 10:43 AM PDT

Bukan kami harapkan Alyah memberikan kenyataan dalam keadaan sebegini, namun kisah lebih baik kalau datang’nya daripada kedua dua belah pihak.

Hujung minggu lalu, pelbagai saluran media ada menyebut tentang kes samun seorang lelaki juga bergelar adik penyanyi terkenal dan laporan Buletin Utama mendedahkan penyanyi terkenal tersebut sebagai Alyah.

Pendedahan itu mendatangkan banyak kejutan dan juga reaksi daripada para peminat dan menerusi laman sosial Facebook & Twitter hari ini, Alyah buat pertama kali memberikan komen.

“Tahun ini ibu saya menyambut hari ibu dengan tangisan. Dihadiahkan dengan berita yang sangat menggemparkan keluarga. Diaibkan dengan lontaran menyebut nama saya. Saya redha,” tulis Alyah awal hari ini yang juga berkongsi video muzik terbaru beliau untuk Pesananmu di Facebook.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Pemuzik Dan Suami Aktress Miliki Anak Luar Nikah, 25 Tahun Dahulu

Posted: 15 May 2012 09:22 AM PDT

Sebelum kita mulakan sidang bergossip, gambar di’sebelah adalah watak fiksyen Don Draper daripada siri TV Mad Men & merokok amat membahayakan kesihatan anda.

Gossip yang ingin kami sampaikan ini memang tidak 100% sahih namun menurut apa yang kami miliki dan dengar dari mereka yang terlibat, kebarangkalian itu memang ada.

Pemuzik juga bergelar suami kepada seorang pelakon wanita ini di’khabarkan memiliki gaya hidup yang sangat tidak sihat ketika remaja & pergaulan bebas menjadi rutin harian.

Dan, akibat daripada kehidupan beliau yang sebegitu, pemuzik yang berwajah awet muda ini di’khabarkan memiliki anak luar nikah yang kini berusia 25 tahun, tanpa pengetahuan sesiapa.

Namun hubungan anak perempuan & pemuzik ini sangat baik sehingga ke hari ini & menariknya beliau sering di’perkenalkan sebagai rakan kerja kepada si isteri dan juga ahli keluarga lain.

Kami positif yang pemuzik ini mempunyai sebab tersendiri untuk menyembunyikan identiti anak gadis beliau daripada pengetahuan keluarga & peminat — lebih lebih lagi perkahwinan beliau belum ada rezeki untuk memiliki zuriat baru.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.116)

Posted: 15 May 2012 09:05 AM PDT

Dalam perkembangan dunia perumahan hari ini, Ryan Seacrest telah berjaya membeli estet rumah mewah yang sebelum ini menjadi milik Ellen DeGeneres dengan harga US$49 juta dan pengacara ini memiliki pendapatan US$45 juta setahun. – TMZ

Bertuah menjadi duta L’Oreal Indonesia, Dian Sastrowardoyo bakal menghadirkan diri ke festival filem Cannes 2012 yang bakal berlangsung hujung bulan ini & berjumpa dengan rakan setugas dari pelbagai negara lain. – Kapan Lagi

Peminat muzik pop Korea, berita baik untuk anda semua yang mana kumpulan berpengaruh Big Bang telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah siri konsert Big Bang Alive Tour 2012. Yeah. – OHBULAN!

Tahukah anda kenapa penyanyi Dayang Nurfaizah yang bakal berumur 31 tahun ini masih belum mendirikan rumahtangga mahu pun memiliki kekasih hati? Fobia dengan kisah penceraian rumahtangga orang lain. Orang lain. – mStar Online

Kemunculan berturut turut Anne Hathaway tanpa mengenakan cincin pertunangan mengundang tanda tanya di’kalangan media dan kaki gossip Hollywood. Lebih lebih lagi selepas beliau menghabiskan hujung minggu dengan bukan tunang beliau. – The Superficial

VIDEO HARI INI: The Amazing Spider-Man merupakan salah sebuah filem yang paling di’nantikan untuk tahun 2012 ini dan secara eksklusif ini merupakan preview berdurasi 4 minit.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Saiful Apek Minta Media Hentikan Tulisan Negatif Berkaitan David Teo

Posted: 15 May 2012 12:47 AM PDT

Sebagai mereka yang sukakan gossip & kontroversi, sidang media Saiful Apek petang ini agak mengecewakan tanpa kisah sensasi untuk kami jaja untuk duit & kepentingan sendiri. #LOL

Hadir seorang diri tanpa di’temani 50 orang selebriti seperti di’dakwa, Saiful Apek memulakan sidang media petang tadi dengan mengingati arwah Bob Kuman yang merupakan sahabat rapat beliau dalam bidang seni selama ini.

Memberikan komen tentang tuntutan RM200,000 terhadap David Teo sebelum ini, Saiful Apek akur dengan keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutan beliau sebelum ini.

“Tuntutan saya sebelum ini bukan fitnah, ia’nya nyata tetapi saya akur dengan keputusan mahkamah seperti di’nyatakan pihak yang satu lagi (David Teo). Saya orang yang hormatkan perlembagaan,” ujar Saiful Apek.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Lady Gaga Kemungkinan Batal Konsert Di Indonesia, Peminat Masih Optimis

Posted: 15 May 2012 12:32 AM PDT

Walaupun masih ada banyak hari lagi sebelum konsert Lady Gaga di Indonesia pada 3 Jun 2012 ini, namun kepastian sama ada konsert ini bakal di’teruskan masih menjadi tanda tanya.

Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno ini menyaksikan yang tiket sudah terjual hampir 52,000 & pihak pengajur sehingga ke hari ini belum berjaya untuk mendapatkan permit sah dari pihak berkuasa.

Ini adalah ekoran bantahan rasmi daripada FPI (Front Pembela Islam) yang menekan pihak berkuasa untuk membatalkan penganjuran konsert ini kerana mendakwa yang Lady Gaga merupakan contoh moral yang tidak baik.

FPI (Front Pembela Islam) juga telah melakukan perhimpunan membantah konsert ini namun para peminat tetap optimis yang konsert ini bakal terus di’anjurkan.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...