RotiKaya

RotiKaya


Status Terbaru Facebook Saiful Apek Tentang David Teo Cetuskan Kontroversi

Posted: 07 May 2012 09:57 AM PDT

Ini bukan pertama kali kami dengar atau baca tentang Saiful Apek yang kurang berpuashati dengan kenyataan David Teo sebelum ini berkaitan arwah Bob Kuman.

Beberapa laporan media ada menyebut yang David Teo pernah menggelarkan perbuatan Bob Kuman mendedahkan keadaan kewangan beliau sebagai tindakan meminta sedekah.

Awal tengah malam tadi, Saiful Apek menulis sebaris ayat yang di’dakwanya sebagai kenyataan terbaru David Teo tentang pemergian Bob Kuman menemui Ilahi minggu lalu.

Saiful Apek menulis melalui laman Facebook rasmi beliau dengan ayat berbunyi “HA HA HA! sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA HA HA!” bersama gambar penerbit terkenal itu.

Kami cuba mengenalpasti sama ada dakwaan ini benar benar di’keluarkan oleh Saiful Apek atau seseorang yang menceroboh akaun Facebook beliau sebagai satu perbuatan sabotaj.

Namun beberapa kenyataan susulan selepas status Facebook penuh kontroversi ini, Saiful Apek menulis lagi menyakinkan peminat beliau di laman sosial Twitter dan Facebook bahawa kenyataan itu benar belaka, selain mencabar wartawan untuk menulis tentang hal ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.110)

Posted: 07 May 2012 09:02 AM PDT

Salah seorang anggota kumpulan pop terkenal Taiwan S.H.E, Ella Chen telah selamat mengikat tali perkahwinan di Le Meridien Taipei dengan seorang jejaka berusia 36 tahun yang berasal daripada Malaysia. – MSN Malaysia

Pelakon kacak, Jehan Miskin mengakui yang beliau sudah mempunyai teman wanita dan mereka berdua sudah pun menjalinkan hubungan cinta selama lebih dua tahun, tetapi masih belum memikirkan soal perkahwinan. – mStar Online

Pelakon remaja Hollywood yang bakal muncul dengan filem terbaru Dark Shadow, Chloe Moretz (gambar) berkata yang beliau akan menerima lesen memandu sekitar Ogos 2012 & terpaksa memandu jika hidup di Los Angeles. - Just Jared

Video klip terbaru untuk lagu Bebi Romeo yang di’nyanyikan kembali oleh Afgan berjudul Bunga Terakhir kini sudah boleh di’tonton di Youtube dan memang boleh di’rasai mood penuh melankolik dalam video terbaru ini. – Kapan Lagi

Bintang drama bersiri TV popular Lost, Matthew Fox di’khabarkan telah di’tahan baru baru kerana kesalahan memandu di’bawah pengaruh alkohol & ketika itu pelakon ini sedang dalam perjalanan ke restoran makanan segera. – TMZ(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Jimmy Shanley Mendakwa Isteri Mengaku Mengandung Anak Luar Nikah

Posted: 07 May 2012 09:01 AM PDT

Satu per satu kesalahan isteri Jimmy Shanley terbongkar di mahkamah & terbaru pengacara ini memberikan keterangan tentang pengakuan Nursuhaila Eliani Suhaimy yang agak mengejutkan kami selepas membaca’nya.

Menurut Jimmy Shanley yang memberi keterangan hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, isterinya itu mengaku mengandung anak luar nikah dan bersedia untuk gugurkan kandungan tersebut jika benar anak yang di’kandung itu merupakan benih Jimmy Shanley.

Laporan Sinar Harian juga menyebut yang Nursuhaila Eliani membuat kenyataan sebegitu pada 24 Januari 2011 selepas Jimmy Shanley menegur wanita itu yang masih berjudi.

Isteri Jimmy Shanley memberikan kenyataan melalui SMS yang berbunyi “Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.”

Jimmy Shanley mendakwa beliau membalas SMS tersebut dengan bertanyakan anak siapakah yang isteri beliau kandungkan kalau bukan anak beliau dan Nursuhaila Eliani menjawab “Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah”, pengacara ini membaca SMS yang di’terima. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fizz Fairuz Akui Bakal Kahwini Almy Nadia Tahun Ini, Tunggu Ibu Pulang Umrah

Posted: 07 May 2012 09:00 AM PDT

Tidak ramai sebenarnya pasangan selebriti yang sekian lama bercinta namun sehingga kini belum tiba seru untuk berkahwin dan antara mereka adalah pasangan Fizz Fairuz & Almy Nadia.

Pemegang gelaran Pelakon TV Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 25 ini mengakui beliau ada memasang hasrat untuk berkahwin jika menang pada majlis yang berlangsung pada 8 April yang lalu.

Mengulas sedikit tentang keadaan beliau selepas meraih gelaran tersebut, Fizz Fairuz menolak sebarang dakwaan yang mengatakan beliau kini sudah pandai meletakkan harga lebih tinggi untuk berlakon dalam sesuatu produksi.

“Industri hiburan kita ini kecil, tiada guna saya letak harga. Saya sekarang lebih pentingkan watak untuk saya bawa dalam pembabitan saya selepas ini. Saya mahu penonton puas lihat saya berlakon,” ujar Fizz Fairuz ketika di’temui semalam.

Berkaitan hasrat beliau untuk berkahwin, Fizz Fairuz berkata jika di’izinkan Tuhan dan segalanya berjalan seperti apa yang beliau harapkan, perkahwinan dengan kekasih lima tahun Almy Nadia bakal berlangsung sekitar tahun ini juga.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Bekas Suami Persoal Ferrari Pemberian Hartawan Malaysia Untuk Kim Kardashian

Posted: 07 May 2012 04:32 AM PDT

Dunia Hollywood beberapa hari ini kecoh apabila Kris Humphries yang kini dalam proses penceraian dengan Kim Kardashian mempersoalkan hadiah mewah berupa Ferrari yang di’terima ketika majlis perkahwinan mereka.

Hadiah tersebut mungkin merupakan hadiah paling mahal yang mereka terima sepanjang tempoh perkahwinan mereka yang hanya bertahan selama 72 hari dan ia’nya pemberian seorang rakyat Malaysia bertaraf billionaire. Heh.

Selepas mengumumkan yang mereka kini sah berpisah, Kim Kardashian berjanji dan nekad untuk memberikan US$200,00 iaitu nilai hadiah perkahwinan mereka kepada badan kebajikan.

Namun, menurut bekas suami Kris Humphries mendakwa yang Kim Kardashian sengaja tidak memasukkan nilai kereta Ferrari (US$325,000) tersebut dalam kiraan jumlah derma yang ingin di’sumbangkan — yang juga di’dakwa terlalu rendah.

Sumber terdekat dengan Kim Kardashian mendakwa yang beliau sangat gemarkan kereta mewah itu selain sering memandunya keluar & kini telah menukar status hak milik ke hak perseorangan.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...