RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang & Pembaca ABPBH 25

Posted: 08 May 2012 01:15 PM PDT

Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang & Pembaca ABPBH25

Satu majlis penyampaian hadiah untuk para artis & pembaca Berita Harian yang bertuah telah berlangsung di Holiday Villa Hotel and Suites, Subang Jaya kelmarin dengan kehadiran hampir semua pemenang utama pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 yang lalu.

Aaron Aziz yang merupakan Artis Paling Popular ABPBH ke 25 menerima habuan beliau berupa Nissan Teana 2.5L tajaan edaran Tan Chong Motors selain seutas rantai mutiara Rafflesia bernilai RM250,000 dan wang tunai RM3,000 untuk anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Sekitar Karpet Merah Met Gala Di Metropolitan Museum of Art, New York

Posted: 08 May 2012 10:43 AM PDT

Sebenarnya semalam berlangsung sebuah majlis besar di New York yang di’hadiri oleh nama nama besar selebriti Hollywood untuk menampilkan fesyen terkini.

Costume Institue Gala atau Met Gala 2012 ini merupakan acara berskala anugerah Oscar untuk dunia fesyen di’mana acara karpet merah mereka tidak kurang meriah’nya berbanding karpet merah malam gemilang Oscar sendiri.

Met Gala 2012 yang mengambil tempat di Metropilitan Museum of Art, New York ini menyaksikan barisan selebriti Hollywood seperti Nina Dobrev (gambar), Beyonce, Kristen Bell, Cameron Diaz, Heidi Klum dan ramai lagi memperagakan fesyen terkini daripada pereka pereka terkenal.

Kami tidak berada di’tempat kejadian tetapi kami tetap membawakan gambar gambar selebriti Hollywood kesayangan anda semua beraksi untuk kamera di karpet merah Met Gala 2012 semalam. Enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Ahmad Idham: Aaron Aziz Harus Perjuang Filem Melayu Di Singapura

Posted: 08 May 2012 10:42 AM PDT

“Saya sebenarnya faham akan sentimen yang Zed Zaidi cuba bawakan dalam isu Aaron Aziz namun ini pandangan positif saya dalam pengaruh Aaron Aziz masa kini,” Ahmad Idham membuka bicara ketika di’hubungi wartawan kami.

Rasanya satu Malaysia sudah tahu isu berkaitan perjuangan Zed Zaidi untuk artis artis tempatan selepas kemenangan berganda Aaron Aziz di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 25 yang berlangsung baru baru ini.

“Kita lihat situasi begini, Aaron Aziz kini cukup berpengaruh di’kalangan peminat Malaysia dan ramai produser sudah mengambil beliau berlakon dalam pelbagai filem. Kenapa tidak beliau perjuangkan filem Melayu di Singapura?”

Ahmad Idham berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut akan kemenangan Aaron Aziz yang terang & nyata merupakan pilihan rakyat Malaysia walaupun lebih gembira jika rakyat Malaysia yang berjaya menggenggam trofi.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.111)

Posted: 08 May 2012 10:23 AM PDT

Kisah Fizz Fairuz yang menyatakan hasrat ingin berkahwin mendapat perhatian ramai namun Almy Nadia berkata beliau agak terkejut dengan kenyataan kekasih hati kerana tidak mengetahui apa apa. Hmm. – mStar Online

Lama menyepi tanpa khabar berita, filem biografi khas Jimi Hendrix berjudul All Is By My Side akan memulakan sessi penggambaran sekitar tiga minggu lagi dan sehingga kini masih mengekalkan anggota Outkast, Andre 3000 sebagai pelakon utama. – Huffington Post

Flo Rida mengesahkan penglibatan beliau dalam persembahan khas bersempena finalé The Voice di’samping Justin Bieber & Lady Antebellum. Siapakah yang anda rasa mampu bawa pulang kemenangan di pentas akhir The Voice? – Celebuzz

Model terkenal, Alessandra Ambrósio (gambar) menyampaikan berita gembira melalui Facebook rasmi mengatakan yang beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang di’beri nama Noah Phoenix Mazur. – People

Industri hiburan Malaysia sejak akhir akhir ini agak senyap dengan kisah saman menyaman tetapi ini merupakan senarai kes saman paling mengarut dalam sejarah Hollywood termasuk saman penonton terhadap Fear Factor kerana mendakwa melampau & terlalu ekstrim. – The Wire(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

WOWLOUD Bawa Album Terbaru Adam Lambert Eksklusif Di Malaysia

Posted: 08 May 2012 10:22 AM PDT

Kalau anda belum tahu, di’Malaysia wujud satu perkhidmatan di’mana anda boleh dengar lagu lagu kegemaran anda tanpa muat turun atau menyimpan di’storan komputer anda — dan ia’nya boleh di’akses dari mana mana sahaja.

Ya, kita sedang bercakap tentang WOWLOUD. Dan Sony Music Malaysia secara eksklusif bersama WOWLOUD membawakan kepada anda album terbaru Adam Lambert yang berjudul Trespassing beberapa hari lebih awal.

Album terbaru yang juga merupakan album studio kedua Adam Lambert ini sebenarnya bakal di’lancarkan di’seluruh dunia pada 15 Mei 2012 namun bermula hari ini anda semua sudah boleh dengarkan album penuh.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...