RotiKaya |
- Tasha Shilla Terima Tawaran Lakon Filem Biopik Jimi Hendrix, Tunggu Skrip
- Izara Aishah Warnai Muka Hadapan LISA Terbaru, Bicara Fesyen SOGO
- Haniff Hamzah Merasa Bertuah Bergelar Duta Jenama Ais Krim Cornetto
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.115)
- Pengurus Peribadi Sahkan Fasha Sandha Hamil Dua Minggu. Tahniah!
- Video: Marsha Dan DJ Dave Bawa Semula Lagu Whitney Houston Versi Hindi
- Ana Syuhada Tersingkir Dari Mentor, Tisha Bangkit Dengan Persembahan Bertenaga
| Tasha Shilla Terima Tawaran Lakon Filem Biopik Jimi Hendrix, Tunggu Skrip Posted: 14 May 2012 09:54 AM PDT
Portal hiburan GUA hari ini melaporkan yang pemegang gelaran Artis Baru Wanita Paling Popular ini sudah menerima tawaran memegang watak dalam sebuah filem Hollywood. Filem yang di’maksudkan bukan juga calang calang kerana media Hollywood baru sahaja bercakap berkenaan filem ini dalam beberapa hari lepas — filem biopik, Jimi Hendrix. Siapa Jimi Hendrix anda tanya? Beliau di’anggap sebagai pemain gitar elektronik terhebat dalam sejarah muzik dunia & mempunyai pengaruh yang sangat kuat walaupun hanya aktif mainstream hanya untuk tiga tahun. Dalam perbualan telefon Tasha Shilla bersama wartawan kami, pelakon ini berkata beliau masih menunggu skrip sebelum mengesahkan penglibatan pertama beliau dalam projek itu & mengharapkan peminat supaya berdoa yang skrip yang ada sesuai dengan status Muslim beliau.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Izara Aishah Warnai Muka Hadapan LISA Terbaru, Bicara Fesyen SOGO Posted: 14 May 2012 09:52 AM PDT
Izara Aishah memang kita kenali sebagai salah seorang aktress muda yang sedang meningkat naik lebih lebih lagi selepas lakonan berkesan beliau dalam drama bersiri Vanilla Coklat. Tampil dalam majalah LISA kali ini berbicara tentang diri beliau yang kini sedang berusaha meraih mimpi bergelar bintang yang bersinar, kami pasti ada sesuatu istimewa yang gadis manis ini bicarakan untuk menjadi bahan bacaan anda. Menyentuh fesyen yang di’kenakan, kami sebagai lelaki buta fesyen pastinya tidak tahu apa jenis persalinan yang gadis ini kenakan tetapi ia’nya kelihatan agak seksi menampakkan peha. Not a problem for us, obviously. Heh. Izara Aishah juga nampaknya baru baru ini tampil dengan sebuah video khas untuk KL SOGO mempromosikan koleksi musim panas khas (Glory Sunny Day’s Summer Collection). Video untuk tatapan anda selepas ini, enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Haniff Hamzah Merasa Bertuah Bergelar Duta Jenama Ais Krim Cornetto Posted: 14 May 2012 09:05 AM PDT
Haniff Hamzah akan mula bergelar pengacara TV dengan program realiti khas di’bawakan Cornetto berjudul Uda & Dara yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 16 Mei ini. Bukan itu sahaja, dalam sidang media yang berlangsung di ibu kota awal petang tadi, Haniff Hamzah turut di’umum sebagai duta terbaru jenama ais krim terkenal, Cornetto seiring dengan peranan beliau sebagai pengacara program. Bercakap kepada media, Haniff Hamzah meluahkan rasa bangga kerana terpilih sebagai satu satu’nya jurucakap jenama tersebut untuk tahun ini yang mana tugas itu sebelum ini di’galas bersama Stacy & Akim Ahmad.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.115) Posted: 14 May 2012 09:02 AM PDT
Jika kisah Britney Spears kini bergelar juri tidak cukup mengejutkan, bintang Disney yang berusia 19 tahun Demi Lovato (gambar) juga sudah mengesahkan kedudukan sebagai juri keempat program X-Factor musim terbaru nanti. – E! News Nampaknya hubungan cinta antara Blake Lively & Ryan Reynolds semakin serius selepas pasangan ini berpindah ke kediaman mewah yang baru di’beli Blake Lively untuk US$2.3 juta. Ini gambar kediaman terbaru mereka. – Celebuzz Selain ingin meneruskan niat berlakon filem Hollywood bersama Martin Scorsese, Shah Rukh Khan mengesahkan yang filem sains fiksyen Ra.One akan mempunyai bahagian kedua juga beliau sudah mempunyai jalan cerita. – Hindustan Times Kalau sudah kaya & ternama, setiap yang di’sentuh menjadi berharga. Billionaire Mark Cuban telah menerima US$1,000 daripada seorang jejaka untuk melukis grafik asa kucing. Panjang cerita yang ada sebenarnya. – TMZ VIDEO HARI INI: Kalau anda seorang yang menghargai kreativiti, ini video kompilasi kreativti terbaik menerusi video untuk tahun 2012 setakat ini, untuk anda tonton hari ini. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Pengurus Peribadi Sahkan Fasha Sandha Hamil Dua Minggu. Tahniah! Posted: 14 May 2012 03:08 AM PDT
Berita yang semestinya menggembirakan pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram yang baru sahaja selesai berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu minggu lalu. Pengurus peribadi Fasha Sandha, Nik Yasmin di’khabarkan memaklumkan berita gembira ini melalui Blackberry Messenger (BBM) selepas doktor mengesahkan kandungan. Menurut pesanan ringkas Nik Yasmin, doktor melakukan pemeriksaan ke atas Fasha Sandha selepas beliau di’dapati lambat datang bulan dan doktor tampil dengan berita gembira buat pasangan pengantin baru ini.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Video: Marsha Dan DJ Dave Bawa Semula Lagu Whitney Houston Versi Hindi Posted: 14 May 2012 02:25 AM PDT
Untuk berlaku adil walaupun barang satu patah pun tidak kami faham, lagu I’ll Always Love You yang pada asal di’bawakan Whitney Houston ini berjaya di’bawa kembali dengan lenggok Hindustan tanpa mengorbankan keaslian lagu. Selain menyampaikan lagu ini dalam bahasa Hindi, lagu ini juga memiliki tajuk baru iaitu I Always Love You yang di’khabarkan tajuk ini memang apa yang mereka daftarkan sebagai hakcipta. Untuk hiburan anda di’petang hari sebegini dan jika anda memang peminat tegar hiburan Hindustan, ini video muzik wajib tonton. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Ana Syuhada Tersingkir Dari Mentor, Tisha Bangkit Dengan Persembahan Bertenaga Posted: 13 May 2012 10:49 PM PDT
Tisha memungut 150 markah terkumpul dari konsert pertama hingga ketiga ketinggalan empat mata di belakang protégé Ramlah Ram, Ana Syuhada ternyata bangkit memberi saingan sengit seterusnya dinobatkan sebagai juara mingguan konsert Mentor turut melayakkan diri ke final. Mengiringi Anas Ridzuan, protégé kepada Faizal Tahir ke final Mentor, kesungguhan Tisha dapat dilihat melalui persembahan yang jauh berbeza dari konsert mingguan sebelumnya. Ternyata segala pengajaran yang diberi oleh mentornya membuahkan hasil yang memberangsangkan. Sungguhpun begitu, sedikit penurunan kepada prestasi persembahan Anas Ridzuan. Walaupun tersingkir, Ana Syuhada mempamerkan persembahan yang memuaskan. Komen secara keseluruhan juri professional, Datuk Haji Ramli M.S dan Datuk Sharifah Aini lebih menjurus kepada Tisha di atas kebangkitan yang begitu memberansangkan.(...) © Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.