RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari (Finalé)

Posted: 06 May 2012 11:41 AM PDT

Majlis Resepsi Perkahwinan Awal Ashaari & Scha al-Yahya PICC

Asyik tengok gambar tanpa ada sebarang maklumat berkaitan majlis resepsi mereka pun boleh jadi membosankan. Ini adalah beberapa perkara yang boleh kami sampaikan kepada anda tentang majlis persandingan Awal Ashaari & Scha al-Yahya yang berlangsung malam tadi.

Majlis persandingan pasangan ini berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) menyaksikan lebih 2,000 hadirin datang meraikan pasangan ini yang terdiri daripada ahli ahli keluarga, rakan rakan termasuk artis dan wakil media.

Seperti majlis pernikahan, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selesa untuk kekal dengan persalinan serba putih yang kedua dua’nya mendapat ilham pereka terkenal, Syaiful Baharim. Pasangan ini mengenakan persalinan kedua malam itu dengan tema Inggeris untuk acara memotong kek.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fasha Sandha Sanggup Makan Kuih Dari Tong Sampah Demi Hayati Watak

Posted: 06 May 2012 11:07 AM PDT

Tidak sangka apabila tidak sampai seminggu Fasha Sandha bergelar isteri kepada Rizal Ashram (Jejai), beliau sanggup turun ke sidang media drama bersiri terbaru beliau di TV3.

Fasha Sandha bakal tampil di’samping Fahrin Ahmad dalam drama bersiri Seindah Sakura yang akan memulakan tayangan malam ini melalui slot Akasia di TV3.

Seindah Sakura yang merupakan arahan pertama Zul Huzaimy memaparkan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira (lakonan Fasha Sandha) yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.

Menariknya, Fasha Sandha membuka cerita kepada wartawan GUA tentang adegan di’mana beliau menjamah kuih yang beliau kutip dari atas lantai kotor dan tong sampah.

Menurut Fasha Sandha, pengarah pada awal hanya meminta beliau gigit sedikit kuih yang di’kutip. Namun untuk berikan lakonan semulajadi untuk kepuasan penonton, beliau makan bahagian kuih itu sehingga habis.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.109)

Posted: 06 May 2012 10:18 AM PDT

The Avengers akhirnya membuka tayangan di bumi Amerika Syarikat & kutipan sepanjang hujung minggu lalu berjaya mencatat sejarah Hollywood sebagai yang tertinggi dalam sejarah perfileman, US$200.3 juta. – Chicago Tribune

Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) berkata beliau selesa dengan kehidupan solo sekarang ini selain sibuk menjaga anak angkat & tiada lagi mana mana lelaki yang berani mendekati beliau. Heh. – mStar Online

Bintang remaja Indonesia, Acha Septriasa (gambar) berkata yang beliau berminat untuk mula bekerja di’pejabat biasa selepas tamat belajar nanti kerana mahu bermula daripada peringkat bawahan. – Kapan Lagi

Aktor popular, George Clooney baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 51 dan pada 10 Mei ini beliau akan mengadakan majlis kutipan dana untuk pilihanraya presiden sebagai sokongan kepada Barack Obama. – Post 50

Video muzik terbaru daripada Justin Bieber untuk lagu Boyfriend berjaya memecahkan rekod tayangan di Youtube selepas menerima lebih 8 juta tontonan hanya dalam masa 24 jam. – THR(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari (Part II)

Posted: 06 May 2012 05:58 AM PDT

Resepsi Perkahwinan Scha & Awal

Kalau ada antara anda membaca teks ini, memang kami rasa bertuah. #LOL(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari, PICC

Posted: 06 May 2012 05:11 AM PDT

Resepsi Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari

Ketika ini, sedang berlangsung majlis resepsi perkahwinan untuk pasangan Awal Ashaari & Scha al-Yahya yang selamat bergelar suami isteri tanggal 4 Mei 2012 yang lalu, juga di Putrajaya.

Kami akan cuba membawakan yang terkini daripada tempat majlis berlangsung iaitu di Putrajaya International Convention Centre (PICC) & ketika ini hadirin yang terdiri daripada rakan rakan artis, kaum keluarga & pihak media sudah memenuhi meja tetamu.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fauziah Ahmad Daud Kembali Kendalikan Program Melodi. Ya Atau Tidak?

Posted: 06 May 2012 03:17 AM PDT

Sejak mengetahui yang Fauziah Ahmad Daud (Ogy) bakal mengendalikan Melodi minggu ini, memang kami tertunggu tunggu di’hadapan kaca televisyen untuk melihat comeback sementara pengacara sensasi ini.

Ogy Ahmad Daud mengikut sejarahnya pernah menjadi pengacara untuk program Melodi untuk satu jangkamasa yang lama juga & ketika itu tidak salah jika kami katakan merupakan zaman kemuncak untuk program hiburan tersebut.

Maklumbalas awal yang kami terima selepas Ogy Ahmad Daud bersiaran secara solo hari ini rata rata bersetuju jika pengacara yang masih belum hilang taring’nya ini di’kekalkan.

Jadi, kami di’sini ingin mengumpulkan pendapat anda semua melalui undian ringkas di’bawah dan berharap ada orang atasan Media Prima yang sudi mendengar keputusan majoriti undian ini. Heh. (Foto Ihsan: Irma Mohamad, TV3)

 

Note: There is a poll embedded within this post, please visit the site to participate in this post's poll.

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Potret Selebriti Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat Karya Martin Schoeller

Posted: 06 May 2012 01:58 AM PDT

Jack Black by Martin SchoellerSecara peribadi, kami berpendapat yang fotografi yang bagus menaikkan kredibiliti seseorang selebriti & menampakkan imej classy seorang selebriti. Kita di’Malaysia senang berpuashati dengan hasil fotografi setaraf majalah Mangga.

Kami kagum dengan hasil tangan jurugambar selebriti, Martin Schoeller yang tidak mengambil jalan stereotaip untuk hasilkan potret selebriti & hasil karya beliau sering muncul di The New Yorker, EW, Rolling Stone, GQ, Esquire dan Vogue.

Berikut adalah koleksi 28 keping potret selebriti Hollwyood yang di’hasilkan oleh Martin Schoeller termasuklah Emma Watson, Brad Pitt, George Clooney, Jay Z dan ramai lagi.

Kalau anda ingin lebih lagi, boleh layari Vaughan Hannigan yang menjadi hos rasmi untuk koleksi hasil karya jurugambar penuh awesome ini. Enjoice! (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Scha al-Yahya & Awal Ashaari (Finalé)

Posted: 06 May 2012 01:09 AM PDT

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Scha al-Yahya & Awal Ashaari (Part Déux)

Seperti biasa, gambar pernikahan selebriti kita akan bahagikan seadanya dan ini koleksi gambar terakhir daripada kami di Rotikaya HQ untuk majlis akad nikah Scha al-Yahya dan Awal Ashaari yang berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya 4 Mei 2012 lalu. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Astrid Kecewa Dengan Persembahan Pembukaan Di Konsert Mingguan MANIA

Posted: 06 May 2012 12:26 AM PDT

Salam hari Ahad kepada anda yang masih ingin mengetahui tentang dunia hiburan di tanah air kita dan memilih ROTIKAYA sebagai pilihan utama untuk mengetahui perkembangan semasa dunia hiburan Malaysia.

Malam tadi seperti biasa anda pasti berada di depan Astro Ria saluran 104 untuk menyaksikan MANIA dan pasti terkejut dengan penyingkiran Alyah yang tidak disangka sangka.

Acara pembukaan MANIA telah dinyanyikan oleh bintang dari Indonesia Astrid yang popular dengan lagu Tentang Rasa.

Agak terkejut sebenarnya untuk melihat wanita comel itu menyanyi secara live di negara kita & terima kasih Astro kerana menjemput Astrid untuk menghiburkan kami rakyat Malaysia.

Sempat kami menemubual penyanyi dari seberang itu dan Astrid mengatakan beliau sebenarnya amat kecewa dengan persembahan pertama beliau bersama Astro secara live.

Astrid mengatakan bahawa beliau sedikit gementar membuat persembahan semalam dan merasakan ia adalah persembahan terburuk beliau dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat beri persembahan yang terbaik. Bagi kami persembahan & suara Astrid nampak comel dan merdu. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...