RotiKaya |
- Gossip: Penyanyi Program Realiti Dua Kali Paksa Kekasih Gugurkan Kandungan
- Brad Pitt Wajah Baru Chanel No. 5, Aktor Pertama Jadi Duta Pewangi Wanita
- Sammy Simorangkir Mulakan Karier Solo Dengan Album Terbaru, Aku Kembali
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.112)
- Spider Lancarkan Video Klip Rasmi Untuk Lagu Hits Mereka, Tapi Bagaimana
- Kenyataan Maaf Secara Terbuka David Teo Berkaitan Isu Arwah Bob Kuman
| Gossip: Penyanyi Program Realiti Dua Kali Paksa Kekasih Gugurkan Kandungan Posted: 09 May 2012 10:43 AM PDT
Gossip ini kami terima dari mereka yang sangat rapat dengan si perempuan tetapi meminta kami untuk tidak mendedahkan identiti demi kebaikan mereka berdua & kisah ini biar jadi pengajaran buat semua yang membaca. Penyanyi lelaki yang terbit dari sebuah program realiti TV ini memang pernah terkenal dengan sikap playboy selepas keluar dan sebenarnya mempunyai kekasih sedang peminat kecoh dengan hubungan beliau dengan beberapa gadis. Demi cinta dan mengharapkan penyanyi ini untuk setia selamanya, si kekasih rela di’bawa menjadi teman tidur asalkan penyanyi ini tidak menghabiskan malam bersama wanita lain. Dan, nyata percaturan kekasih penyanyi ini salah.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Brad Pitt Wajah Baru Chanel No. 5, Aktor Pertama Jadi Duta Pewangi Wanita Posted: 09 May 2012 09:34 AM PDT
Brad Pitt telah di’sahkan menjadi wajah baru untuk pewangi mewah untuk wanita Chanel No. 5 dan perkara itu di’sahkan sendiri oleh Chanel kepada media Hollywood hari ini. Menurut laporan E! News, Brad Pitt akan menjalani proses penggambaran iklan terbaru Chanel No. 5 sekitar minggu ini di kota London & pasangan ini sudah pun membeli rumah di sana. Pelakon yang pernah tercalon untuk Academy Awards ini merupakan selebriti lelaki pertama yang terpilih untuk menjadi jurucakap pewangi wanita antara yang terlaris di’pasaran dunia sehingga ke hari ini.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Sammy Simorangkir Mulakan Karier Solo Dengan Album Terbaru, Aku Kembali Posted: 09 May 2012 09:33 AM PDT
Namun hari ini Sammy Simorangkir tidak mahu menoleh lagi ke peristiwa yang membuatkan beliau kini berpecah dengan kumpulan asal beliau dan tampil dengan album solo pertama berjudul Aku Kembali untuk pasaran Malaysia. Kepada yang ingin tahu, Sammy Simorangkir telah di’singkirkan dari kumpulan Kerispatih selepas beliau didapati bersalah menggunakan & memiliki dadah jenis syabu sekitar Februari 2010 yang lalu & menjalani hukuman penjara selama 6 bulan. Aku Kembali merupakan sebuah album yang menggambarkan liku kehidupannya sebagai bekas vokalis kumpulan Kerispatih yang penuh degan cabaran sehinggakan lupa akan kreativiti muzik beliau yang penuh inspirasi sebelum ini. Sammy Simorangkir mengatakan bahawa album barunya ini merupakan semangat barunya untuk terus berjuang dengan kreativiti kreativiti baru. Sammy Simorangkir berterima kasih kepada penggemar musiknya sammy lovers yang banyak mendorong dan pemberi semangat untuk terus berkarya sehinggakan beliau berani menjadi penyanyi solo.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.112) Posted: 09 May 2012 09:05 AM PDT
Selepas menghadiri parti selepas Met Gala 2012 baru baru ini, Rihanna di’khabarkan telah di’kejarkan ke hospital kerana keletihan melampau & dehydration tetapi di’benarkan untuk keluar tidak lama selepas berada di hospital. – Daily Mail Membuka tayangan di Amerika Syarikat dengan rekod US$207 juta kutipan tiket, The Avengers telah di’sahkan bakal mempunyai sekuel & ini bukan sesuatu yang mengejutkan, lebih kepada peminat kini mengharapkan sekuel yang lebih padu & awesome. – Chicago Tribune Nurul Wahab, kalau anda masih ingat, kini mengesahkan yang beliau memilih seorang rakyat Perancis Eric Daniel Depp sebagai calon bakal suami dan tidak meletakkan perbezaan budaya sebagai halangan untuk bersama. – mStar Online Pasangan yang sedang hangat bercinta Justin Timberlake & Jessica Biel (gambar) di’laporkan menghabiskan masa bersama di’sebuah gedung barangan kemas memilih aksesori mewah bernilai US$7,000 sebelum menuju ke karpet merah Met Gala 2012. Oh romantik. – People(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Spider Lancarkan Video Klip Rasmi Untuk Lagu Hits Mereka, Tapi Bagaimana Posted: 08 May 2012 09:56 PM PDT Kami sebenarnya teruja untuk tunjukkan hasil kerja pertama kami dalam menghasilkan video muzik sebagai langkah awal untuk melibatkan diri lebih jauh dalam industri hiburan Malaysia. Universal Music Malaysia dengan kerjasama Rotikaya Entertainment suka untuk memaklumkan yang Spider telah secara rasmi memiliki video klip khas untuk lagu hits mereka yang masih menguasai carta muzik di’stesen stesen radio tempatan, Tapi Bagaimana.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Kenyataan Maaf Secara Terbuka David Teo Berkaitan Isu Arwah Bob Kuman Posted: 08 May 2012 08:14 PM PDT
Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri. Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi. Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.