Buzzera

Buzzera


Gambar Mizz Nina berhijab (bertudung)

Posted: 31 Oct 2013 08:43 PM PDT

Gambar Mizz Nina berhijab

Read more: http://www.buzzera.net

Sinopsis Malam Penuh Bermisteri + Official Trailer

Posted: 31 Oct 2013 02:25 AM PDT

Sinopsis Malam Penuh Bermisteri  Malam Penuh Bermisteri mengisahkan seorang gadis universiti yang kaya dan cantik iaitu Lisa, hilang menyebabkan ayahnya, Datuk Rahim yang juga seorang kenamaan...

Read more: http://www.buzzera.net

Dia Yang Terpilih sinopsis, drama TV9 lakonan Puteri Chi Chi

Posted: 31 Oct 2013 01:40 AM PDT

Sinopsis Dia Yang Terpilih Dia Yang Terpilih mengisahkan tentang Nur Hikmah yang sering didera oleh Pak Ngah (Azhan Rani), Mak Ngah (Faezah Elai) dan Mak Su (Izreen Azminda) kerana bencikan...

Read more: http://www.buzzera.net

Pelakon Bollywood, Sushmita Sen banyak lakukan aktiviti kebajikan

Posted: 31 Oct 2013 01:16 AM PDT

BOLLYWOOD aktres yang juga bekas Miss Universe 1994, Sushmita Sen, baru-baru ini menerima anugerah berprestij, Anugerah Antarabangsa Peringatan Mother Teresa sebagai menghargai jasanya yang banyak...

Read more: http://www.buzzera.net

MUSIC VIDEO MENJADI DEBU - PAPADOM 2, 12 Disember 2013

Posted: 31 Oct 2013 12:58 AM PDT

MUSIC VIDEO MENJADI DEBU - PAPADOM 2, 12 Disember 2013 OST Papadom 2

Read more: http://www.buzzera.net

Sinopsis Dari Sinar Mata, telefilem TV3 lakonan Siti Saleha

Posted: 31 Oct 2013 12:43 AM PDT

Sinopsis Dari Sinar Mata Dari Sinar Mata mengisahkan Syamil dan Sara, pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Syamil bekerja sebagai seorang pengurus jualan yang juga anak tunggal...

Read more: http://www.buzzera.net

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Gambar Nur Fathia Pakai Sari di Fesyen Sari Rafflesia

Posted: 30 Oct 2013 06:53 PM PDT

Ditatarias menjadi persis pelakon terkenal Bollywood, Madhuri Dixit, dramatis jelita Nur Fathia tampil begitu anggun setelah dikenakan busana sari di Acara Fashion Sari Bersama Rafflesia yang diadakan pada 29 Oktober lalu di Rafflesia Centre, Kuala Lumpur. Deepavali Sarees Fashion ini menampilkan pelbagai jenis fesyen Sari termasuklah Saree, Lengha, Saree Lengha, [...lagi...]

The post Gambar Nur Fathia Pakai Sari di Fesyen Sari Rafflesia appeared first on Sensasi Selebriti.

Astro Radio Kekal Nombor 1 Malaysia

Posted: 30 Oct 2013 06:10 PM PDT

Astro Radio masih mengekalkan kedudukan sebagai radio No 1 Malaysia dengan lebih 12.2 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2 , 2013 pada minggu ini. Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mendominasi gelombang radio sekaligus dinobatkan [...lagi...]

The post Astro Radio Kekal Nombor 1 Malaysia appeared first on Sensasi Selebriti.

Faizal Ismail Nafi Dapat Tawaran Lumayan Stesen Radio Lain

Posted: 30 Oct 2013 05:55 PM PDT

Semalam, Budiey berkesempatan untuk makan tengahari bersama penyampai radio lelaki popular, Faizal Hot FM di Restoran Marche, The Curve, Mutiara Damansara. Sebelum ini, Faizal Ismail telah mewar-warkan kepada media sosial yang dia telah meletak jawatan sebagai penyampai radio di Hot FM. Ramai peminat yang sangat terkejut. Budiey pun terkejut jugak [...lagi...]

The post Faizal Ismail Nafi Dapat Tawaran Lumayan Stesen Radio Lain appeared first on Sensasi Selebriti.

RotiKaya

RotiKaya


Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As’ari

Posted: 30 Oct 2013 05:20 PM PDT

Desas-desus mengatakan bahawa sebelum ini Johan Asaari berkawan rapat bersama seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Shila Amzah.

Bertemu Shila Amzah semasa pelancaran albumnya, telah terungkai segala-galanya apabila diberitahu bahawa dia dan Johan Asaari hanyalah merupakan teman rapat sahaja. Tetapi apabila menonton video klip yang di persembahkan melalui lagu berjudul Masih Aku Cinta ternyata menguatkan lagi persepsi yang mengatakan bahawa mereka bercinta.

“Sebenarnya saya dan Johan memang sudah saya kenali sejak tahun 2010, dan selepas itu kami membawa haluan masing-masing. Saya juga tidak menyangka bahawa hubungan sebagai teman ini membawa kepada buah mulut orang ramai”

“Untuk video klip Masih Aku Cinta pula, sejujurnya ada beberapa orang pelakon yang telah disenarai pendekkan dan saya beserta pengarah klip video tersebut, saudara Ghaz Abu Bakar telah memilih Johan sebagai pelakon kerana dia memenuhi kriteria yang sesuai dalam klip video itu,” ujarnya.

Shila Amzah juga tidak menyangka bahawa ibunya sendiri sudah lama mengenali ibu Johan As’ari dan mereka selalu berhubung sesama mereka.

“Saya sendiri pun tidak menyangka bahawa ibu saya mengenali ibu Johan dan mereka berdua merupakan sahabat dan selalu berhubungan”

Jodoh dan pertemuan merupakan hak Allah S.W.T dan bagi selebriti antarabangsa, Shila Amzah dia tidak menolak ketentuan takdir sekiranya ditakdirkan untuk berkahwin dengan jejaka itu.

“Saya tidak meletakkan target untuk mengakhiri zaman bujang, dan tidak meletakkan syarat-syarat tertentu dan asalkan dia menghormati saya dan yang terutamanya kedua-dua ibubapa saya. Pengalaman lepas banyak mengajar kehidupan saya dan kini saya lebih matang dan lebih suka berterus terang dalam membuat sesuatu keputusan. Sekarang saya lebih positif dan menuju ke hadapan dalam merentasi fasa kehidupan,” katanya bersungguh-sungguh. (rtky/hfz)

#70 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #71 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #72 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #73 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #74 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #75 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #76 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #77 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #78 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.441)

Posted: 30 Oct 2013 09:50 AM PDT

VIDEO HARI INI: Sebuah kumpulan a cappella, Pentatonix dalam usaha mempromosikan album terbaru mereka PTX Vol. 2 telah melancarkan mashup lagu lagu popular Beyoncé baru baru ini dan ianya da bomb!

Antara filem yang kami nantikan telah di’umumkan tarikh tayangan baru, The Wolf of Wall Street akan ke pawagam 25 Disember ini dan sila tonton trailer terbaru yang menampilkan Leornado DiCaprio di’samping barisan pelakon hebat lain. – Just Jared

Selepas ditahan kerana mengasari seorang lelaki hujung minggu lalu, Chris Brown telah memilih untuk memasuki pusat pemulihan dengan niat untuk kembali fokus dalam kehidupan dan karier dari sudut yang lebih positif. – People

Filem terbaru beliau The Alumni akan ke pawagam tidak lama lagi & peminat ahli kumpulan Big Bang, T.O.P ada sebab untuk lebih teruja apabila beliau dikhabarkan akan kembali dengan aktiviti seni secara solo sekitar November ini. – Soompi

Dalam tembual terbaru bersama Ryan Seacrest, Kanye West berkata yang tunangnya Kim Kardashian merupakan individu yang lebih berpengaruh berbanding presiden Barack Obama & patut menjadi wajah muka hadapan majalah VOGUE. – NY Daily News

Konsert Lantera Timur yang berlangsung September lalu telah menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza mencatat sejarah sebagai artis solo pertama mengutip jualan tiket dengan jumlah RM1 juta di Istana Budaya, Kuala Lumpur. – mStar Online

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Filem Frozen Guna Suara Liyana Jasmay, Marsha & Ray

Posted: 29 Oct 2013 07:01 PM PDT

Walt Disney Animation Studio, studio yang menghasilkan filem-filem “Rapunzel: A Tangled Tale” dan “Wreck-It Ralph”, kini tampil lagi dengan sebuah animasi baru yang berjudul “Frozen: Anna & Permaisuri Salji”. Filem ini mengisahkan tentang puteri Anna dalam pengembaraan epik bersama-sama Kristoff dan seekor rusa setia bernama Sven untuk mencari kakaknya, puteri [...lagi...]

The post Filem Frozen Guna Suara Liyana Jasmay, Marsha & Ray appeared first on Sensasi Selebriti.

Radio Suria FM Catat 2.23 Juta Pendengar

Posted: 29 Oct 2013 06:29 PM PDT

Semalam, merupakan tarikh penting bagi orang-orang yang bekerja di stesen radio seluruh Malaysia apabila keputusan bancian dibuat Nielse, kaji selidik oleh agensi penarafan itu dilakukan dari tempoh 2 September sehingga 27 September 2013 telah pun dikeluarkan. Persoalan, radio manakah yang mendapat tempat pertama menjadi radio nombor satu Malaysia. Semalam juga, Budiey menerima [...lagi...]

The post Radio Suria FM Catat 2.23 Juta Pendengar appeared first on Sensasi Selebriti.

Kings Of Leon & Icona Pop To Rock The 2013 MTV EMA

Posted: 29 Oct 2013 06:14 PM PDT

THE "2013 MTV EMA" WILL BROADCAST LIVE FROM AMSTERDAM'S ZIGGO DOME ON MONDAY, 11 NOVEMBER AT 3AM (WIB) AND 4AM (SIN/HK/PH/MAL) Tweet this: Get ready @mtvema & #Amsterdam! @KingsOfLeon & @iconapop to perform on 11 Nov and @JaredLeto, @RItaOra and @bridgitmendler to present! LONDON / NEW YORK, 29 OCTOBER 2013 [...lagi...]

The post Kings Of Leon & Icona Pop To Rock The 2013 MTV EMA appeared first on Sensasi Selebriti.

Review Hotel The Regent di Singapura

Posted: 29 Oct 2013 06:04 PM PDT

Sekali mendengar nama hotel ini, pasti ramai yang kenal dengan jenamanya kerana ia ada di beberapa negara di seluruh dunia. Dan seperti namanya, hotel The Regent di Singapura benar-benar menjiwai dan menggambarkan kemegahan namanya. Hotel mewah yang sudah berusia 25 tahun dan merupakan salah satu hotel tersohor di Singapura ini [...lagi...]

The post Review Hotel The Regent di Singapura appeared first on Sensasi Selebriti.

RotiKaya

RotiKaya


Maya Karin Akui Kini Bercinta, Pilih Jejaka Inggeris

Posted: 29 Oct 2013 06:07 PM PDT

Walaupun tanpa produk filem atau drama baru yang menampilkan pelakon ini, kisah peribadi beliau tetap menjadi perhatian ramai lebih lebih lagi kisah cintanya dan hari ini Maya Karin sendiri akui hatinya sudah di’miliki seseorang.

Menariknya walaupun pernah di’kaitkan dengan beberapa orang jejaka tempatan termasuk Remy Ishak sebelum ini, hati Maya Karin nampaknya masih kuat untuk terpaut dengan jejaka kulit putih.

“Biarlah saya merahsiakannya dulu. Sebenarnya, saya tidak memilih mana-mana lelaki. Namun, mungkin sudah ditakdirkan untuk bertemu semula dengan lelaki berkulit putih,” ujarnya.

Maya Karin bagaimanapun mendedahkan yang kekasihnya itu merupakan seorang yang terlibat dalam dunia hiburan. Cuma dunia hiburan negara mana tidak pula di’pastikan, ramai mana jejaka Inggeris dalam industri hiburan negara kita ‘kan?

“Saya sudah kenal lama dengan dia, tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal dan biarlah hubungan ini berkembang dengan baik dan doakanlah yang terbaik buat saya," tambah Maya Karin yang mengakui bersedia untuk berkahwin lagi.

Tonton Trailer Pertama Untuk ‘X-Men: Days of Future Past’

Posted: 29 Oct 2013 05:22 PM PDT

Kami jarang paparkan trailer filem secara individu namun untuk filem terbaru ini X-Men: Days of Future Past, kami lakukan pengecualian — kerana ianya cukup awesome.

Trailer pertama berdurasi 140 saat ini mengesahkan jalan cerita dua generasi berbeza yang bertembung untuk mengelakkan krisis besar di masa hadapan dalam dunia mutant dan filem ini diarahkan oleh pengarah asal filem X-Men, Bryan Singer.

Kita dapat lihat di penghujung trailer yang mana akan berlakunya pertembungan satu dengan satu antara watak Xavier dari masa lampau (James McAvoy) dan Xavier dari masa sekarang (Patrick Stewart) yang penuh emosi.

X-Men: Days of Future Past akan mula berada di pawagam 23 Mei 2014.

Fida Ibrahim Nafikan Kahwin Pengurus Sendiri

Posted: 29 Oct 2013 05:08 PM PDT

Siapalah artis Malaysia dalam dunia seni tanpa kontroversi sebegini bukan? Fida Ibrahim yang baru baru ini terpalit isu lari dari lokasi penggambaran kini khabarnya telah berkahwin senyap senyap di selatan Thailand.

Lebih menarik, Fida Ibrahim di’dakwa bernikah dengan pengurus peribadi beliau sendiri yang di’kenali sebagai Shah di kalangan media & pelakon ini mencipta kontroversi percintaan dengan Zalif Sidek untuk sembunyikan hubungan mereka.

“Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya pernah juga didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP”

“Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya,” jawab Fida Ibrahim.

Beliau yang akan turut menyertai program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 juga menjawab isu inai yang sering menghiasi jari dengan mengatakan ianya sekadar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan sebarang pernikahan seperti di’khabarkan.

Sebelum itu, boleh berlawak ‘kah Fida Ibrahim?

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem

Posted: 26 Oct 2013 09:34 PM PDT

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) yang akan diadakan pada 23 & 24 November 2013, bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala [...lagi...]

The post Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem appeared first on Sensasi Selebriti.

RotiKaya

RotiKaya


Mizz Nina Akui Telah Berhijrah Selepas Tunaikan Haji

Posted: 28 Oct 2013 05:35 PM PDT

Sebelum pasangan ini terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji, ramai yang mula skeptikal sama ada mereka akan mengubah gaya hidup selepas pulang ke Malaysia lebih lebih lagi si isteri yang terkenal dengan aktiviti seninya yang sangat moden.

Melalui gambar gambar terbaru yang dikirimkan ke Instagram, Mizz Nina nampaknya sudah mula memakai tudung secara penuh selepas pulang dari mengerjakan haji bersama suaminya baru baru ini dan ramai bertanya adakah ianya kekal atau sementara.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Mizz Nina mengesahkan yang beliau kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada Jumaat lalu.

“Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung,” ujar Joe Saiful, pengurus penyanyi itu.

Perkembangan yang sangat bagus kami kira dan pastinya peminat ketika ini tertanya tanya apakah halatuju karier muzik beliau kerana tidak mungkin Mizz Nina akan muncul ke atas pentas dengan imej barunya ini atau adakah akan terus berhenti dari dunia seni?

#04 Mizz Nina Akui Telah Berhijrah Selepas Pulang Tunaikan Haji - ROTIKAYA #02 Mizz Nina Akui Telah Berhijrah Selepas Pulang Tunaikan Haji - ROTIKAYA #01 Mizz Nina Akui Telah Berhijrah Selepas Pulang Tunaikan Haji - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.440)

Posted: 28 Oct 2013 09:44 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kami tidak pasti apa nama aktiviti mereka ini, luncur papan air? Tetapi yang pasti, ianya nampak awesome lebih lebih lagi dengan latar belakang nan menghijau sawah padi bertingkat di Banaue, Filipina.

Chris Brown dan pengawal peribadi beliau kini berada dalam tahanan polis selepas di’syaki mengasari seorang lelaki tidak dikenali dan ada kemungkinan penyanyi itu akan meringkuk dalam penjara kerana melanggar perintah parol. – CNN

Pasangan kekasih Olivia Wilde dan Jason Sudeikis bakal menyambut kelahiran bayi sulung pertama mereka & menurut sumber pasangan yang bertunang pada Januari 2013 lalu ini sangat gembira dengan kehadiran orang baru. – People

Pelakon Datuk Rahim Razali yang dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) semalam perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang pendarahan dalam otaknya agar penyakit yang dikenali sebagai subdural hemorrhage tidak bertambah serius. – mStar Online

Gelagat terbaru dua ahli tetap program variasi Running Man, Gary & Song Ji Hyo menimbulkan kembali desas desus yang aktress itu sudah berpisah dengan teman lelakinya dan mereka berdua kini sedang berpacaran. Aww. – Soompi

Tampil menjadi muka hadapan majalah Cosmopolitan terbaru, Miley Cyrus mendedahkan yang kehidupan solonya ketika ini selepas berpisah dengan Liam Hemsworth adalah masa terbaik dalam hidupnya dan tidak akan sesekali menoleh ke belakang. – US Magazine

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Jom Sertai Peraduan Fuelled By Fans Powered By PRIMAX

Posted: 28 Oct 2013 04:24 AM PDT

Salam Isnin buat semua pembaca… Di petang yang cukup indah ini, cuba bayangkan, anda dibawa mengembara oleh selebriti popular dengan menaiki kereta dan anda dapat mengecapi kenangan mengembara dan ronda-ronda bersamanya. Ya, bukan seorang ya, tapi lima orang selebriti… sekarang ini tengah menanti-nanti mahu memandu bersama dengan anda! Agak-agak, dengan [...lagi...]

The post Jom Sertai Peraduan Fuelled By Fans Powered By PRIMAX appeared first on Sensasi Selebriti.

Fizo Omar & Mawar Bakal Nikah 10 November 2013

Posted: 28 Oct 2013 04:04 AM PDT

Pada jam 12 tengahari tadi, Budiey dijemput untuk menghadiri Majlis Pengumuman Majlis Nikah Fizo Omar yang diadakan di sebuah dewan dalam pawagam Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Dalam surat khabar hari ini telah dikhabarkan Fizo akan berkahwin dalam masa dua minggu akan datang. Alamak, kira-kira 14 hari je lagi kan? Habis [...lagi...]

The post Fizo Omar & Mawar Bakal Nikah 10 November 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Peraduan Jom Menonton Filem Carrie

Posted: 28 Oct 2013 02:41 AM PDT

ebuah filem yang padat adegan seram & thriller, Carrie akan menemui peminat filem Malaysia mulai 7 November 2013 ini. Sempena tayangan filem seram yang sangat mendebarkan dan suspen lakonan hebat ChloĂ« Grace Moretz, Judy Greer dan ramai lagi ini, Budiey ingin menawarkan hadiah merchandise menarik untuk pembaca semua sertai! Sinopsis Carrie A reimagining of the classic [...lagi...]

The post Peraduan Jom Menonton Filem Carrie appeared first on Sensasi Selebriti.

Blog Budiey.com Blog Rasmi Konsert Pelangi Untukmu

Posted: 28 Oct 2013 01:23 AM PDT

Dengan majlis pelancaran minyak wangi ‘NING’ yang gilang gemilang pada dua minggu yang lepas dan juga dengan pembikinan single terbaru beliau berjudul, Bukan Wanita Sempurna, Ning Baizura nampaknya kini bersedia fizikal dan mental untuk membuat persembahan hebat di konsert Pelangi Untukmu pada 16 November 2013 di TM Convention Centre yang [...lagi...]

The post Blog Budiey.com Blog Rasmi Konsert Pelangi Untukmu appeared first on Sensasi Selebriti.

Gambar Majlis Resepsi Ashraf Muslim & Wan Sakinah

Posted: 27 Oct 2013 09:22 PM PDT

Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan pasangan Ashraf Muslim & Wan Sakinah akan mengadakan majlis resepsi di kampung pengantin perempuan di Ipoh, Perak sekitar bulan November depan. Tapi rupa-rupanya, tanpa jemputan kepada media, majlis resepsi perkahwinan pasangan ini telah pun berlangsung semalam & hari ini beberapa keping gambar sekitar Majlis [...lagi...]

The post Gambar Majlis Resepsi Ashraf Muslim & Wan Sakinah appeared first on Sensasi Selebriti.

Senarai Persembahan di MTV EMA 2013

Posted: 27 Oct 2013 06:49 PM PDT

The incredible line-upfor the "2013 MTV EMA" keeps getting hotter, with some of this year's biggest musical acts just added to the bill! The legendary Snoop Dogg, chart-topper Robin Thicke, world famous DJ/producer Afrojack and breakthrough band Imagine Dragons will all be performing at the "2013 MTV EMA," which will [...lagi...]

The post Senarai Persembahan di MTV EMA 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Drama Sempena Awal Muharram di TV9

Posted: 27 Oct 2013 06:34 PM PDT

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan satu detik penting dalam sejarah islam. Kita dapat sama-sama menghayati erti penghijrahan sebenar dan mengimbas kembali bagaimana besarnya pengorbanan Rasulullah S.A.W. Kita sering lupa untuk bermuhasabah diri apabila kita tersasar daripada jalannya. Sempena Awal Muharram yang bakal menjelang November ini, menerusi Skrin Di 9, [...lagi...]

The post Drama Sempena Awal Muharram di TV9 appeared first on Sensasi Selebriti.

Kolaborasi Melissa Indot & Arabyrd Dalam You & Me

Posted: 27 Oct 2013 06:28 PM PDT

Selepas melancarkan single terbaru You and Me, penyanyi yang pernah memenangi Album Inggeris Tempatan Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-15, Melissa Indot telah berkolaborasi secara eksklusif dengan penyanyi wanita hip hop. Arabyrd pula untuk lagu yang sama. Hasilnya, Arabyrd banyak membantu menjadikan lagu ini lebih stailo dan segar dengan irama [...lagi...]

The post Kolaborasi Melissa Indot & Arabyrd Dalam You & Me appeared first on Sensasi Selebriti.

Kilafairy Berhijab Bercinta Dengan Amar Ashraf?

Posted: 27 Oct 2013 06:14 PM PDT

Benarkah pelakon cantik Kilafairy kini sudah merubah penampilan dirinya dengan berhijab? Benarkah juga dirinya dicintai dalam diam pelakon Amar Ashraf? Namun hakikatnya Kilafairy mengubah penampilannya untuk 'menghidupkan' watak utama sebagai Dahlia dalam sebuah drama khas tayangan sempena Maal Hijrah yang disambut seluruh umat Islam 5 November depan. Menerusi drama bertajuk [...lagi...]

The post Kilafairy Berhijab Bercinta Dengan Amar Ashraf? appeared first on Sensasi Selebriti.

Raqib Majid Perkenal Single Terbaru Bintang Syurga

Posted: 27 Oct 2013 05:52 PM PDT

Pada awal Oktober lalu, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 yang terkenal dengan lagu Luahan Rasa, Raqib Majid muncul dengan single hit terbarunya Bintang Syurga. Untuk single terbaru ini, Raqib Majid telah bekerjasama dengan kumpulan nasyid remaja popular tanahair, UNIC. Ia adalah projek khas (CSR) bagi mengisi [...lagi...]

The post Raqib Majid Perkenal Single Terbaru Bintang Syurga appeared first on Sensasi Selebriti.

Safi Fair Beauty Kunci Keyakinan Anda

Posted: 27 Oct 2013 10:26 AM PDT

Ekstrak semulajadi AHA buah buahan, Vitamin B3 serta pelindung UV untuk raut wajah cerah, bermaya dan selembut kulit bayi. Temui kunci keyakinan anda di dalam SAFI FAIR BEAUTY! Inovasi kecantikan terbaru daripada SAFI jenama halal nombor satu Malaysia ini memberikan manfaat pencerahan 8 kali lebih cerah sekelip mata seawal aplikasi [...lagi...]

The post Safi Fair Beauty Kunci Keyakinan Anda appeared first on Sensasi Selebriti.

Buzzera

Buzzera


Abby Abadi Dakwa Umno Punca Dunia Hiburan Sesat

Posted: 26 Oct 2013 09:56 PM PDT

Abby Abadi Dakwa Umno Punca Dunia Hiburan Sesat  Abby Abadi mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Menerusi ceramah...

Read more: http://www.buzzera.net

RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah

Posted: 27 Oct 2013 05:36 PM PDT

Awal bulan ini kami ada menulis khabar angin yang mengatakan pasangan Ashraf Muslim & Wan Sakinah akan mengadakan majlis resepsi di kampung pengantin perempuan di Ipoh, Perak sekitar bulan November akan datang.

Rupa rupanya majlis resepsi perkahwinan pasangan ini telah pun berlangsung semalam & hari ini kami ada menerima beberapa keping gambar sekitar majlis tersebut yang dirakamkan oleh jurugambar professional, Colour Pictures.

Tidak banyak yang boleh kami tulis tentang resepsi perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah setakat ini, namun sementara maklumat sampai eloklah anda semua yang ingin menatap wajah pengantin baru ini layari seleksi gambar di’bawah. Enjoice!

#31 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #32 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #33 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #34 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #35 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #36 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #37 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #38 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #39 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA

Adam AF Nafikan Perkahwinan Goyah, Bergaduh Besar

Posted: 27 Oct 2013 05:11 PM PDT

Semalam sisipan popular Berita Harian ada menulis yang perkahwinan Adam AF & Fiza Elite kini sedang di’landa masalah gara gara satu insiden yang menimbulkan perasaan cemburu sekaligus mencetuskan pergaduhan antara mereka.

Adam AF khabarnya cemburu apabila Fiza Elite secara kebetulan bertemu dan berbual dengan bekas kekasih di sebuah stesen minyak. Perkara ini berlarutan apabila mereka pulang ke rumah apabila Adam AF mula mengungkit kisah lama dan Fiza Elite meninggi suara.

Hebat juga sumber tersebut bila situasi dalam rumah pun tahu.

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Adam AF tidak menafikan kejadian bertembung dengan bekas kekasih Fiza Elite di stesen minyak tetapi menafikan terjadinya sebarang pergaduhan besar seperti yang dilaporkan sehingga menyebabkan rumahtangga mereka goyah.

“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan — sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihati isteri saya,” ujar Adam AF yang turut menafikan isterinya itu meninggi suara dengannya.

“Saya tidak redha dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan”

Adam AF dan Fiza Elite bernikah pada 26 September 2013 dan perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai kerana pengumuman yang datang tiba tiba.

#01 Adam AF Nafikan Perkahwinan Goyah, Bergaduh Besar - ROTIKAYA

Fizo Omar, Mawar Bakal Nikah Dua Minggu Lagi

Posted: 27 Oct 2013 09:05 AM PDT

Pantas kami lihat perkembangan hubungan cinta antara pelakon Fizo Omar dan model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim selain kisah mereka rancak menjadi bualan ramai peminat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Fizo Omar dijadualkan membuat pengumuman tarikh pernikahan beliau dengan Mawar hari ini (27 Oktober 2013) di The Curve, Damansara tetapi laporan Utusan Malaysia menyebut yang majlis bahagia mereka akan berlangsung dua minggu dari sekarang.

“Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi. Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar,” ujar Fizo Omar.

Fizo Omar turut memberitahu yang majlis pernikahan mereka nanti bakal menjadi majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupan beliau namun akan tetap mementingkan keserdahanaan.

Siti Saleha Akui Kini Sedang Bercinta Dengan Lelaki Eropah

Posted: 27 Oct 2013 09:02 AM PDT

Pelakon yang kini sedang hangat di pawagam seluruh Malaysia melalui filem Balada Pencinta, Siti Saleha nampaknya tidak sesekali menyorok apabila diajukan soalan berbaur peribadi lebih lebih lagi tentang status dirinya ketika ini.

Lama tidak mendengar kisah peribadi beliau, Siti Saleha jujur mengakui yang dirinya kini sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka berasal dari Eropah dan hubungan ini sudah terjalin sejak empat bulan yang lalu.

“Biasalah kita perlukan warna dalam kehidupan ini & benar, saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang bekerja di negara ini”

“Tetapi ia masih pada fasa perkenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru berumur 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin”

Siti Saleha turut berkata yang beliau mehu tumpukan perhatian kepada kerjaya seninya ketika ini sebelum memikirkan alam perkahwinan yang jauh lebih besar tanggungjawabnya nanti.

#21 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #17 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #18 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #20 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #19 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #16 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA

Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan

Posted: 27 Oct 2013 09:01 AM PDT

Kami suka dengar kisah selebriti tempatan yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tidak kiralah apa pun jenis. Ianya seperti satu usaha untuk melihat jauh ke hadapan dari sekadar berharap kepada industri yang jujurnya tidak menentu turun naik.

Terbaru, Zizan Razak telah membuka sebuah restoran burger baru di Damansara Perdana yang merupakan francais Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul.

“Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais”

“Memandangkan sudah lama saya berniat untuk membuka perniagaan makanan, hasrat itu saya teruskan dengan menjadi pengusaha restoran ini bersama rakan kongsi saya, Rostam Affendy Abd Rahim,” ujar Zizan Razak yang ditemui.

Zizan Razak menambah yang beliau mungkin tidak akan berada sepanjang masa di restoran ini tetapi akan tetap mencuri masa untuk datang menguruskannya kerana ini sudah menjadi satu tanggungjawab baru untuk dirinya. Go Zizan Razak!

#30 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #29 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #28 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #27 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #26 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #25 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #24 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #23 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #22 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.439)

Posted: 27 Oct 2013 09:00 AM PDT

VIDEO HARI INI: Ini Joyce Jimenez dan beliau seorang gadis buta dari Filipina. Ini satu lagi bukti nyata yang Wrecking Ball sebuah lagu yang bagus jika anda tidak menonton video muziknya.

Walaupun hubungan mereka telah sah putus, nampaknya Miranda Kerr dan Orlando Bloom tidak sesekali bersengketa dan ini ditunjukkan baru baru ini apabila mereka di’lihat keluar bersama di New York, bersama anak mereka Flynn. – People

Ada khabar baru menyebut yang selebriti remaja Zac Efron dan Lily Collins kini kembali bercinta dan dilihat keluar bersama beberapa kali selepas percintaan mereka sekitar tahun lalu hanya bertahan selama tiga bulan. – Entertainment Wise

Satu lagi perkahwinan penuh kejutan dari selebriti Hollywood dan kali ini giliran Christina Ricci yang khabarnya sudah sah bergelar isteri kepada James Heerdegen pada Sabtu lalu dalam satu majlis tertutup di New York. – US Magazine

Dalam satu temubual terbaru bersama stesen TV KBS ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon berkata yang beliau tidak merancang untuk meninggalkan syarikat pengurusan karier beliau iaitu YG Entertainment kerana sudah menganggap syarikat itu seperti keluarga sendiri. – Soompi

Pekin Ibrahim tampil memberikan penjelasan yang isu putus tunang dengan Uqasha Senrose tidak lebih dari sekadar salah faham dan mengakui ini memang salahnya selain tetap dengan perancangan untuk berkahwin tahun hadapan. – Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...