RotiKaya |
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.113)
- Siapa Pelakon Malaysia Layak Untuk The Avengers? Ini Pilihan Staff Rotikaya
- PR Mizz Nina Nafikan Hantar E-mail Minta Bantuan Kewangan Dari Media
- Mantera, Filem Sci-Fi Antarabangsa Pertama Malaysia, Tiru Transformers?
- Gambar: Fasha Sandha Dan Rizal Ashram Berbulan Madu Di Pulau Redang
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.113) Posted: 10 May 2012 10:00 AM PDT
Mungkin anda kenal Vidal Sassoon sebagai sekadar jenama namun si pemilik nama tersebut yang juga pengasas pelbagai cara penjagaan rambut wanita telah meninggal dunia pada usia 84 tahun awal hari semalam. RIP. – New York Times Perkhabaran terbaru, Britney Spears di’khabarkan telah sah menyertai barisan juri untuk rancangan realiti The X Factor di’samping Simon Cowell & L.A Reid. Penyanyi ini di’khabarkan bakal menerima US$16 juta. – US Weekly Selepas pemergian Adam ‘MCA’ Yauch baru baru ini, jualan album yang pernah di’keluarkan oleh Beastie Boys meningkat secara mendadak 1,235% dalam masa seminggu. – Huff. Post Ini merupakan foto pertama anak perempuan Bruce Willis & Emma Heming-Willis (gambar) yang berusia 6 minggu dan di’beri nama Mabel Ray. Ada yang mula bergurau mengatakan Mabel Ray memiliki lebih banyak rambut dari bapanya sendiri. – Too Fab(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Siapa Pelakon Malaysia Layak Untuk The Avengers? Ini Pilihan Staff Rotikaya Posted: 10 May 2012 09:00 AM PDT Siapa belum menonton filem The Avengers yang sedang hangat di’pawagam? Sehingga ke hari ini, kami rasa demam filem superhero berskala epik masih melanda peminat filem di’Malaysia dan kami sendiri telah menonton berkali kali tanpa jemu. Tamat sahaja mesyuarat bulanan kami lewat petang tadi, timbul topik perbualan tentang siapakah pelakon Malaysia yang layak membawakan watak watak utama dalam filem The Avengers & senarai pendek ini merupakan pilihan sepakat kami di Rotikaya HQ. Kami pilih enam watak superhero utama dalam The Avengers iaitu Ironman, Captain America, Hulk, Thor, Hawkeye & Black Widow untuk di’pasangkan dengan enam pelakon dan selebriti tempatan yang kami rasakan paling hampir & sesuai untuk bawakan watak tersebut.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| PR Mizz Nina Nafikan Hantar E-mail Minta Bantuan Kewangan Dari Media Posted: 10 May 2012 03:05 AM PDT
Menurut laporan Daily Chilli hari ini, satu e-mail telah di’hantar kepada rakan rakan & pihak media bertarikh 10 Mei 2012 meminta bantuan kewangan kerana menurut e-mail tersebut ‘Joe Saiful’ telah di’rompak di Sepanyol. Joe Saiful hari ini lantas menafikan beliau ada menghantar e-mail tersebut & mendakwa akaun Gmail beliau telah di’ceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab baru baru ini. Penceroboh tersebut telah meminta bantuan kewangan sebanyak €2,400 (RM9,530) daripada rakan dan media dan Joe Saiful meminta semua pihak supaya tidak mempercayai apa yang di’tulis dalam e-mail tersebut.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Mantera, Filem Sci-Fi Antarabangsa Pertama Malaysia, Tiru Transformers? Posted: 10 May 2012 12:07 AM PDT Reaksi awal pembaca kami di Facebook ketika kami memuat naik gambar teaser malam gala tanyangan Mantera, rata-ratanya tidak tahu tentang filem ini malah ada yang sudah cakap filem ini tiru Transformers. Filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) merupakan filem Sains Fiksyen antarabangsa pertama Malaysia yang mengisahkan seorang pelajar kolej bernama Azman (Tomok) yang telah menemui sepasang sarung tangan berteknologi nano yang mampu mengubah motosikal menjadi sut robot yang berkuasa. Dalam masa yang sama, pihak musuh juga sebenarnya memburu benda tersebut dengan misi untuk merampas MANTERA seterusnya menakluki dunia. Filem ini menjalani penggambaran di Malaysia, Dubai, UAE dan Russia dan turut dibintangi pelakon-pelakon antarabangsa seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008 Natalya Shmarenkova (Ukraine). (...) © RotiKaya Boy for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Fasha Sandha Dan Rizal Ashram Berbulan Madu Di Pulau Redang Posted: 09 May 2012 09:29 PM PDT
Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) yang bernikah pada 27 April 2012 yang lalu kini sedang berada di Pulau Redang, Terengganu untuk percutian bulan madu mereka. Menurut maklumat ringkas yang di’tulis oleh Fasha Sandha melalui akaun Instagram beliau, mereka menetap di The Taaras Beach & Spa Resort yang merupakan penerima Star Diamond Award 2012 — bukan calang calang lokasi. Beberapa keping gambar terima kasih kepada Fasha Sandha sendiri untuk tatapan anda semua.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.