RotiKaya |
- Gossip: Selebriti Program Realiti TV Salur RM100,000 Untuk Undi Diri Sendiri?
- Gambar: Anang Hermansyah Sah Bergelar Suami Ashanty, Ingin Anak Segera
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.114)
- Sempena Hari Ibu: 12 Selebriti Tempatan Bergelar Ibu Paling Popular
- Pandang Pertama: Ashton Kutcher Dalam Persalinan Sebagai Steve Jobs
- Debaran Menjelang Finalé MANIA
| Gossip: Selebriti Program Realiti TV Salur RM100,000 Untuk Undi Diri Sendiri? Posted: 13 May 2012 09:59 AM PDT
Demi memancing undi para penyokong, bintang ini sanggup mengeluarkan kenyataan jika menang RM100K menjadi habuan buat fan clubnya. Masakan tidak saban minggu undi yang diperolehi bintang ini begitu tinggi sekali. Dakwaan yang kami terima juga, bintang ini mempunyai masalah bersama tenaga pengajar. Tenaga pengajar kurang berminat untuk mengajarnya kerana sikap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh yang ditunjukkan. Di kalangan bintang seperjuangan yang turut menyertai pertandingan yang sama, bintang ini juga tidak gemar bergaul sesama mereka. Bintang ini merasakan dirinya adalah ‘juara’ dan tiada siapa yang mampu menggugat kedudukannya. Adoi, kenapa’lah hendak berlagak sangat?(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Anang Hermansyah Sah Bergelar Suami Ashanty, Ingin Anak Segera Posted: 13 May 2012 09:42 AM PDT
Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Albina, Senayan, Jakarta & Anang Hermansyah sah bergelar suami kepada Ashanty dengan sekali lafaz sahaja. Laporan berita menyebut yang Anang Hermansyah & Ashanty tampak begitu bahagia selepas mereka berdua di’sahkan suami isteri dan pengantin lelaki nampaknya agak agresif dengan perkahwinan ini. Heh. Bukan apa, menjawab persoalan wartawan selepas majlis selesai, Anang Hermansyah berkata beliau tidak sabar untuk menimang cahayamata bersama Ashanty. Ikuti beberapa keping gambar sekitar majlis akad nikah Anang Hermansyah & Ashanty yang berlangsung Sabtu lalu ihsan & terima kasih Kapan Lagi. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.114) Posted: 13 May 2012 09:18 AM PDT
Masih lagi kisah The Avengers dan berakhirnya hujung minggu yang lalu menandakan filem berskala epik ini bakal menjadi filem pertama memecah rekod kutipan US$1 billion hanya selepas 2 minggu tayangan. – E! News Tiada lain yang lebih menyeronokkan dari penggunaan karya anda oleh mereka yang benar benar memerlukan. Lagu popular Kelly Clarkson, Stronger kini memiliki video klip baru di’bintangi oleh pesakit kanser. Oh. – Just Jared Bersempena Hari Ibu, ini senarai 10 supermodel Victoria’s Secret yang kini sudah bergelar ibu termasuk Heidi Klum, Adriana Lima, dan supermodel kegemaran kami Miranda Kerr (gambar). Selamat Hari Ibu! – The Wire Selepas di’kejarkan ke hospital akibat keradangan otot baru baru ini, Zizan Raja Lawak sedar yang kerja dan wang bukan segala-galanya tanpa kesihatan. – mStar Online VIDEO HARI INI: Tahun 2012 memang penuh dengan filem epik dan ini merupakan buah tangan terbaru dari comedian terkenal Will Ferrell & Zach Galifianakis berjudul The Campaign.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Sempena Hari Ibu: 12 Selebriti Tempatan Bergelar Ibu Paling Popular Posted: 12 May 2012 10:51 PM PDT
Anda sudah ucapkan selamat hari ibu buat ibu tersayang anda? Walaupun ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang Hari Ibu haram untuk di’sambut, anda & kami tahu kita bukan meraikan ibu gereja seperti kata mereka. Bersempena Hari Ibu hari ini, kami kompilasikan 12 selebriti tempatan yang kini bergelar ibu dan paling popular di kalangan peminat dunia hiburan. Bagaimana kami tahu mereka popular? Melalui pertanyaan rambang di Facebook & Twitter. Heh. Dan, ada selebriti yang masuk senarai ini atas pilihan kami sendiri. Seperti biasa, kami memang bias & memilih. Jika ada selebriti yang kami tertinggal atau lupa, jangan anda ketinggalan untuk undi mereka untuk senarai tahun hadapan. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Pandang Pertama: Ashton Kutcher Dalam Persalinan Sebagai Steve Jobs Posted: 12 May 2012 09:48 PM PDT
TMZ hari ini melaporkan yang mereka menerima set gambar pertama Ashton Kutcher dalam persalinan normal Steve Jobs ketika beliau masih hidup dan ketika beliau mula membina syarikat gergasi yang kita kenal hari ini, Apple. Mengenakan turtleneck hitam, seluar jeans & kasut sneakers berjenama New Balance, Ashton Kutcher di’lihat dalam karakter penuh Steve Jobs ketika dilokasi penggambaran filem biografi Steve Jobs di sekitar Los Angeles. Filem biografi yang sedang menjalani penggambaran ini masih belum mempunyai tajuk akhir tetapi kini ia di’kenali sebagai Jobs: Get Inspired yang akan mengisahkan perjalanan hidup Steve Jobs ketika muda.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Debaran Menjelang Finalé MANIA Posted: 12 May 2012 09:30 PM PDT
Teka-teki siapakah peserta yang bakal membuat persembahan di pentas akhir MANIA pastinya sudah diketahui umum. Antara nama yang layak ke final MANIA adalah Hazama,Stacy,Jaclyn Victor,Hafiz dan juga Aril. Bagi yang tidak layak, perjuangan anda masih belum selesai. Menariknya konsert separuh akhir kali ini adalah, Hazama mengungguli carta undian buat kali pertama sepanjang program ini berlangsung ketika talian undian telah ditutup. Diikuti oleh Stacy dengan peratusan undian yang sama iaitu sebanyak 15%,Hafiz 13%,Jaclyn Victor 13% dan Aril 12%. Tidak lengkap kiranya MANIA tanpa persembahan artis jemputan. Untuk minggu ini persembahan pembukaan dipersembahkan oleh Randy Pangalila, pelakon sinetron terkenal dari Indonesia. Manakala persembahan penutup pula dipersembahkan oleh Yuna yang sedang menempa nama di peringkat antarabangsa. Selain itu, antara artis yang memeriahkan persembahan beberapa bintang MANIA adalah Neelofa, Mia Sara Nasuha dan Man Kidal. Teruskan menyokong bintang kesayangan anda. Jangan lupa menghantar undian anda.Konsert akhir MANIA bakal berlangsung pada 19 Mei 2012, Sabtu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Kami di Rotikaya HQ mengucapkan tahniah kepada bintang yang layak ke peringkat akhir MANIA.(...) © Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.