Buzzera

Buzzera


Jaclyn Victor bakal berkahwin

Posted: 31 Mar 2014 10:10 AM PDT

Penyanyi Jaclyn Victor mengumumkan yang dia akan berkahwin tidak lama lagi. Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laman sosial Instagram miliknya yang disertakan dengan sekeping gambar menunjukkan...

Read more: http://www.buzzera.net

RotiKaya

RotiKaya


Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama

Posted: 31 Mar 2014 05:37 PM PDT

Walaupun kisah kegagalan rumahtangga bersama Anang sudah hampir 5 tahun berakhir, namun segelintir pihak masih lagi bercakap mengenai perkara tersebut. Krisdayanti tidak menyalahkan sesiapa kerana lumrah orang akan berkata selagi mereka tidak dapat apa yang diingini.

Jelas KD, dia selesa dan bahagia dengan kehidupan yang dimiliki bersama suami dan 4 orang anak. Dua hasil perkongsian hidup bersama Anang dan dua anaknya bersama Raul Lemos. Dia tidak mahu ambil peduli kata kata orang terhadap dirinya.

“Saya sudah selesa dengan kehidupan kini. Saya bukan seorang yang senang kecil hati apatah lagi punya perasaan yang tidak baik. Saya orangnya positif. Bukan saya tak peduli bila orang berkata tidak baik pasal saya. Saya dengar dan saya syukur kerana Allah duga saya. 10 orang berkata tak baik berkenaan saya, 1000 orang lagi menyayangi saya”

“Saya tidak akan berputus asa. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bagi saya, saya tidak melakukan sesuatu yang jelik. Takdir saya memang begini. Malah perpisahan saya dengan Anang juga sudah takdir. Saya dan Raul juga adalah takdir rezeki dari Allah”

Berkata tentang hubungan bersama Anang, hubungan mereka baik. Malah KD bersyukur Anang dikurniakan isteri yang baik. Hubungan KD bersama isteri Anang juga baik.

Tambah KD, sebelum ini di program Indonesian Idol terjadi sedikit salah faham apabila Ahmad Dhani menjadikan kisah silamnya sebagai bahan gurauan tanpa berfikir kesan yang akan dihadapi oleh anak-anak KD yang sering menonton.

“Kelmarin, sesuatu berlaku apabila Ahmad Dhani menjadikan gurauan tentang affair dulu. Setelah lima tahun masalah itu berlalu dan selesai. Saya fikir itu adalah tidak elok”

KD meluahkan rasa tidak senang nya kepada Raul dan dia bersyukur kerana dikurniakan lelaki yang bukan sahaja seorang suami tetapi teman rapat untuk mengadu dan bergantung pada apa situasi sekalipun dan menjadi seorang suami yang sanggup membela dia dan keluarga.

“Saya ceritakan pada Raul. Dia lalu bersemuka dengan Ahmad Dhani. Kami ada anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Anak-anak akan menonton dan akan beri tempias pada mereka. Kita sebagai orang tua harus bijak dengan tidak berkata yang tidak enak”

Namun kini hubungan KD dan Ahmad Dhani sudah kembali jernih dan sedia kala. KD juga tidak mahu memanjangkan kisah kerana bagi KD, perkara yang melibatkan hal peribadi mungkin memakan sedikit masa untuk pulih.

“Mungkin orang diluar sana fikir saya ni diva jadi saya harus kelihatan sentiasa sempurna. Saya juga manusia biasa yang kadang-kadang buat silap. Jadi tolonglah jangan benci sesuatu yang kamu tidak tahu jalan ceritanya,” tambahnya lagi. (rtky/bsr)

#00 Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama - ROTIKAYA #01 Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama - ROTIKAYA #93 Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama - ROTIKAYA #94 Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama - ROTIKAYA #95 Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama - ROTIKAYA #96 Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama - ROTIKAYA #97 Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama - ROTIKAYA #98 Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama - ROTIKAYA #99 Krisdayanti Kesal Bila Ahmad Dhani Ungkit Kisah Lama - ROTIKAYA

Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan

Posted: 31 Mar 2014 05:19 PM PDT

Dalam perkembangan terbaru kes tuntutan nafkah Rita Rudaini dan anak anak terhadap Aidil Zafuan, pemain bola sepak itu memberikan kenyataan kepada mahkamah yang beliau mampu membayar RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya itu.

Menurut Aidil Zafuan, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012 dan dari jumlah RM2,000 itu beliau tidak memecahkannya untuk bayaran tertentu kerana terpulang kepada Rita Rudaini untuk menguruskan wang berkenaan sebagai nafkah kepada dua anak lelaki mereka.

BACA: Gambar Selebriti Sekitar Perkahwinan Aidil Zafuan, Zarema Zainal

"Dalam tempoh perkahwinan, saya memberikan RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan. Tetapi, sejak keluar dari rumah, saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah (sewa) RM3,000," katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Mohd Zaid Mohd Zain yang mewakili Rita Rudaini selaku plaintif.

Dan sekarang kita tunggu sahaja komen para pemerhati dunia hiburan yang berbaur kahwin tahu mewah, bayar nafkah anak tidak mampu. Eh. (rtky/m)

#86 Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan - ROTIKAYA #88 Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan - ROTIKAYA #91 Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan - ROTIKAYA #84 Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan - ROTIKAYA #85 Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan - ROTIKAYA #87 Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan - ROTIKAYA #89 Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan - ROTIKAYA #90 Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan - ROTIKAYA #92 Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan - ROTIKAYA

Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia?

Posted: 31 Mar 2014 12:10 PM PDT

Sekitar September tahun lalu, ada khabar angin timbul mengatakan Jue Aziz telah berkahwin dengan seorang jejaka Turki kerana dilihat tampil bergambar dengan seorang bayi lelaki di akaun Instagram beliau — dan itu hanya sekadar khabar angin.

BACA: Bayi Di Instagram, Jue Aziz Kahwin Rahsia Di Turki? (ext.)

Seperti biasa, itu cerita lama. Terbaru kami ada menerima khabar yang mengatakan pelakon yang pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki sebelum ini telah pun bernikah dengan seorang jejaka seberang di Indonesia.

Sumber kami memberitahu yang Jue Aziz telah pun selamat bernikah sekitar awal Mac lalu dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang kerap membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Namun sumber kami yang lain pula berkata yang pasangan ini sudah selamat bernikah pada tarikh yang sama namun lokasinya masih tidak pasti sama ada di Indonesia atau Pulau Pinang.

Jika khabar yang kami terima ini benar belaka, tahniah kami ucapkan buat pasangan ini dan tidak perlu rasanya perkara baik untuk disorok dari pengetahuan ramai. Berikut beberapa gambar Jue Aziz bersama Bayu Daniels yang kami terima. Enjoice! (rtky/m)

#77 Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia? - ROTIKAYA #70 Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia? - ROTIKAYA #72 Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia? - ROTIKAYA #71 Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia? - ROTIKAYA #73 Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia? - ROTIKAYA #74 Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia? - ROTIKAYA #69 Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia? - ROTIKAYA #75 Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia? - ROTIKAYA #76 Jue Aziz Kahwin Secara Rahsia Di Indonesia? - ROTIKAYA

Noryn Aziz Kini Hamil Selepas Empat Tahun Kahwin

Posted: 31 Mar 2014 09:00 AM PDT

Hadiah tahun baru paling bermakna buat Noryn Aziz dan suaminya pada 1 Januari lalu adalah apabila beliau disahkan hamil, Kandungan yang hampir memasuki usia lima bulan itu merupakan sesuatu yang dinantikan oleh mereka berdua dan pastinya mereka gembira.

Dia sama sekali menyangkal dakwaan orang ramai dia merancang kehamilan. Malah dari awal perkahwinan pelbagai cara diikhtiar oleh mereka suami isteri.

“Tepat 1 Januari lali, Noryn dapat tahu Noryn sudah hamil, seperti hadiah tahun baru buat kami. Masa itu usia kandungan sudah masuk 3 minggu. I memang nak anak sejak dari awal kahwin lagi pada tahun 2010. Dah macam-macam cara I ikhtiar untuk pregnant. Tahun ni I dah 37, semua perempuan mahukan anak dalam perkahwinan sebagai pelengkap rumah tangga”

Penyanyi Nurul Depp banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada Noryn Aziz sepanjang kehamilan yang pertama ini. Pelbagai cara diikhtiar bagi memudahkan dirinya hamil. Selain turut merujuk kepada rakan-rakan dia turut mendapatkan nasihat pakar.

“Dari mula kahwin I dah cuba pelbagai benda. Cuba biodex dan macam macam lagi. Tapi yang terbaik kita kena check dalaman kita, apa yang kurang. Pada masa sama, Nurul Depp sarankan I buat akupunktur. Rupanya I kurang darah dan suami pun buat akupunktur sekali. I buat dalam masa 4 bulan dengan menggunakan kira-kira 30 jarum”

Alahan Kepada Bau Masakan Selama Tiga Bulan

Walaupun lambat dikurniakan rezeki anak, Noryn tidak sekali rasa bersedih sebelum ini malah menjadikan dia lebih bersemangat untuk mencuba pelbagai cara.

“I tak pernah rasa down, malah macam-macam produk I makan. Motivasi terbaik bagi I adalah kita jangan paksa diri. I tunggu empat tahun. Ada lagi yang tunggu lebih lama dari I”

Kehamilan yang pertama sememangnya menerbitkan rasa gementar di hati Noryn apatah lagi hamil di usia yang agak lanjut. Namun dia bersyukur tidak mengalami alahan yang terlalu teruk. Cuma dia alah terhadap bau masakan. Malah di trimester pertama kehamilan dia langsung tidak memasak di rumah.

“Kitchen is closed for 3 months. 3 bulan I tak memasak. I tak boleh tahan dengan bau masakan. I cuma sediakan sarapan yang ringan untuk suami. Tapi sekarang dah ok. Dah boleh masak macam biasa balik,” ujar Noryn ketawa.

Dan pada 16 April ini, Noryn Aziz akan terlibat dengan malam minggu setiausaha menjadi artis undangan penyanyi Afgan bersempena Secretaries Week @ PICC yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). (rtky/bsr)

#78 Noryn Aziz Kini Hamil Selepas Empat Tahun Kahwin - ROTIKAYA #79 Noryn Aziz Kini Hamil Selepas Empat Tahun Kahwin - ROTIKAYA #80 Noryn Aziz Kini Hamil Selepas Empat Tahun Kahwin - ROTIKAYA #81 Noryn Aziz Kini Hamil Selepas Empat Tahun Kahwin - ROTIKAYA #82 Noryn Aziz Kini Hamil Selepas Empat Tahun Kahwin - ROTIKAYA #83 Noryn Aziz Kini Hamil Selepas Empat Tahun Kahwin - ROTIKAYA

Captain America: The Winter Soldier Garapan Lengkap, Penuh Aksi

Posted: 31 Mar 2014 02:52 AM PDT

Kita imbas kembali filem Captain America: The First Avenger (2011) dimana rakan karib Steve Rogers bernama James "Bucky" Barnes dikhuatiri sudah mati setelah terjatuh dari kereta api dalam satu misi ketenteraan. Manakala Dr. Arnim Zola ditawarkan untuk berpaling tadah dari kuasa HYDRA untuk bekerjasama dengan Amerika dalam kajian sains kegunaan tentera yang seterusnya. Sebahagian besar penceritaan filem yang pertama itu berlaku dalam tahun 1942 iaitu asal-usul 'penciptaan' Captain America.

Captain America: The Winter Soldier (2014) pula ialah sekuelnya dengan menyelitkan filem The Avengers (2012) di antara kedua-dua filem. Kali ini Steve Rogers / Captain America (Chris Evans) bertugas di bawah arahan Colonel Nicholas Joseph “Nick” Fury (Samuel L. Jackson) ketua S.H.I.E.L.D. dengan gandingan rakan setugasnya Natasha Romanoff / Black Widow (Scarlett Johansson), Maria Hill (Cobie Smulders) dan askar hebat Sam Wilson / Falcon (Anthony Mackie).

ca-the-winter-soldier06

Sebelah pihak penjahat pula, musuh utama Captain America kali ini ialah Winter Soldier (Sebastian Stan) yang bersekongkol dengan Alexander Goodwin Pierce (Robert Redford) serta cameo sebagai supercomputer Dr. Arnim Zola (Toby Jones). Filem kali ini akan menyaksikan kebangkitan semula kuasa HYDRA dalam kejutan cerita yang tidak disangka-sangka.

Kisahnya bermula dengan perkenalan Steve Rogers dengan Sam Wilson dalam suasana yang tenang semasa ber-jongging. Kemudian ia semakin mula beraksi dengan misi pertama Captain America dan rakan setugasnya untuk menyelamatkan kapal milik S.H.I.E.L.D. dari tawanan lanun Algeria yang diketuai oleh Georges Batroc. Semasa dalam misi itu, Natasha mengambil kesempatan untuk memuat turun suatu data dari kapal itu.

Pengembangan cerita seterusnya akan merujuk data itu yang menjadi taruhan dan rebutan semua pihak yang akan mengancam nyawa Steve, Nick, Natasha dan rakan setugas yang lain geng hero. Kalau dahulu Captain America beraksi di zaman Perang Dunia Ke-2, kali ini dia beraksi di dunia moden hari ini. Kalau dahulu musuh Captain America jelas iaitu Red Skull dan askar-askarnya, manakala kali ini musuhnya mungkin berada di dalam pasukannya sendiri.

Captain-America-The-Winter-Soldier-Falcon

Itu yang anda kena saksikan di pawagam apakah isi kandung data itu dan apakah implikasi darinya? Mampukah Captain Amerika berdepan dengan konflik terkini yang bercambah semasa dia 'tidur' selama 70 tahun yang lalu?

ULASAN

Captain America: The Winter Soldier bagus dari sudut penceritaannya yang berkaitan dengan filem pertamanya mengenai kuasa HYDRA serta dijalin bersama plot yang baru disulamkan dengan kisah kumpulan S.H.I.E.L.D. Asasnya ialah mengenai perebutan kuasa politik yang berakar-umbi semenjak kegilaan Johann Schmidt / Red Skull (Hugo Weaving) di tahun 1942 yang begitu taksub dengan kuasa HYDRA. Filem ini seperti ideologi HYDRA sesuai dengan motto “if a head is cut off, two more will take its place” merebak ke dalam kerajaan Amerika secara senyap dan sulit. Tapi jangan risau, ia cuma teori konspirasi dari Marvel Comics.

Saya berpendapat bahawa Captain America: The Winter Soldier ialah filem adaptasi Marvel Comics yang terbaik setakat ini sebagai sebuah filem berjudul superhero secara individunya. Ia mengandungi elemen political thriller, perkembangan watak Steve Rogers yang baik serta babak-babak aksinya gempak di darat dan udara. Ini contoh filem aksi fantasi adaptasi komik sehebat The Dark Knight (2008) yang bagus serba-serbinya, cerita dan penceritaan untuk menghasilkan hiburan yang maksima.

Captain-America-The-Winter-Soldier-Captain-America-and-Batroc

Kelebihan utama pembikinan filem adaptasi dari komik sebegini ialah pengembangan watak, perwatakan dan cerita yang sudah sedia ada dalam sirinya bertahun-tahun. Pengarahnya, adik-beradik Anthony dan Joe Russo, serta penulis skrip gandingan Christopher Markus dan Stephen McFeely hanya perlu meneliti setiap helai komik yang berkaitan dengan isi yang hendak difilemkan sahaja. Kerja yang mudah di atas kertas tetapi sukar untuk difilemkan.

Seperti filem-filem aksi fantasi superhero lain, yang menariknya ialah siapakah lawan kepada hero? Dalam Captain America: The Winter Soldier dari judulnya sendiri ia mengangkat watak antagonis utamanya iaitu Winter Soldier. Berbanding Red Skull, kali ini Captain America bukan sahaja berlawan secara fizikal dengan musuhnya tetapi juga tekanan politik secara halus oleh watak manusia yang gila kuasa iaitu Alexander Goodwin Pierce.

CATWS15

Captain America juga dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan yang hebat iaitu Black Widow, Falcon dan Maria Hill. Mungkin kewujudan watak-watak sidekick itu sudah cukup mampu untuk membantu tanpa perlu memanggil The Avengers yang lain? Itu yang terfikir di fikiran saya di manakah Iron Man, Hulk dan Thor di saat-saat genting Nick Fury memerlukan mereka dalam filem ini? Jawapannya sudah tentu ada dalam sekuel Avengers: Age of Ultron (2015) nanti. Oh! Jangan lupa tonton filem ini sehingga habis credit roll kerana ada sedikit babak-babak petanda untuk sekuel filem itu ya!

Filem ini mengubah banyak pandangan penonton tentang kewujudan S.H.I.E.L.D. yang mengikuti siri filem adaptasi dari Marvel Comics. Seolah-olah Captain America: The Winter Soldier ialah titik-tolak dan persimpangan plot yang akan lebih rumit dan mengujakan untuk filem-filem sambungan seterusnya.

KESIMPULAN

Captain America: The Winter Soldier bukan sahaja sebuah filem komersial bertih jagung aksi fantasi yang rangup sedap tetapi masih masuk akal dari sudut jalan ceritanya walaupun ia cuma adaptasi dari komik.

Saya menontonnya lebih dari sekali dan sudah tentu saya berikan 5 BIJI ROTIKAYA.

Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China?

Posted: 31 Mar 2014 12:57 AM PDT

Tidak sunyi nampaknya penyanyi ini dari kontroversi — selepas khabarnya baru baru ini menjadi sasaran peminat di China kerana tragedi kehilangan pesawat MH370, kini penampilan beliau dalam satu program nyanyian di sana pula menjadi perhatian.

Malaysian Gazette hari ini melaporkan yang Shila Amzah baru baru telah tampil dengan skirt pendek bersama legging warna kulit yang menampakkan seolah olah penyanyi ini hanya memakai skirt pendek — sambil bertudung.

Gambar Shila Amzah copy

“Di Malaysia, rasanya belum ada penyanyi yang pakai macam tu. Walaupun masih menutup aurat, tapi legging yang sememangnya ketat dan warna seakan warna kulit boleh memberi pandang negatif masyarakat China tentang cara menutup aurat untuk wanita Islam”

“Nanti masyarakat China ingat, etika menutup aurat macam yang Shila pakai pula. Bertudung tapi boleh pakai skirt pendek dan dipakai bersama legging,” tulis laporan itu yang bimbang akan perspektif orang luar terhadap agama Islam.

Nampaknya Shila Amzah selepas ini perlu lebih berhati hati dalam pemilihan pakaian yang hendak dikenakan ketika tampil di kaca televisyen. Maklumlah, ramai peminat dan bukan peminat yang sentiasa memerhati. (rtky/m)

#68 Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China Jadi Bualan Peminat - ROTIKAYA #63 Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China Jadi Bualan Peminat - ROTIKAYA #67 Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China Jadi Bualan Peminat - ROTIKAYA #60 Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China Jadi Bualan Peminat - ROTIKAYA #61 Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China Jadi Bualan Peminat - ROTIKAYA #62 Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China Jadi Bualan Peminat - ROTIKAYA #64 Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China Jadi Bualan Peminat - ROTIKAYA #65 Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China Jadi Bualan Peminat - ROTIKAYA #66 Imej Seksi Shila Amzah Ketika Menyanyi Di China Jadi Bualan Peminat - ROTIKAYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...