RotiKaya

RotiKaya


Usahawan Lapor Polis Dakwa Fizz Fairuz Gagal Lunaskan Hutang RM15,000

Posted: 25 Jul 2014 06:50 PM PDT

Seorang usahawan yang mahu dikenali sebagai Linda kesal dengan sikap lepas tangan pelakon popular Fizz Fairuz kerana gagal membayar semula wang berjumlah RM15,000 yang dipinjam pada Oktober tahun lalu.

Linda berkata keputusan membuat laporan polis dan dedahkan perkara itu adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.

"Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya," ujar Linda kepada Harian Metro.

Linda berkata Fizz Fairuz meminjam duit daripadanya dengan alasan membuat pengubahsuaian rumah ibunya di Pahang.

"Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata tempat. Sekarang, bayar saja semula hutang saya. Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia mendiamkan diri dan mengelak"

"Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak perkara ini dibesarkan," tambah Linda yang meminjamkan duit atas dasar persahabatan.

Namun, Fizz Fairuz melalui SMS kepada Linda yang beliau sudah memulangkan semua duit itu kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.

Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu mengesyaki satu pakatan berlaku di antara Fizz dengan pihak ketiga, sekali gus membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju. (rtky/m)

RotiKaya

RotiKaya


Bolehkah Nana Temui Jejaka Idamannya & Kahwin Selepas Raya Nanti?

Posted: 22 Jul 2014 11:18 PM PDT

Siapa Nana anda tanya? Haruslah kami sedang bercakap tentang drama hujung minggu Raya Ni Mesti Kahwin yang sedang hangat diperkatakan ramai ketika ini. Nana adalah watak utama drama ini yang dijayakan oleh Nina Iskandar.

Dalam drama yang ditayangkan setiap Sabtu & Ahad jam 9.30 malam ini, Nana dalam misi untuk mencari jejaka idamannya supaya beliau boleh berkahwin selepas sambutan Aidilfitri.

bijan 0315_1 copy

Kenapa tiba tiba Nana mahu berkahwin? Kerana dua orang teman serumahnya kini sudah pun bertunang dan hanya menunggu masa menjalani mahligai bahagia bersama lelaki pilihan masing masing. Tekanan rakan sebaya namanya. Heh.

Ketika ini menjadi satu dilema pula buat Nana apabila dua lelaki yang sama sama mempunyai ciri ciri suami idamannya muncul dalam hidup & sedikit menyukarkan beliau untuk membuat pilihan. Pelbagai cabaran jugalah perlu dilalui gadis ini untuk melihat lebih dekat siapakah antara dua jejaka ini yang lebih ikhlas untuk memperisterikan dirinya.

10488144_10152925969364409_9009392206291035254_n

Apa kesudahan impian Nana untuk berkahwin selepas Raya? Anda wajiblah menonton episod terakhir drama Raya Ni Mesti Kahwin di TV3 untuk mengetahui adakah Nana dapat mencari lelaki idaman dia dan berkahwin denganya atau sebaliknya. Sungguh suspens, kan?

Dan, berita gembira untuk anda yang meminati drama ini dan bercita cita pula untuk menemui semua pelakon utamanya iaitu Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi — Watsons mahu memberikan anda peluang itu.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu berbelanja RM80 ke atas dari jenama yang mengambil bahagain di mana-mana rangkaian Watsons dan jadi 1,000 orang pertama untuk bertemu dengan pelakon-pelakon utama termasuk Nana (Nina Iskandar), Luqman / Haziq (Amar Asyraf) dan Hisham (Azlee Khairi) dari drama Raya Ini Mesti Kahwin di tiga lokasi rangkaian Watsons terpilih. Selain itu semasa sesi bertemu mereka juga, tiga pemenang bertuah di setiap stor akan memenangi baucar bernilai RM200 untuk membeli-belah dengan bintang drama ini. Siapa tidak mahu 'kan? Dapatkan kemaskini dari Facebook rasmi Watsons Malaysia untuk butiran lanjut.

Facebook Watsons Malaysia

Tidak lupa, Raya semakin dekat dan sudahkah anda bersiap sedia untuk beraya? Senarai untuk anda – pastikan kelihatan cantik dengan baju baru, dan penting sekali jangan lupa kulit hendaklah sentiasa ceria dan berseri sebab akan banyak bertemu sanak saudara dan kawan. Seperti kami, yang cukup sibuk dengan kerja dan persiapan, untuk dapatkan makeover yang menawan dan cepat, saya ikuti tip-tip kecantikkan dan personal care yang digunakan oleh watak-watak drama. Kan mereka sentiasa nampak cantik dan best di mana-mana?

Jangan lupa #watsonssiapanakkahwin dengan gambar pasangan anda di Instagram dan menangi pakej penginapan dan kecantikkan untuk anda berdua.

Apa lagi, hujung minggu ini jangan lupa saksikan drama Raya Ni mesti Kahwin, jam 9.30 malam di TV3 dan mula berbelanja untuk persiapan raya anda di Watsons sambil berpeluang untuk memenangi baucer RM200 dan sekali lagi berbelanja untuk raya, bersama pelakon kesayangan anda. Jom!

Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan

Posted: 22 Jul 2014 08:02 PM PDT

Selepas kelahiran anak sulung Scha al-Yahya hari ini, pastinya ramai yang akan menantikan pula kelahiran anak sulung pasangan sensasi Rozita Che Wan & Zain Saidin.

Bercakap kepada media semalam, Rozita Che Wan dedahkan yang mereka sudah memeriksa jantina bakal anaknya kelak dan keputusan menunjukkan yang mereka akan menimang cahaya mata perempuan, sama seperti pasangan Scha al-Yahya & Awal Ashaari.

Rozita Che Wan juga memaklumkan yang beliau sudah pun membeli persalinan bayi perempuan sebagai persiapan menyambut kelahiran anak pertama dengan Zain Saidin.

Bercakap tentang perangai pelik sepanjang kandungan ini, Rozita Che Wan memaklumkan yang beliau mempunyai keinginan untuk makan burger Ramly dan ikan masin di tengah malam.

Rozita Che Wan dijangka bersalin sekitar awal November nanti.

Semoga ibu dan bayi dalam kandungan yang kini sudah masuk usia 6 bulan sihat sentiasa. Zain Saidin pasti orang paling teruka ketika ini untuk bergelar bapa, heh. (rtky/m)

#22 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #21 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #14 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #20 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #19 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #18 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #17 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #16 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #15 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA

Scha Al-Yahya Telah Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Posted: 22 Jul 2014 07:23 PM PDT

Awal Ashaari menerusi akaun Instagram beliau hari ini memaklumkan yang isterinya, Scha al-Yahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang juga merupakan anak sulung pasangan ini.

“Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua,” tulis Awal Ashaari.

Scha al-Yahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan - ROTIKAYA

BACA: Dijangka Bersalin Akhir Julai, Scha al-Yahya Anjurkan Baby Shower

baby bump scha #93 Kuat Makan Nasi Selepas Hamil, Scha al-Yahya Sudah Ada Nama Anak - ROTIKAYA #91 Kuat Makan Nasi Selepas Hamil, Scha al-Yahya Sudah Ada Nama Anak - ROTIKAYA #46 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #39 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #38 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #35 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #33 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #26 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA

Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie

Posted: 22 Jul 2014 05:56 PM PDT

Pelakon Erra Fazira yang ditemui semasa majlis pelancaran filem Warna Cinta Impian di Hotel Le Meridien Hotel Kuala Lumpur telah memberitahu bahawa untuk raya kali ini dia akan beraya bersama-sama dengan puteri kesayangannya, Aleesya.

"Alhamdulillah pada tahun ini giliran saya bersama Aleesha untuk beraya bersama. Lagipun kampung saya tidaklah terlalu jauh hanya 45 minit sahaja dari KL," ujarnya.

Tambahnya lagi, raya pada tahun ini disambut secara bersederhana sahaja dan tidak terlampau mewah. Dia turut memberitahu kepulangannya itu juga untuk bersama-sama ibu tercinta di kampung halaman yang kini kurang sihat.

"Raya pada tahun ini sangat sederhana dan saya hanya menyediakan beberapa helai pakaian untuk Aleesha dan beberapa lagi yang lain untuk keluarga saya. Setakat ini anak saya sihat dan semakin membesar. Kepulangan ini juga untuk menjenguk ibu saya yang kurang sihat," katanya.

Sementara itu, Erra Fazira juga agak sedikit terkejut apabila timbulnya isu rumah tangga bekas kekasihnya, yang kini semakin hangat dilaporkan di media-media massa tempatan. Baginya Awie mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya kini.

"Mula-mula saya agak terkejut apabila rumah tangganya dilaporkan sedang bergolak. Saya tahu pun melalui akhbar-akhbar serta blog-blog yang melaporkannya. Tapi saya tahu Awie ada caranya yang tersendiri untuk mengendalikan masalahnya itu, lagipun dia mempunyai banyak pengalaman dan saya sebagai sahabatnya mendoakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan berharap mereka berdua berbaik semual," katanya.

Tiada Masalah Bergandingan Dengan Awie, Imbau Kenangan

Dalam pada itu, filem Warna Cinta Impian yang bakal menjalankan penggambaran di Rajasthan India, Brisbane dan di sekitar Kuala Lumpur akan membabitkan pelakon-pelakon dan nama-nama besar seperti Awie, Erra Fazira, Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Syiqin Kamal dan pelakon Singapura Erwin Shah Dawson.

Erra yang akan kembali bergandingan bersama dengan Awie di layar perak bakal mengubati kerinduan peminat-peminat di zaman kegemilangan mereka sekitar 90an. Dia yang mengambil sikap professional akan memberikan satu sentuhan yang berbeza dalam filem 'Warna Cinta Impian' dan baginya pengalaman yang lepas biarlah berlalu dan berharap tidak timbulnya gosip atau spekulasi mengenai penglibatannya kali ini.

"Saya rasa tiada masalah untuk bergandingan bersama Awie kerana sebelum ini saya sudah berlakon teater bersamanya di Istana Budaya dan kami sama-sama profesional dalam kerjaya ini. Buat peminat-peminat kami sekiranya anda ingin mengimbau kembali saat-saat saya seperti dahulu tidak ada masalah sekiranya boleh membantu dari segi penjualan tiket tetapi janganlah timbulkan gosip pula," ujarnya sambil berseloroh. (rtky/hfz)

#05 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #06 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #07 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #08 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #09 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #10 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #11 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #12 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #13 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Gambar Baby Anak Awal Ashaari & Scha Alyahya

Posted: 22 Jul 2014 09:50 PM PDT

Syukur alhamdulilah, Budiey baru sahaja mendapat berita tentang kelahiran anak sulung kepada selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Tahniah buat pasangan popular ini. Pasti ramai yang nak tengok gambar baby anak kepada Awal Ashaari dan Scha Alyahya kan? Mesti comel macam ibu dan bapanya. Melalui akaun Instagramnya, Awal Ashaari sebentar [...lagi...]

The post Gambar Baby Anak Awal Ashaari & Scha Alyahya appeared first on Sensasi Selebriti.

Artis Popular Sambut Raya di Salam Perwira

Posted: 22 Jul 2014 04:40 PM PDT

Bayangkan ketika umat Islam lain bergembira menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, pasukan beruniform negara pula menjalankan tanggungjawab terhadap tugasan dengan penuh dedikasi demi menggalas amanah diberi. Kesedihan memang dirasai, terutama ketika mendengar takbir raya berkumandang dari masjid berhampiran namun demi amanah disandarkan, mereka tabah berdepan dengan situasi tersebut. Cuba berkongsi [...lagi...]

The post Artis Popular Sambut Raya di Salam Perwira appeared first on Sensasi Selebriti.

Senarai Program Raya Hiburan Eksklusif di RTM

Posted: 22 Jul 2014 04:31 PM PDT

Ini Baru Raya diraikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama penonton setia salurannya sepanjang Syawal ini dengan variasi program terbaik termasuklah program hiburan eksklusif khas untuk tontonan seisi keluarga. Menampilkan kemunculan artis-artis popular tanah air menyampaikan lagu-lagu raya masing-masing, ada juga program yang diselangi dengan skesta menghiburkan yang realitinya berlaku dalam [...lagi...]

The post Senarai Program Raya Hiburan Eksklusif di RTM appeared first on Sensasi Selebriti.

Gambar Sekitar Iftar Him By Hatta di Rooftop Avenue K

Posted: 22 Jul 2014 04:11 PM PDT

Pada 20 Julai 2014 yang lalu, Budiey telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Iftar Him By Hatta anjuran Hatta Dolmat & Societal Nawre yang turut meraikan anak-anak yatim. Acara diadakan di Rooftop, Avenue K ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti. Antara selebriti yang hadir, Nazim Othman, Siti Sarah Raisudin, Ainul Aishah, [...lagi...]

The post Gambar Sekitar Iftar Him By Hatta di Rooftop Avenue K appeared first on Sensasi Selebriti.

Astro Siar Sukan Komanwel 2014 Glasgow

Posted: 19 Jul 2014 04:23 PM PDT

Seusai sahaja acara sukan terbesar dunia, PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL, kini satu lagi acara sukan gergasi iaitu Sukan Komanwel 2014 bakal menjengah dan Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh melalui platform televisyen dan Astro on the Go. Acara sukan yang diadakan di Glasgow ini [...lagi...]

The post Astro Siar Sukan Komanwel 2014 Glasgow appeared first on Sensasi Selebriti.

RotiKaya

RotiKaya


Isteri Nabil Hamil Anak Kedua?

Posted: 22 Jul 2014 12:20 AM PDT

Nabil Ahmad seperti kebanyakkan artis lain mengambil pendekatan untuk mengurangkan aktiviti seni hiburan sepanjang bulan Ramadhan namun menurut beliau kali ini merupakan yang pertama untuk beliau dalam masa tujuh tahun banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

Dalam temubual bersama kami juga, Nabil Ahmad menjawab khabar yang mengatakan isterinya Nazirah Ayub kini sudah hamil anak kedua pasangan ini.

Ikut jawapan Nabil Ahmad menerusi video di atas dan harapan beliau untuk menerima cahaya mata lelaki pula selepas ini jika diizinkan Tuhan. (rtky/hmz)

#00 Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Kedua? - ROTIKAYA #01 Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Kedua? - ROTIKAYA #02 Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Kedua? - ROTIKAYA #03 Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Kedua? - ROTIKAYA #04 Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Kedua? - ROTIKAYA #96 Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Kedua? - ROTIKAYA #97 Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Kedua? - ROTIKAYA #98 Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Kedua? - ROTIKAYA #99 Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Kedua? - ROTIKAYA

Muat Naik Gambar Bersama Di Instagram, Johan As’ari Rindu Shila Amzah?

Posted: 21 Jul 2014 08:47 PM PDT

Siapa boleh lupa perpisahan epik antara Johan As'ari dan Shila Amzah sekitar November tahun lalu selepas jejaka itu mengakui mempunyai hubungan dengan pelakon seksi, Lana Nodin.

BACA: Johan As'ari Bercinta Dengan Lana Nodin, Apa Komen Shila Amzah?

Baru baru ini, Johan As'ari menerusi akaun Instagram beliau ada memuat naik sekeping gambar beliau bersama Shila Amzah dengan tulisan bertanya khabar akan penyanyi tersebut. Nampak seperti pelakon ini seperti rindukan 'teman tapi mesra'nya itu.

Screen Shot 2014-07-22 at 1.05.56 PM

Peminat yang melihat gambar itu juga ramai yang mula mendoakan hubungan Johan As'ari dan Shila Amzah boleh kembali pulih seperti dahulu namun ada juga sebahagian yang memberikan gambar seperti Johan As'ari menjilat ludah sendiri. Ouch!

Kalau benar rindu pun apa salahnya, orang yang pernah rapat dengan kita kalau tiba tiba hilang pun kita akan tercari cari, apatah lagi Johan As'ari dan Shila Amzah yang khabarnya pernah terpaut hati. Eh. Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka. (rtky/m)

‘Fragmen’ Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza

Posted: 21 Jul 2014 06:03 PM PDT

Penghibur tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza kini kembali dengan album solo terbaru beliau yang berjudul Fragmen. Fragmen dijadikan judul album ini kerana beliau menyifatkan album yang menampilkan 9 buah lagu itu mempunyai sedikit sebanyak cerita mengenai perjalanannya di dalam karier dan juga kehidupan.

Datuk Siti Nurhaliza menyifatkan bahawa Fragmen adalah sebuah album yang berjalan seiring dengan kematangannya di dalam industri muzik. Penyanyi yang sudah berkecimpung selama 19 tahun sebagai anak seni itu amat menitik beratkan setiap sudut produksi album untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Beliau secara peribadi telah memilih Aubrey Suwito sebagai penasihat album yang turut menjadi salah seorang penerbit dalam album tersebut.

"Alhamdulillah selepas setahun akhirnya album penuh ini dapat disiapkan dan diberikan suntikan baru daripada komposer yang tidak asing lagi Aubrey Suwito. Saya berhenti menyanyi selama 4 bulan ketika itu kerana menjaga suami dan ketika itu Aubrey dan Rozi memahami apa yang dirasakan oleh saya ketika itu maka terbitlah album Fragmen yang dinantikan ini," ujarnya ketika majlis sidang media album 'Fragmen' kelmarin.

Fragmen sarat dengan nilai kasih sayang, semangat (motivasi) dan juga rasa kecintaan dalam perspektif yang lebih meluas. Beliau sendiri mahu menerapkan nilai-nilai positif supaya album ini bukan sahaja boleh didengar muzik atau lagunya tetapi dihayati menerusi pendekatan di dalam lirik-lirik yang ditampilkan.

"Apa yang ada dalam album ini adalah unsur-unsur semangat yang diterapkan, kasih sayang, motivasi supaya seseorang itu lebih kuat untuk menghadapi hari yang mendatang. Lagu-lagu dalam album ini banyak menceritakan kisah yang saya hadapi apabila suami saya mengalami kemalangan setahun yang lepas di New Zealand dan ketika itu hanya orang-orang yang terdekat mengetahui apa perasaan saya"

"Album ini juga turut menceritakan mengenai kehidupan selama saya berada 19 tahun dalam industri seni, di mana perjalanan karier seni saya," ujarnya.

Album Baru Terjual Lebih 5,000 Dalam Minggu Pertama

Datuk Siti turut menjelaskan mengenai mengapa beliau memilih 'Fragmen' sebagai judul album tersebut kerana maksudnya yang tersirat dan agak jarang didengar tetapi moden di pendengaran orang ramai. Sebagai buah tangan terbaru daripada Dato' Siti Nurhaliza pada tahun 2014, beliau dan Aubrey Suwito amat menitik beratkan susunan muzik dan ternyata garapan muzik yang lebih moden telah diterapkan dalam setiap lagu.

Pendengar khususnya peminat yang meminati nyanyian lagu balada Siti Nurhaliza pasti merasa sedikit janggal dengan bunyian 'samples effect' atau bentuk adunan sesetengah lagu yang tidak mirip lagu-lagu di awal karier beliau.

"Sepanjang proses pemilihan lagu sehinggalah ke proses rakaman saya dan Aubrey duduk berbincang mengenai pemilihan-pemilihan lagu yang terbaik untuk dimuatkan ke dalam album saya. Setakat ini ada lebih kurang 30-40 lagu yang telah dihantar kepada saya dan hanya 9 lagu yang terbaik dipilih. Saya berharap peminat dapat memberikan sokongan dan inilah hasilnya selama ini," katanya sambil tersenyum.

Sementara itu, pada hari yang sama Siti Nurhaliza juga turut teruja apabila diumumkan bahawa albumnya yang telah berada di pasaran kini, telah mencecah jualan sebanyak 5000 unit dalam masa seminggu dan ini merupakan satu pencapaian yang positif lebih-lebih lagi dengan industri muzik yang kini sedikit suram dalam penjualan album.

"Alhamdulillah, mungkin ada di antara peminat ini telah melihat sedikit teaser yang saya rekodkan semasa saya menjalani proses rakaman lagu dan saya rasa daripada situ juga peminat-peminat sudah tertanya-tanya & tidak sabar untuk mendapatkannya lagi," katanya. (rtky/hfz)

Gambar Ihsan: OHBULAN!

#95 'Fragmen' Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza - ROTIKAYA #94 'Fragmen' Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza - ROTIKAYA #93 'Fragmen' Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza - ROTIKAYA #92 'Fragmen' Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza - ROTIKAYA #91 'Fragmen' Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza - ROTIKAYA #90 'Fragmen' Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza - ROTIKAYA #89 'Fragmen' Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza - ROTIKAYA #88 'Fragmen' Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza - ROTIKAYA #87 'Fragmen' Kisah Disebalik Kehidupan Dan Motivasi Datuk Siti Nurhaliza - ROTIKAYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...